Vice Versa

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search
Vice Versa
GenreDrama
PengarahAziz M. Osman
Dibintangi oleh
Umie Aida
Fahrin Ahmad
Abby Abadi
Jason Chong
Aziz M. Osman
Nor Aliah Lee
Lagu pembukaanSeksis oleh Anita Sarawak (VV I)
Lagu penutupTerhangat di Pasaran oleh KRU/Adam (VV II)
Negara asal Malaysia
BahasaBahasa Malaysia
Penerbitan
Penerbit eksekutifAziz M. Osman
PenerbitNor Aliah Lee
PenyuntingAben Othman
Tempoh siaran2 × 30 minit per episod
Penyiaran
Saluran asalTV3
Siaran asal18 Mac 2008
Pautan luar
Laman sesawang

Vice Versa (atau ViceVersa) ialah tajuk bagi sebuah siri drama televisyen Malaysia terbitan Ace Motion Pictures untuk TV3. Drama ini unik kerana di samping menceritakan susah senang tiga pasangan, setiap episod dibahagi kepada dua bahagian: separuh pertama menceritakan kisah isteri (Vice Versa I) sementara separuh lagi menumpu pada kisah suami (Vice Versa II). Vice Versa dibintangi Umie Aida, Fahrin Ahmad, Abby Abadi, Jason Chong, Aziz M. Osman dan Nor Aliah Lee.

Kisah[sunting | sunting sumber]

Drama Vice Versa mengisahkan kehidupan Johanna (Umie Aida), seorang wanita yang mementingkan kerjaya sehingga mengabaikan tanggungjawab di rumah sementara suaminya, Rudi (Fahrin Ahmad) inginkan Johanna menjadi seorang isteri mithali. Memahami naluri suaminya, Johanna semakin rajin memasak dan melakukan kerja-kerja rumah serta cuba mengimbanginya dengan tugasan di pejabat. Malangnya dia gagal memberi fokus terhadap kedua-dua perkara serentak dan menyebabkan tugasan di pejabat terganggu.

Manakala Norin (Abby Abadi) dan Alex (Jason Chong) merupakan pasangan ideal dan contoh kepada rakan-rakan mereka. Akan tetapi di sebalik kehangatan rumah tangga mereka timbul konflik yang berpunca daripada ibu Alex. Isu ini berpunca apabila Alex memeluk agama Islam dan menukarkan namanya. Pengorbanan Alex menyebabkan ibunya membenci Norin. Masalah menjadi lebih besar apabila ibu Alex, Nyonya Lee, datang untuk bermalam di rumah mereka. Nyonya sengaja mencari masalah dan menyebabkan Norin tidak berpuas hati. Situasi itu menyebabkan Alex berada dalam dilema, memihak kepada ibu yang membesarkannya atau isteri yang dicintainya.

Mahligai yang dibina hancur di pertengahan jalan, menyebabkan Yusri (Aziz M. Osman) dan Misya (Nor Aliah Lee) memilih untuk mengikut haluan masing-masing. Akan tetapi, Yusri sukar mendapatkan tawaran berlakon dan terpaksa bergantung dengan bekas isterinya untuk hidup. Misya terkilan dengan sikap Yusri yang bukan sahaja tidak memberi nafkah kepadanya dan anak-anak tetapi turut membebankannya. Misya menjadi lebih tertekan apabila pembantu rumahnya yang bekerja di salon perusahaannya mahu berhenti kerja kerana sudah 3 bulan tidak dibayat gaji. Misya merujuk kepada Yusri dan meminta berkongsi masalah itu. Namun, pelbagai masalah lain pula timbul.[1]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Budiey Isma (2008-03-09). "Sinopsis Drama Vice Versa Lakonan Fahrin Ahmad & Jason Chong". Sensasi Selebriti. Dicapai 2008-04-02. 

Pautan luar[sunting | sunting sumber]