Victor Wanyama

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Victor Wanyama
Maklumat peribadi
Nama penuh Victor Mugubi Wanyama[1]
Tarikh lahir (1991-06-25) 25 Jun 1991 (umur 32)
Tempat lahir Nairobi, Kenya
Ketinggian 1.88 m (6 ka 2 in)[2]
Posisi permainan Pemain tengah bertahan
Maklumat kelab
Kelab terkini
Montreal Impact
Nombor 2
Kerjaya remaja
2006–2008 JMJ Youth Academy
2006 Nairobi City Stars
2006–2007 AFC Leopards
2007–2008 Helsingborg
Kerjaya Senior*
Tahun Pasukan Kmcln (Gol)
2008–2011 Beerschot AC 51 (2)
2011–2013 Celtic 61 (10)
2013–2016 Southampton 85 (4)
2016–2020 Tottenham Hotspur 69 (6)
2020– Montreal Impact 1 (0)
Pasukan kebangsaan
2007– Kenya 60 (7)
* Gol dan kemunculan untuk kelab senior hanya untuk liga domestik dan tepat pada 13 Mac 2020
‡ Gol dan kemunculan pasukan kebangsaan hingga 20 November 2019

Victor Mugubi Wanyama (pronounced [ˈvɪktɜr muˈɡubiː wɑˈŋɑːmɑ] ( dengar); lahir 25 Jun 1991) merupakan pemain bola sepak Kenya yang bermain sebagai pemain tengah bertahan untuk kelab Major League Soccer, Montreal Impact dan merupakan kapten Pasukan bola sepak kebangsaan Kenya.[3] Di atas padang, Wanyama dikenali kerana semangat kesukanan dan kualiti kepimpinan.[3]

Wanyama menjadi pemain Kenya pertama untuk menjaringkan gol dalam Liga Juara-Juara Eropah selepas dia menjaringkan gol pertama ketika kemenangan bersejarah Celtic 2–1 ke atas Barcelona pada 7 November 2012.[4] Pada 11 Julai 2013, Wanyama berpindah ke kelab Liga Perdana Inggeris Southampton dengan bayaran £12.5 juta menjadikannya pemain paling mahal dijual oleh kelab Scotland, melepasi rekod £9.5 juta yang dibayar kelab Rusia Spartak Moscow untuk Aiden McGeady pada tahun 2010.[5]

Kehidupan awal[sunting | sunting sumber]

Wanyama menghadiri Kamukunji High School, yang menyajikan pasukan bola sepak berjaya. Setelah meninggalkan sekolah tinggi, dia juga bermain dengan Akademi JMJ selama tiga tahun di mana dia juga menyertai kelab Liga Perdana Kenya Nairobi City Stars dan AFC Leopards. [6] Pada tahun 2007 dia menyertai kelab Allsvenskan Helsingborg tetapi setelah pemergian abangnya McDonald Mariga ke kelab Serie A Parma pada tahun 2008, Wanyama kembali ke Kenya.

Karier antarabangsa[sunting | sunting sumber]

Wanyama membuat penampilan sulung untuk pasukan bola sepak kebangsaan Kenya pada bulan Mei 2007, berumur cuma 15 tahun ketika perlawanan persahabatan menentang Nigeria.[6] Dia juga bermain dalam semua enam perlawanan kelayakan Piala Dunia 2010 Kenya. Dia menjadi kapten pasukan kebangsaannya pada tahun 2013.

Kejayaan[sunting | sunting sumber]

Kelab[sunting | sunting sumber]

Celtic

Individu[sunting | sunting sumber]

  • Pemain Muda Tahunan SPL: 2012–13
  • Pemain Muda Bulanan SPL: Disember 2011

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Sh1.3 billion Arsenal swoop for Victor Wanyama ‘in the works’ – Football. nation.co.ke (2 June 2012). Retrieved on 11 July 2013
  2. ^ "Victor Wanyama Profile". UEFA. Dicapai pada 27 September 2012.
  3. ^ a b "Celtic's Victor Wanyama has joined Southampton, say Kenyans". BBC Sport. 11 July 2013. Dicapai pada 20 September 2014.
  4. ^ "Wanyama: Saints' sights on Europe". FIFA. 17 December 2013. Dicapai pada 20 September 2014.
  5. ^ "Southampton in record swoop for Wanyama". FIFA. 11 July 2013. Diarkibkan daripada yang asal pada 2016-03-04. Dicapai pada 20 September 2014.
  6. ^ a b Mugabe wants to cement position in Belgium club Standard Digital, 5 January 2010

Pautan luar[sunting | sunting sumber]