Vena kava

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Pergi ke pandu arah Pergi ke carian
Vena kava
Relations of the aorta, trachea, esophagus and other heart structures.png
Jantung dan struktur berdekatan, dengan vena kava superior dan inferior dilabel di bahagian kiri.
Pengenalpastian
MeSHD014684
FMAFMA:321896
Terminologi anatomi

Vena kava (daripada bahasa Latin, "vena berongga")[1] ialah dua vena darah besar yang mengalirkan kembali darah nyahoksigen dari badan ke jantung. Di manusia, terdapat dua vena kava, iaitu vena kava superior dan vena kava inferior, dan kedua-duanya mengalir ke atrium kanan.[2] Vena kava berkedudukan sedikit lari daripada pusat di belah kanan badan.

Atrium kanan memperoleh darah nyahoksigen dari vena kava serta sinus koronari. Vena kava inferior (juga vena cava kaudal pada beberapa haiwan) berkedudukan seiring aorta abdomen, dan menaiki badan dengan darah dari bahagian bawah badan. Ini ialah vena terbesar di dalam badan manusia.[3]

Vena kava superior (juga vena kava kranial pada beberapa haiwan) terletak di atas jantung, dan bercantum dengan vena brakiosefalus kiri dan kanan yang mengalirkan darah dari bahagian kepala dan lengan.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "vena cava". Cambridge Dictionary.
  2. ^ "vena cava". Dictionary.com. Dicapai pada 19 September 2013.
  3. ^ "What is the largest vein in the human body?" MadSci Network: Anatomy. Dicapai pada 19 September 2013.