Vigdís Finnbogadóttir

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Vigdís Finnbogadóttir
Vigdis Finnbogadottir (1985).jpg

Perdana Menteri Gunnar Thoroddsen
Steingrímur Hermannsson
Þorsteinn Pálsson
Steingrímur Hermannsson
Davíð Oddsson
Didahului oleh Kristján Eldjárn
Diganti oleh Ólafur Ragnar Grímsson

Lahir (1930-04-15) 15 April 1930 (umur 87)
Reykjavík, Iceland
Alma mater Universiti Paris
Grenoble Alps University
Universiti Copenhagen
Universiti Iceland

Vigdís Finnbogadóttir [ˈvɪɣtis ˈfɪn.pɔɣaˌtoʊhtɪr] (lahir 15 April 1930) berkhidmat sebagai Presiden Iceland yang keempat dari 1 Ogos 1980 hingga 1996. Beliau merupakan presiden wanita pertama yang dipilih langsung secara demokratik di dunia.[1] Tempoh jawatannya selama genap enam belas tahun juga menjadikannya ketua negara wanita yang berkhidmay paling lama di mana-mana negara. Pada masa ini, beliau adalah seorang Duta Muhibah UNESCO serta seorang Anggota Kelab Madrid.[2] Beliau juga merupakan satu-satunya presiden wanita Iceland.

Sebagai Presiden Iceland[sunting | sunting sumber]

Walaupun jawatan Presiden Iceland merupakan secara umumnya pangkat kebesaran, namun Vigdís terlibat secara aktif sebagai seorang aktivis alam sekitar serta memperjuangkan budaya dan bahasa Iceland dengan bertindak sebagai duta budaya dalam mempromosikan negaranya. Dia menekankan peranan negara-negara kecil serta menjadi tuan rumah Sidang Kemuncak Reykjavík yang dihadiri Ronald Reagan dan Mikhail Gorbachev pada tahun 1986. Beliau kuat berpegang pada mottonya 'jangan hampakan kaum wanita', dan beliau turut bekerja secara khususnya menggalakan pendidikan untuk kaum wanita. Beliau turut sedar akan peranannya sebagai model untuk golongan wanita muda.[3]

Persaraan[sunting | sunting sumber]

Sejak tahun 1998, Vigdís dipilih menjadi Duta Muhibbah UNESCO bagi bidang bahasa.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "Club of Madrid: Vigdís Finnbogadóttir". Club of Madrid. 2003. Dicapai pada 19 July 2010. 
  2. ^ "Club of Madrid: Full Members". Club of Madrid. 2003. Diarkibkan daripada original pada 10 October 2007. Dicapai pada 30 March 2008. 
  3. ^ Torild Skard (2014) 'Vigdís Finnbogadóttir' 'Women of power - half a century of female presidents and prime ministers worldwide.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]