V/STOL

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search
RAF Harrier GR9 arrives at RIAT 2008
Sebuah pesawat MV-22 Osprey milik Kor Marin A.S bersedia untuk mendarat di atas sebuah kapal

Pesawat vertical and/or short take-off and landing (V/STOL) atau dalam bahasa Melayu pendaratan dan perlepasan menegak dan/atau pendek merujuk kepada jenis pesawat yang mampu untuk berlepas atau mendarat secara menegak atau di atas landasan pendek. Pesawat Vertical takeoff and landing (VTOL) juga tergolong dalam pesawat V/STOL yang mana tidak memerlukan sama sekali sebuah landasan. Secara umumnya, sebuah pesawat V/STOL perlu memiliki keupayaan untuk mengapung. Helikopter tidak boleh dianggap sebagai sebuah pesawat V/STOL oleh kerana ia hanya digunakan untuk kapal terbang. Pesawat yang mencapai daya angkatan dalam penerbangan ke depan dengan memanipulasikan udara, oleh itu mencapai kecekapan halaju dan bahan api yang lebih baik daripada keupayaan sebuah helikopter.

Kebanyakan pesawat V/STOL telah diuji atau merupakan hasil daripada kegagalan daripada tahun 1950an hingga 1970an. Jenis pesawat V/STOL yang dikeluarkan dalam jumlah yang besar termasuk Harrier, Yak-38 Forger dan V-22 Osprey.

Pesawat V/STOL telah dibangunkan bagi membolehkan jet-jet berkelajuan tinggi untuk dioperasikan di dalam hutan, landasan yang pendek and lapangan terbang kecil yang dahulunya hanya boleh dilakukan oleh sebuah helikopter.

Kelebihan utama pesawat V/STOL adalah keupayaannya untuk beroperasi lebih dekat dengan pangkalan musuh, yang mana mengurangkan masa untuk bertindak balas dan keperluan untuk pesawat penangki minyak. Dalam kes Perang Falklands, ia membolehkan operasi serangan darat dan perlindungan udara oleh pesawat pejuang berprestasi tinggi dilaksanakan tanpa kehadiran sebuah kapal pengangkut pesawat yang dilengkapi dengan manjanik pesawat.

Senarai pesawat V/STOL[sunting | sunting sumber]

Berikut adalah sebahagian senarai, terdapat banyak rekabentuk pesawat V/STOL.

Tujahan vektor[sunting | sunting sumber]

Jet condong[sunting | sunting sumber]

Rotor condong[sunting | sunting sumber]

Sayap condong[sunting | sunting sumber]

Angkatan dan tujahan berasingan[sunting | sunting sumber]

Supersonik[sunting | sunting sumber]

Meskipun banyak pesawat telah dicadangkan dan dibina, dengan beberapa di antaranya telah diuji, hanya F-35B merupakan satu-satunya dan pesawat V/STOL supersonik pertama yang mencapai status khidmat operasi, di mana mula memasuki perkhidmatan aktif bermuala tahun 2016.[1]

  • Bell D-188A enjin pusar berkelajuan Mach 2, tahap contoh
  • EWR VJ 101 pesawat pejuang dengan kelajuan Mach 2, terbang dengan mencapai kelajuan Mach 1.04 tetapi tidak dioperasikan
  • Dassault Mirage IIIV pesawat pejuang dengan sayap Delta berkelajuan Mach 2 dengan enjin angkatan, pesawat VTOL pertama dengan kelajuan supersonik dan mencapai Mach 2 dalam penerbangan (Mach 2.03 semasa ujian), tidak dioperasikan
  • Hawker Siddeley P.1154 M1.7 Harrier berkelajuan supersonik. Ia tidak disiapkan
  • Rockwell XFV-12 Dibina dengan sayap "tirai tingkap" yang kompleks tetapi tidak mempu mengangkut beratnya sendiri
  • Yakovlev Yak-141 enjin angkatan ditambah ekor paip berpusar
  • Lockheed Martin X-35B / F-35B menggunakan ekor paip tujahan vektor (Pratt & Whitney F135) selain sebuah kipas mengangkat pacuan aci. Ia merupakan pesawat pertama yang melakukan transisi daripada perlepasan di landasan pendek ke penerbangan supersonik serta pendaratan menegak dalam penerbangan yang sama.[2]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "Report: F-35 Work Falls Behind Two More Years." Diarkibkan 2009-07-27 di Wayback Machine. CQ Politics, 23 July 2009.
  2. ^ Kjelgaard, Chris (Senior Editor). "From Supersonic to Hover: How the F-35 Flies." space.com, 21 December 2007.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]