Annuar Musa

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search
Yang Berhormat
Tan Sri Datuk Seri Panglima Haji

Annuar Musa
Setiausaha Agung UMNO
Memegang jawatan
14 Julai 2018
Didahului oleh Tengku Adnan Tengku Mansor
Presiden KAFA
Dalam jawatan
2007–2016
Didahului oleh Datuk Ahmad Jazlan Yaakub
Digantikan oleh Bibi Ramjani Ilias Khan
Menteri Belia dan Sukan
Dalam jawatan
1990–1993
Didahului oleh Dato' Seri Mohd Najib Abdul Razak
Digantikan oleh Dato' Abdul Ghani Othman
Menteri Pembangunan Luar Bandar
Pengerusi MARA
Dalam jawatan
19 Julai 2013 – 18 Julai 2015
Didahului oleh Dato' Seri Idris bin Jusoh
Ahli Parlimen
untuk P26 Ketereh, Kelantan
Dalam jawatan
2013 – kini
Majoriti 974 (PRU-13)
Ahli Dewan Undangan
untuk N18 Peringat, Kelantan
Dalam jawatan
1986–1990
Digantikan oleh Ustaz Haji Daud
Majoriti 136
Butiran peribadi
Lahir (1956-05-18) 18 Mei 1956 (umur 62)
Bukit Marak, Bachok, Kelantan, Persekutuan Tanah Melayu (kini Malaysia)
Parti politik Barisan Nasional.png Barisan Nasional
UMNO (Malaysia).svg UMNO
Pasangan Puan Sri Rosniah Abdul Rahman
Anak-anak 4
Pekerjaan Ahli parlimen, perancang bandar

Tan Sri Datuk Seri Panglima Haji Annuar Haji Musa (lahir 18 Mei 1956) adalah ahli politik Malaysia berbangsa Melayu, pernah menjadi Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Melor dan Kok Lanas serta Ahli Parlimen Peringat di Kelantan; Menteri Belia dan Sukan Malaysia; Menteri Pembangunan Usahawan dan Ketua Pembangkang di DUN Kelantan. Di peringkat akar umbi, beliau pernah memegang ahli Majlis Tertinggi UMNO 2000-2003.

Beliau juga adalah bekas Presiden Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) dan bekas Timbalan Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) akan tetapi digantung 30 bulan (hukuman minima), setelah melanggar disiplin dalam FAM, iaitu mengkritik pasukan kebangsaan.[1]

Kehidupan awal[sunting | sunting sumber]

Tan Sri Annuar lahir pada 18 Mei 1956 di Bukit Marak, Kelantan. Annuar berkahwin dengan Datin Rosniah Abdul Rahman dan dikurniakan empat cahaya mata iaitu Azzahraa, Azzwaa, Ajjrina dan Afiq Amani.

Mendapat pendidikan awal di Sekolah Tuanku Abdul Rahman,Ipoh.Annuar memiliki sarjana dalam Pengurusan Pembinaan dari University College of London. Beliau memperoleh ijazah sarjana muda Perancang Bandar dan Desa dari Universiti Teknologi Malaysia (UTM).

Annuar merupakan ahli Institut Perancang Malaysia. Beliau menjadi Penolong Pengarah Perancang Bandar, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur dan Pengarah, Bahagian Perancang Korporat, Perbadanan Kemajuan Ekonomi Negeri Kelantan.

Kerjaya politik[sunting | sunting sumber]

Politik awal Annuar dalam UMNO dibawa ketengah oleh Tengku Razaleigh Hamzah atau 'Ku Li' yang menjadi pemimpin UMNO yang tidak dipertikai di Kelantan masa itu.

Di bawah pimpinan Annuar sebagai ketua UMNO Kelantan menjadikan Ku Li tinggal berpengaruh di Gua Musang saja.

Annuar Musa terpilih menjadi Ketua UMNO Bahagian Ketereh selama 20 tahun di samping selama 14 tahun menjadi ahli Majlis Tertinggi UMNO dan sebagai menteri hampir 10 tahun. Sejak 1979 beliau aktif dalam UMNO Kelantan.

