Wan Ismail Wan Jusoh

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Wan Ismail Wan Jusoh
Anggota Dewan Undangan Negeri Kelantan
untuk Melor
Dalam jawatan
2008–2013
Didahului olehAzmi Ishak
Digantikan olehMd Yusnan Yusof
Dalam jawatan
1999–2004
Didahului olehZainal Abidin Ab. Kadir
Digantikan olehAzmi Ishak
Butiran peribadi
LahirWan Ismail bin Wan Jusoh
1955
Meninggal dunia26 Ogos 2021
Hospital Sultan Ismail Petra, Kuala Krai
Parti politik Parti Islam Se-Malaysia

Wan Ismail bin Wan Jusoh (1955-2021) ialah seorang ahli politik Malaysia dari Parti Islam Se-Malaysia (PAS). Beliau pernah menjadi Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Melor, Kelantan selama dua penggal iaitu 1999-2004 dan 2008-2013. Dalam parti, beliau merupakan Yang Dipertua PAS Kawasan Ketereh. Beliau juga dilantik sebagai Penyelia Parlimen Ketereh oleh Kerajaan Negeri Kelantan sebelum jawatan tersebut dimansuhkan pada 2020[1]. Beliau juga merupakan Ahli Lembaga Institut Pemikiran Tok Guru, di Kelantan[2].

Keputusan pilihan raya[sunting | sunting sumber]

Tahun Kawasan Nama Parti Undi Nama Parti Undi Majoriti
1999 DUN Melor Wan Ismail Wan Jusoh PAS 6,847 Zainal Abidin Ab Kadir BN-UMNO 4,738 2,109
2004 DUN Melor Wan Ismail Wan Jusoh PAS 6,563 Azmi Ishak BN-UMNO 6,775 212
2008 DUN Melor Wan Ismail Wan Jusoh PAS 8,390 Azmi Ishak BN-UMNO 6,774 1,616
2018 Parlimen Ketereh Wan Ismail Wan Jusoh PAS 20,841 Annuar Musa BN-UMNO 25,467 4,626
Mohd Radzi Md Jidin PH-PPBM 974

Sakit[sunting | sunting sumber]

Pada Disember 2009, Wan Ismail jatuh sakit semasa mengerjakan haji di Mekah dan mendapatkan rawatan lanjut di Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) Kubang Kerian.[3]

Wan Ismail disahkan positif COVID-19 pada 3 Ogos 2021 dan ditempatkan di Hospital Ismail Petra Kuala Krai[4]. Beliau meninggal dunia pada 26 Ogos 2021 di hospital tersebut akibat COVID-19[5].

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Rosmiza Kasim (16 Disember 2020). "Pas Kelantan mansuh jawatan penyelia Parlimen, DUN". Sinar Harian. Dicapai pada 20 Ogos 2021.
  2. ^ "YBrs Ustaz Haji Wan Ismail Bin Wan Jusoh". IPTG. Dicapai pada 20 Ogos 2021.
  3. ^ "Adun Melor Kini Dirawat Di HUSM". mStar. 11 Disember 2009. Dicapai pada 20 Ogos 2021.
  4. ^ Keadmin (18 Ogos 2021). "Abah akan ditidurkan…". Kelantan Updates. Dicapai pada 20 Ogos 2021.
  5. ^ Hidayatidayu Razali (26 Ogos 2021). "Bekas ADUN Melor meninggal dunia". BHarian. Dicapai pada 26 Ogos 2021.