Vaksin meningokokus

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search

Vaksin meningokokus merujuk kepada mana-mana vaksin yang digunakan untuk mencegah jangkitan oleh Neisseria meningitidis.[1] Versi yang berbeza berkesan melawan beberapa atau semua jenis meningokokus berikut: A, C, W135, dan Y. Vaksin berkesan antara 85 hingga 100% selama sekurang-kurangnya dua tahun.[1] Vaksin ini berjaya mengurangkan kes meningitis dan sepsis dalam populasi tempat ia digunakan secara meluas.[2][3] Ia diberikan sama ada melalui suntikan ke dalam otot atau di bawah kulit.[1]

Pertubuhan Kesihatan Sedunia mengesyorkan negara dengan kadar penyakit yang sederhana atau tinggi, atau dengan wabak yang kerap supaya menjalankan pemvaksinan secara rutin.[1][4] Di negara dengan risiko penyakit yang rendah, WHO mengesyorkan supaya kumpulan berisiko tinggi diimunkan.[1] Usaha di kawasan meningitis Afrika untuk mengimunkan semua penduduk antara umur setahun dengan tiga puluh tahun menggunakan vaksin konjugat meningokokus A sedang dijalankan.[4] Di Kanada dan Amerika Syarikat, vaksin yang berkesan melawan kesemua empat jenis meningokokus adalah disyorkan untuk remaja dan orang lain yang berisiko tinggi.[1] Vaksin ini juga diperlukan untuk orang yang pergi ke Mekah untuk menunaikan Haji.[1]

Keselamatan vaksin ini secara amnya adalah baik. Sebilangan individu mengalami kesakitan dan kemerahan pada tempat suntikan.[1] Penggunaan semasa hamil nampaknya selamat.[4] Tindak balas alergi yang teruk berlaku dalam kurang daripada satu dalam sejuta dos.[1]

Vaksin meningokokus yang pertama mula dikeluarkan pada tahun 1970-an.[5] Ia tersenarai dalam Senarai Ubat Penting Pertubuhan Kesihatan Sedunia, iaitu ubat paling penting yang diperlukan dalam sistem kesihatan asas.[6] Harga borong vaksin ini ialah antara 3.23 hingga 10.77 dolar Amerika sedos pada tahun 2014.[7] Di Amerika Syarikat, ia berharga 100 hingga 200 dolar Amerika untuk satu rawatan.[8]

References[sunting | sunting sumber]

  1. ^ a b c d e f g h i "Meningococcal vaccines: WHO position paper" (PDF).
  2. ^ Patel, M; Lee, CK (25 January 2005).
  3. ^ Conterno, LO; Silva Filho, CR; Rüggeberg, JU; Heath, PT (19 July 2006).
  4. ^ a b c "Meningococcal A conjugate vaccine: updated guidance, February 2015."
  5. ^ Barrett, Alan D.T. (2015).
  6. ^ "WHO Model List of EssentialMedicines" (PDF).
  7. ^ "Vaccine, Meningococcal".
  8. ^ Hamilton, Richart (2015).