Radang meninges

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search
Meningitis
Pengelasan dan sumber luaran
Meninges pada sistem saraf pusat: dura mater, arachnoid, dan pia mater.
ICD-10G00.G03.
ICD-9320322
P. Data Penyakit22543
MedlinePlus000680
eMedicinemed/2613 emerg/309 emerg/390
MeSHD008581
Wikipedia tidak memberikan nasihat perubatan Penafian perubatan

Meningitis ialah keradangan pada membran sekeliling otak dan saraf tunjang. Ia terjadi akibat dari jangkitan virus atau bakteria yang berlaku pada selaput tisu membran yang menyelaputi otak dan cecair serebrospina.

Jenis[sunting | sunting sumber]

Meningitis terdiri daripada beberapa buah jenis. Meningitis meningokokus ialah radang pada selaput sekeliling otak dan saraf tunjang dan boleh membawa kepada meningokokal septisemia (keracunan darah oleh bakteria meningokokus). Penyakit meningokokal disebabkan oleh bakteria meningococcus Neisseria meningitides, dan penyakit ini berjangkit secara langsung menerusi titisan rembesan respiratori dari hidung dan tekak orang yang dijangkiti.

Penyakit ini kebanyakkannya berlaku di kalangan kanak-kanak berumur bawah lima tahun. Ia juga kerap berlaku dalam kalangan kanak-kanak dan remaja. Mereka yang mempunyai tahap keimunan yang rendah dan rapat dengan pesakit, pelancong yang melawat ke kawasan endemik di dunia juga mempunyai risiko yang tinggi.

Tanda dan gejala[sunting | sunting sumber]

Antara 5 ke 10% pesakit adalah pembawa pembawa sihat yang tidak mempunyai gejala. Tanda-tanda dan gejala adalah seperti berikut:

  • sakit kepala yang teruk
  • demam
  • loya
  • muntah
  • sakit tengkuk
  • tidak boleh melihat (silau) cahaya
  • ruam
  • tanda-tanda lain seperti rasa mengantuk dan kebingungan

Prognosis[sunting | sunting sumber]

Kadar kematian pesakit meningitis ialah 5–15% kes dengan terapi sempurna dan 50% tanpa rawatan. 20% kalangan pesakit meningitis yang selamat mengalami masalah saraf termasuk pekak dan lumpuh.

Diagnosis[sunting | sunting sumber]

Seseorang dengan gejala-gejala meningitis akan dilakukan ujian darah untuk mengenal pasti tanda-tanda keradangan.[1] Pengambilan cecair serebrospinal melalui tebukan lumbar ialah ujian paling utama dalam pengenalpastian meningitis.[2] Namun begitu, imbasan CT atau MRI perlu dilakukan terlebih dahulu sebelum tebukan lumbar apabila pesakit mempunyai bendasing seperti tumor atau memiliki tekanan intrakranium yang tinggi.

Rawatan[sunting | sunting sumber]

Antibiotik kemoprofilaksis (pencegahan penyakit menggunakan antibiotik) adalah disyorkan kepada kontak rapat sahaja. Pemvaksinan hanya akan dilakukan sekiranya jangkitan tidak berkesan.

Pencegahan[sunting | sunting sumber]

Vaksin meningokokal[sunting | sunting sumber]

Vaksin ini (dipanggil Meningococcal Quadrivalent Vaccine ACYW-135) —yang boleh didapati di hospital kerajaan, klinik bergerak, poliklinik dan klinik swasta— disyorkan pengunaannya kepada pelancong atau pelawat yang ke kawasan endemikbseperti Afrika, Amerika Selatan dan Asia Tengah termasuk Arab Saudi bagi mereka yang mengerjakan haji atau umrah. Vaksin ini biasanya diambil dua minggu sebelum tarikh melancong atau melawat dan ia boleh bertahan selama kira-kira 3 hingga 5 tahun. Imunisasi secara rutin kepada kanak-kanak adalah tidak digalakkan.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Chaudhuri A, Martinez-Martin P, Martin PM, Kennedy PG, Andrew Seaton R, Portegies P, Bojar M, Steiner I (July 2008). "EFNS guideline on the management of community-acquired bacterial meningitis: report of an EFNS Task Force on acute bacterial meningitis in older children and adults". European Journal of Neurology. 15 (7): 649–59. doi:10.1111/j.1468-1331.2008.02193.x. PMID 18582342.
  2. ^ Straus SE, Thorpe KE, Holroyd-Leduc J (October 2006). "How do I perform a lumbar puncture and analyze the results to diagnose bacterial meningitis?". JAMA. 296 (16): 2012–22. doi:10.1001/jama.296.16.2012. PMID 17062865.