STOBAR

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Kapal pengangkut pesawat Rusia Laksamana Kuznetsov dengan sebuah lompatan ski untuk STOBAR

STOBAR (Short Take-Off But Arrested Recovery) adalah sebuah sistem yang digunakan untuk melancarkan dan mendaratkan pesawat di dek penerbangan sebuah kapal pengangkut pesawat, yang mana menggabungkan kedua-dua unsur pelepasan pendek dan pendaratan menegak (STOVL) dengan pelepasan terbantu manjanik tetapi pendaratan cangkuk (CATOBAR).

Pesawat berlepas dengan menggunakan kuasanya sendiri menggunakan sebuah lompatan ski untuk membantu pelepasan (bukannya menggunakan sebuah manjanik sepertimana kebanyakan kapal pengangkut pesawat). Bagaimanapun, sistem ini lebij konvensional dengan menggunakan pesawata STOVL oleh itu memerlukan kabel penangkap untuk mendaratkannya di kapal. Sistem STOBAR adalah lebih ringkas untuk dibina berbanding CATOBAR — tetapi hanya boleh digunakan dengan pesawat yang memiliki kadar tujahan kepada berat yang tinggi. Setakat tahun 2015, ia biasanya hanya digunakan pada kapal pengangkut pesawat milik Rusia, India, dan China.

Kelebihan[sunting | sunting sumber]

Berbanding dengan sistem CATOBAR, STOBAR lebih murah untuk dibangunkan. Ia lebih mudah untuk dioperasikan berbanding sebuah tatarajah CATOBAR yang mana memerlukan lebih ramai operator untuk melancarkan pesawat. Bahagian bergerak yang lebih rendah dalam struktur lompatan ski menjadikan kos penyelenggaraannya lebih murah.[1][2] Ia tidak memerlukan sistem tambahan untuk menghasilkan daya yang diperlukan untuk melancarkan pesawat sepertimana sistem CATOBAR di mana daya luar perlu dihasilkan samada daripada manjanik stim[3] atau Sistem Pelancaran Pesawat Elektromagnetik (EMALS)[4] untuk melancarkan pesawat.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]

Templat:Types of take-off and landing