Voltan tinggi

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search
Voltan tinggi boleh membawa kepada kerosakan litar elektrik yang menyebabkan pembebasan cas elektrik seperti dalam gambar.

Istilah voltan tinggi merujuk kepada litar elektrik yang mana voltan yang digunakan menjadi punca masalah keselamatan dan perlu ditebat. Voltan tinggi digunakan dalam pengagihan kuasa elektrik, dalam tiub sinar katod, untuk menghasilkan sinar-X dan zarah alur, untuk menunjukkan lengkungan, untuk pencucuhan, dan untuk kegunaan industri dan saintifik lain.