Pergi ke kandungan

Universiti California, San Francisco

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Universiti California
San Francisco
Nama lama
Toland Medical College (1864)
The Medical Department of the University of California (1873)
MotoFiat lux (Latin)
Moto dalam Bahasa Melayu
Jadilah terang
JenisUniversiti negeri
Universiti penyelidikan
Ditubuhkan pada1864; 160 tahun yang lalu (1864)
PengasasHugh Toland
Institusi induk
Universiti California
Pembiayaan$3,89 bilion (2019) [1]
Bajet$5,9 miliar (2016)[2]
CanselorSam Hawgood[3]
Naib CanselorDaniel H. Lowenstein
Staf akademik
3.000[4]
Ijazah/Sarjana3.132 (Musim gugur 2019)[5]
Lokasi, ,
37°45′46″N 122°27′29″W / 37.76278°N 122.45806°W / 37.76278; -122.45806Koordinat: 37°45′46″N 122°27′29″W / 37.76278°N 122.45806°W / 37.76278; -122.45806
KampusUrban,
195 ekar (79 he)[6]
WarnaKelopak dan Biru laut [7]
         
Laman sesawangwww.ucsf.edu

Universiti California, San Francisco atau University of California, San Francisco (UCSF) ialah universiti negeri, universiti penyelidikan dan universiti geran-tanah di San Francisco, California. UCSF merupakan sebahagian dari sistem Universiti California yang didedikasikan sepenuhnya untuk sains kesihatan. UCSF menjadi pusat utama penyelidikan dan pengajaran perubatan serta biologi.[8][9][10][11]

UCSF ditubuhkan dengan nama Toland Medical College pada 1864, dan pada 1873 bergabung dengan Universiti California, menjadi Fakulti Perubatannya. Pada tahun yang sama, California College of Pharmacy ditubuhkan dan pada tahun 1881 menubuhkan sekolah pergigian. Kampusnya terletak di Berkeley dan San Francisco.[12] Pada tahun 1964, UCSF berstatus sebagai kampus sistem UC yang dipimpin oleh seorang rektor dan sejak 1970 menggunakan nama UCSF sehingga kini. Dari segi sejarah, UCSF berpangkalan di Parnassus Heights, San Francisco dan beberapa lokasi lain di seluruh bandar. Pada awal 2000-an, UCSF membangunkan kampus besar keduanya di kawasan Mission Bay yang baru. Setakat Oktober 2018, 10 pemenang Hadiah Nobel bergabung dengan UCSF sebagai ahli fakulti atau penyelidik dan UCSF menjadi tempat bagi banyak kejayaan saintifik.[13][14]

UCSF dianggap sebagai salah satu universiti kedoktoran dan sains hayat terkemuka di dunia.[15][16][17] Sekolah profesional UCSF termasuk yang terbaik di Amerika Syarikat, menurut U.S. News & World Report dan pemeringkat universiti lain. UCSF juga berada di kedudukan teratas atau mendekati yang teratas dalam pendanaan penyelidikan dari Institut Kesihatan Kebangsaan.[18] Menurut U.S. News & World Report edisi 2021-2022, UCSF Medical Center ialah hospital terbaik ketiga d California (selepas Ronald Reagan UCLA Medical Center serta Cedars-Sinai Medical Center) dan peringkat ke-9 terbaik di Amerika Syarikat.[19] Di antara sekolah kedoktoran yang ada di Amerika Syarikat, UCSF berada pada peringkat ke-4 untuk bidang penyelidikan dan peringkat ke-2 untuk bidang latihan klinikal dengan kepakaran rawatan primer (penyakit dalam, kedoktoran keluarga, dan pediatrik) versi U.S. News & World Report.[20] Pada tahun 2019, UCSF menduduki peringkat ke-6 untuk sains bioperubatan menurut Nature Index, yang mengukur penyumbang makalah terbesar yang diterbitkan pada jurnal terkemuka dari 2015 sehingga 2018.[21][22]

Dengan 25.398 pekerja, UCSF merupakan syarikat ejen awam terbesar kedua di Wilayah Teluk San Francisco.[23] Fakulti UCSF telah terlatih untuk merawat pesakit dan penghuni sejak 1873 di Hospital Awam San Francisco dan selama lebih dari 50 tahun di Pusat Perubatan VA San Francisco.

  1. ^ As of June 30, 2019; includes UC Regents portion allocated to UCSF. "Annual Endowment Report for the Fiscal Year Ended June 30, 2019" (PDF). University of California. Dicapai pada February 3, 2020.
  2. ^ "About UCSF" (PDF). University of California San Francisco. 2017. Dicapai pada 2019-05-02.
  3. ^ "List of UCSF Chancellors". Diarkibkan daripada yang asal pada Ogos 8, 2014. Dicapai pada Ogos 4, 2014.
  4. ^ "UCSF Overview". UC San Francisco.
  5. ^ "Student Enrollment Headcount". University of California San Francisco. Dicapai pada April 22, 2020.
  6. ^ "University of California Annual Financial Report 18/19" (PDF). University of California. m/s. 9. Dicapai pada October 12, 2020.
  7. ^ "Color | UCSF Brand Identity". Dicapai pada August 13, 2017.
  8. ^ "UCSF Schools Earn Top Rankings in 2017 US News Survey". UC San Francisco.
  9. ^ "Health". U.S. News & World Report L.P. Dicapai pada 2019-06-18.
  10. ^ "University of California, San Francisco". July 16, 2015.
  11. ^ "UCSF Leads in Academic Rankings, NIH Funding - California Life Sciences Association". March 28, 2011. Diarkibkan daripada yang asal pada September 20, 2017. Dicapai pada April 26, 2017.
  12. ^ "History of UCSF". History of UCSF | UC San Francisco (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2019-07-07.
  13. ^ "UCSF Nobel Prize Winners". UC San Francisco (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2018-08-17.
  14. ^ "Achievements". UC San Francisco (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2 February 2019.
  15. ^ https://www.usnews.com/best-graduate-schools/university-of-california-san-francisco-110699/overall-rankings. Missing or empty |title= (bantuan)
  16. ^ "Archived copy" (PDF). Diarkibkan daripada yang asal (PDF) pada November 17, 2018. Dicapai pada November 17, 2018.CS1 maint: archived copy as title (link)
  17. ^ "Academic Rankings of World Universities: Global Ranking of Academic Subjects 2019 - Clinical Medicine".
  18. ^ "UCSF | Best Medical School | US News". Grad-schools.usnews.rankingsandreviews.com. Dicapai pada 2 Feb 2019.
  19. ^ "2021-22 Best Hospitals Honor Roll and Medical Specialties Rankings".
  20. ^ "2021-22 Best Hospitals Honor Roll and Medical Specialties Rankings".
  21. ^ "Introduction to the Nature Index". natureindex.com.
  22. ^ "Nature Index 2019 Biomedical Sciences | Supplements | Nature Index". www.natureindex.com. Dicapai pada 2021-04-22.
  23. ^ "Public Agency Employers: Ranked by Bay Area employees". www.bizjournals.com. Dicapai pada July 10, 2017.

Pautan luar

[sunting | sunting sumber]