Annuar menjadi ahli MT UMNO (1991-2004). Beliau juga pernah menjadi Pengerusi Barisan Nasional Kelantan (1994-2001) dan Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Kelantan (1991-2003). Beliau pernah menjadi Ketua UMNO Bahagian Ketereh yang sebelum ini pernah dikenali sebagai Nilam Puri dan Peringat dari 1986 hingga 29 Januari 2016,pada 29 Januari 2016 beliau dilantik sebagai Ketua Penerangan UMNO Malaysia.

Pilihan raya[sunting | sunting sumber]

Beliau bertanding di DUN Peringat dalam Pilihan raya 1986, menewaskan Daud Jusoh (PAS) dengan majoriti 136 undi. Tapi tewas kepada Mohamad Sabu dalam Pilihan raya 1990 Parlimen Peringat. Tahun 1990, PAS menyapu bersih 39 kerusi dewan DUN Kelantan kerana pertelingkahan dalam kepimpinan UMNO.

Namun dalam Pilihan raya 1995 , beliau menang di Peringat dengan menewaskan calon S46, Rafei Mat Salleh. Tahun 1995 menyaksikan BN menang 7 negeri 2 kerusi parlimen. Dalam Pilihan raya umum 1999 beliau kalah kepada calon Keadilan, Mohamad Mustafa. BN hanya menang 2 kerusi negeri dan hanya menang 1 kerusi parlimen.

Tahun 2004, beliau menang di DUN Kok Lanas apabila menewaskan Md Ashari Mamat PAS. Beliau menang dengan majoriti 2846 undi, satu margin yang besar di Kelantan. Tahun 2004, BN menyapu bersih 21 daripada 45 kerusi negeri dan mengambil lapan daripada 14 kerusi parlimen. BN/UMNIO juga menang kerusi negeri Pengkalan Pasir dalam Pilihan raya kecil Pengkalan Pasir 2005 dan telah memberikan 22 kerusi, berbanding 23 yang dimenangi oleh PAS.[2]

Dalam Pilihan Raya Umum Malaysia 2008, Ab Aziz Ab Kadir dari PR/PKR mengalahkan Datuk Seri Annuar Musa dari Barisan Nasional - UMNO di P26 Ketereh,Kelantan. Ab Aziz memperolehi 21,738 undi berbanding Annuar memperolehi hanya 21,338 undi. Majoriti 400 undi.

Isu dan kontroversi[sunting | sunting sumber]

Wang PPRT[sunting | sunting sumber]

Pada 11 November 2011, Mingguan Malaysia menyiarkan artikel bertajuk 'Skandal PPRT Kelantan'. Masihkah fitnah?' tulisan Abdullah Ahmad, Kok Lanas. Kemudian Annuar Musa mendedahkan kelulusan peruntukan Menteri Pembangunan Luar Bandar sebanyak RM50,000 untuk satu projek di tanah milik Dato' Abdullah Ahmad; (Mingguan Malaysia 18 Nov. 2001).

Digantung FAM 30 bulan[sunting | sunting sumber]

Pada 5 April 2012, beliau selaku Timbalan Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) digantung 30 bulan daripada sebarang aktiviti bola sepak di peringkat nasional dan negeri oleh Jawatankuasa Tatatertib Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) setelah jawatankuasa disiplin FAM mendapati beliau bersalah membuat kenyataan akhbar berbau negatif mengenai skuad bola sepak negara pada 12 Februari 2012. Annuar Musa digantung mengikut Perlembagaan FAM 4.5.8 (I) dan 4.5.8 (III). Timbalan Presiden FAM, Tengku Abdullah dalam mesyuarat Jawatankuasa Eksekutif FAM pada 4 Februari 2012 sudah mengingatkan supaya hal-hal FAM tidak disebarkan kepada media sebelum berbincang dengan jawatankuasa tersebut.[3][4][5][6][7][8]

Pengerusi jawatankuasa tersebut, Datuk Taufik Abdul Razak menjelaskan bahawa Annuar tidak dibenarkan terlibat dalam sebarang aktiviti badan induk bola sepak negara, serta dalam aktiviti Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) di mana beliau adalah Presiden. Ia dikatakan melanggar Artikel 88, Statut FAM edisi 2010-2014.[9]

Pada 20 Mei 2012, Pasukan bola sepak Kelantan memenangi Piala FA menewaskan Sime Darby 1-0. Annuar turut hadir di Stadium Bukit Jalil menyokong pasukan 'Red Warriors' Kelantan.

