Vaksin Hib

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Vaksin Hib
Butiran vaksin
Penyakit sasaranHaemophilus influenzae type b
JenisVaksin konjugat
Data klinikal
Kod ATC
Pengecam
ChemSpider
 ☒N☑Y (what is this?)  (verify)

Vaksin influenza haemophilus jenis B merupakan vaksin yang digunakan untuk mencegah jangkitan Haemophilus influenza jenis b (Hib).[1] Di negara yang menyenaraikannya sebagai vaksin rutin, kadar jangkitan Hib yang teruk sudah menurun lebih daripada 90%. Oleh itu, vaksin ini sudah membawa kepada penurunan dalam kadar meningitis, pneumonia, dan epiglotitis.[1]

Vaksin ini disyorkan oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia dan Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit.[2][1] Dua atau tiga dos hendaklah diberi sebelum umur enam bulan. Dos pertama disyorkan diberi pada umur kira-kira enam minggu dengan selang empat minggu antara dos. Jika hanya dua dos digunakan, satu dos lagi apabila sudah dewasa adalah disyorkan. Ia diberikan melalui suntikan ke dalam otot.[1]

Kesan sampingan yang teruk jarang diperhatikan. Kira-kira 20 hingga 25% penerima vaksin merasa sakit pada tempat suntikan manakala kira-kira 2% mendapat demam. Tiada hubung kait yang jelas dengan tindak balas alergi yang teruk. Vaksin Hib boleh didapati dengan sendirinya, dalam gabungan dengan vaksin difteria/tetanus/pertusis, dan dalam gabungan dengan vaksin hepatitis B, dan lain-lain. Kesemua vaksin Hib yang digunakan pada masa kini ialah vaksin konjugat.[1]

Vaksin Hib yang awal dibangunkan pada tahun 1977, yang kemudiannya diganti oleh rumusan yang lebih efektif dalam tahun 1990-an. Pada tahun 2013, 184 buah negara memasukkannya dalam vaksin rutin mereka.[1] Ia tersenarai dalam Senarai Ubat Penting Pertubuhan Kesihatan Sedunia, iaitu ubat paling penting yang diperlukan dalam sistem kesihatan asas.[3] Harga borong vaksin pentavalen yang termasuk vaksin Hib pada tahun 2014 ialah 15.40 dolar Amerika sedos.[4] Di Amerika Syarikat, harganya ialah kira-kira 25 hingga 50 dolar Amerika sedos.[5]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ a b c d e f "Haemophilus influenzae type b (Hib) Vaccination Position Paper – July 2013."
  2. ^ "Haemophilus b conjugate vaccines for prevention of Haemophilus influenzae type b disease among infants and children two months of age and older.
  3. ^ "WHO Model List of EssentialMedicines" (PDF).
  4. ^ "Vaccine, Pentavalent" Diarkibkan 2020-01-25 di Wayback Machine.
  5. ^ Hamilton, Richart (2015).