Undang-undang agama

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Undang-undang keagamaan adalah undang-undang yang terdapat di dalam sesuatu agama. Falsafah undang-undang keagamaan perlulah dibezakan dengan falsafah sistem undang-undang lain seperti sistem undang-undang Common Law dan sistem undang-undang komunis.

Di dalam ajaran Islam, undang-undang keagamaan disebut sebagai "Syari'ah". Di antara ciri-ciri utama adalah seperti berikut:

  1. Syariah berasal daripada Allah (maksudnya undang-undang Syariah itu bukan dibuat oleh manusia).
  2. Sumber utama undang-undang Syariah adalah Al-Quran dan Hadis shahih.
  3. Mengikuti undang-undang Syariah adalah juga ibadah.

Di dalam ilmu kajian perbandingan undang-undang, undang-undang keagamaan juga dikategorikan sebagai undang-undang diri (personal law), iaitu undang-undang yang mengawal kehidupan seseorang individu. Contohnya, apabila seseorang ingin berkahwin, maka dia akan merujuk kepada undang-undang agamanya untuk menentukan keesahan perkahwinan yang akan dilangsungkan.

Setiap agama ada undang-undangnya. Contohnya, terdapat ajaran "Sepuluh Prinsip" (The Ten Commandments) di dalam agama Yahudi yang salah satunya melarang pembunuhan. Oleh itu, sebahagian pengikut mungkin lebih taat mengikuti undang-undang agama, manakala sebahagian pengikut tidak berapa menghiraukan undang-undang agama.

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Undang-undang