Annuar memeluk dirinya dalam konflik yang berbatu dan hubungan perdebatan dengan Putera Mahkota Johor Tunku Ismail Sultan Ibrahim, satu lagi calon calon presiden FAM; dalam pilihan raya FAM pada tahun 2017.[10] Tunku Ismail mendakwa bahawa "Tan Sri", nampaknya merujuk kepada Annuar, yang merupakan pengerusi Majlis Amanah Rakyat (MARA) yang memaksa entitinya menaja Kafa. Dalam siaran Facebook pada 12 Januari 2017, Tunku Ismail telah mendedahkan gambar-gambar dokumen yang menunjukkan penajaan kepada Kafa; RM500,000 oleh Universiti Kuala Lumpur (UniKL) dan tambahan RM200,000 oleh Mara Investment Berhad (PMB); kedua-dua anak syarikat MARA.[11] Pada 31 Januari 2017, MARA mengumumkan Annuar telah digantung dan diminta meninggalkan cuti sebagai pengerusi MARA dan ketua PMB sementara menunggu penyiasatan dalaman dan audit dilakukan terhadap tuduhan yang dibuat terhadapnya.[12][13] Penggantungan Annuar juga telah disuarakan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) selama empat jam pada 3 Februari 2017.[14][15][16]

Annuar keluar dari pemilihan presiden FAM 2017 yang kemudiannya memetik sebab untuk memberi tumpuan kepada kewajipan politiknya.[17] Beliau juga tidak memperbaharui kontrak pengerusi MARAnya yang berakhir pada 11 Ogos 2017 di tengah-tengah masih digantung.[18]

Tuntut royalti minyak Kelantan[sunting | sunting sumber]

Annuar Musa turut mengumumkan menyokong Gerak iaitu tuntutan royalti minyak luar pesisir pantai Kelantan daripada kerajaan pusat / Petronas. Pada 20 Mei 2012, Annuar Musa menandatangani kain pemidang kempen menuntut royalti minyak untuk Kelantan.[19]

Setiausaha Gerakan Bertindak Kembalikan Royalti Kelantan (GEGAR) berkata Muhammad Hishamuddin Ghazali mahu setiap rakyat Kelantan menyokong tuntutan tersebut. Pada 26 April 2012, Saman / rayuan Kelantan berhubung Royalti Petroleum didengar pada jam 9 pagi di Mahkamah Rayuan Istana Kehakiman, Putrajaya. Pendaratan minyak dan gas dari 2 Telaga Kelantan (Telaga Surya dan Telaga Bumi) ke Kerteh, Terengganu adalah bertentangan dengan konsep federalisme Terhadap Negeri Kelantan.

Keputusan pilihan raya[sunting | sunting sumber]

Dewan Undangan Negeri Kelantan[20][21]
Tahun Perlembagaan Kerajaan Undi Prts Pembangkang Undi Pct Buang undi Majoriti Keluar
1986 N.18 Peringat P.22 Nilam Puri Annuar Musa (UMNO) 4,555 48.82% Daud Jusoh @ Yusof (PAS) 4,419 47.36% 9,330 136 75.81%
2004 N.25 Kok Lanas P.26 Ketereh Md Ashari Mamat (PAS) 5,663 38.51% Annuar Musa (UMNO) 8,509 57.86% 14,707 2,846 85.16%
Parlimen Malaysia[20][21][22][23][24]
Tahun Perlembagaan Kerajaan Undi Prts Pembangkang Undi Prts Buang undi Majoriti Keluar
1990 P.22 Nilam Puri, Kelantan Annuar Musa (UMNO) 11,457 35.38% Mohamad Sabu (PAS) 19,596 60.52% 32,381 8,139 80.42%
Dr. Kamarudin (BEBAS) 526 1.67%
1995 P.26 Peringat, Kelantan Annuar Musa (UMNO) 16,725 50.02% Rafei Matsalleh (S46) 14,790 44.23% 33,436 1,935 79.14%
1999 P.26 Peringat, Kelantan Annuar Musa (UMNO) 14,956 41.23% Muhammad Mustafa (PKR) 19,481 53.71% 36,271 4,525 80.05%
2008 P.26 Ketereh, Kelantan Annuar Musa (UMNO) 21,338 49.54% Abdul Aziz Kadir (PKR) 21,738 50.46% 44,377 400 84.95%
2013 P.26 Ketereh, Kelantan Annuar Musa (UMNO) 26,912 50.92% Abdul Aziz Kadir (PKR) 25,938 49.08% 53,906 974 86.64%

Jawatan[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Azzuddin let off but Annuar in trouble for criticising national teams
  2. ^ Annuar Musa: All politicians a liability
  3. ^ Annuar Musa Digantung FAM Selama 30 Bulan Diarkibkan 8 August 2014 di Wayback Machine.
  4. ^ SINGH, DEVINDER (19 November 2016). "No turning back". New Straits Times. New Straits Times Press (M) Berhad. Dicapai 14 February 2017. 
  5. ^ "K'tan to pay outstanding salaries for footballers in stages, says Annuar". Bernama. Malaysiakini. 15 January 2016. Dicapai 14 May 2017. 
  6. ^ SINGH, AJITPAL (31 December 2016). "(Football) PFAM blasts former Kafa president over accusation of interference". New Straits Times. New Straits Times Press (M) Berhad. Dicapai 14 February 2017. 
  7. ^ Krishnan, Gowri (24 February 2017). "JDT take a jab at KAFA over Jonny McKain's unpaid salary". FourthOfficial. FourthOfficial. Dicapai 14 February 2017. 
  8. ^ Keeshaanan Sundaresan (6 May 2017). "Annuar Musa and KAFA, it's time to own up to your own mistakes!". FourthOfficial. FourthOfficial. Dicapai 16 May 2017. 
  9. ^ "FAM gantung Annuar Musa 30 bulan", Malaysiakini.com, 5 April 2012.
  10. ^ DARBY, STEVE (22 March 2017). "TMJ vs. Annuar Musa for FAM boss revives Johor-Kelantan rivalry". STEVE DARBY. ESPN. Dicapai 16 May 2017. 
  11. ^ G. Surach (12 January 2017). "TMJ: 'Tan Sri' should explain MARA sponsorship for Kelantan". The Sun Daily. The Sun Daily. Dicapai 16 May 2017. 
  12. ^ "Dr Yusof: Mara to probe allegations against Annuar Musa". The Star. The Star. 31 January 2017. Dicapai 16 May 2017. 
  13. ^ RAHMAH GHAZALI (31 January 2017). "Annuar Musa suspended as Mara chairman". The Star. The Star. Dicapai 16 May 2017. 
  14. ^ KAOS, JOSEPH (3 February 2017). "MACC questions Annuar Musa for four hours". The Star. The Star. Dicapai 16 May 2017. 
  15. ^ "MACC quizzes suspended Mara chief Annuar". Malaysiakini. 3 February 2017. Dicapai 16 May 2017. 
  16. ^ "MACC interviews Annuar Musa over alleged abuse at Mara". The Malay Mail. The Malay Mail. 3 February 2017. Dicapai 16 May 2017. 
  17. ^ "Tunku Ismail new FAM president, Annuar drops out". FMT. Free Malaysia Today. 23 March 2017. Dicapai 16 May 2017. 
  18. ^ "PM to get list of Mara chairman candidates soon". Bernama. The Malaysian Insight. 12 August 2017. Dicapai 12 August 2017. 
  19. ^ Annuar Musa tuntut royalti minyak untuk Kelantan
  20. ^ a b "Keputusan Pilihan Raya Umum Parlimen/Dewan Undangan Negeri" (dalam bahasa Malay). Election Commission of Malaysia. Dicapai 4 February 2017.  Percentage figures based on total turnout.
  21. ^ a b "Malaysia General Election". undiinfo Malaysian Election Data. Malaysiakini. Dicapai 4 February 2017.  Results only available from the 2004 election.
  22. ^ "KEPUTUSAN PILIHAN RAYA UMUM 13". Sistem Pengurusan Maklumat Pilihan Raya Umum (dalam bahasa Malay). Election Commission of Malaysia. Dicapai 24 March 2017. 
  23. ^ "my undi : Kawasan & Calon-Calon PRU13 : Keputusan PRU13 (Archived copy)". www.myundi.com.my. Diarkibkan daripada asal pada 30 March 2014. Dicapai 9 April 2014. 
  24. ^ "Keputusan Pilihan Raya Umum ke-13". Utusan Malaysia. Dicapai 26 October 2014. 

Pautan luar[sunting | sunting sumber]