Wan Sulaiman bin Wan Siddiq

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Cendekiawan Islam
Ulama tersohor dari Kedah
Nama: Wan Sulaiman bin Wan Siddiq
Gelaran: Pak Wan Sulaiman
Lahir: 1291 Hijrah/1874
Wafat: 28 Muharam 1354 Hijrah/2 Mei 1935
Etnik: Melayu
Rantau: Semenanjung Tanah Melayu


Wan Sulaiman bin Wan Siddiq (1874 - 1935) atau lebih dikenali sebagai Pak Wan Sulaiman merupakan salah seorang tokoh ulamak di nusantara yang terkemuka.[1] Beliau dilahirkan di Mukim Padang Kerbau, dalam daerah Kota Setar, Kedah.

Wan Sulaiman bin Wan Siddiq atau nama penuhnya Haji Wan Sulaiman bin Wan Siddiq bin Wan Aman bin Wan Net bin Wan su @ Dato' Temenggong Kolot, Bukit Lada merupakan salah seorang daripada ulamak Melayu yang bertanggung jawab mengembangkan syiar Islam di nusantara.[2] Beliau berkahwin dengan Wan Kalsum binti Wan Abdul Hamid dan memperoleh 11 orang anak.

Karya beliau[sunting | sunting sumber]

  1. `Umdatul Aulad fi Bayani fi `Ibadatihim ila Rabbil `Ibad, diselesaikan pada 8 Muharam 1326 Hijrah di Kedah Darul Aman. Kandungannya merupakan pelajaran darjah pertama bicara ibadat. Cetakan Keriterian Press Limited, Pulau Pinang.
  2. Nihayatul Mathlub fi Tashfiyatil Qulub, diselesaikan pada 30 Jamadilawal 1337 Hijrah di Kedah yang berbentuk manuskrip. Disalin oleh Muhammad Tahir al-Juhuri (Johor) 16 Syaaban 1376 Hijrah/Mac 1957 Masihi. Kandungannya merupakan pelajaran Thariqat Naqsyabandiyah.
  3. Futuhat Qad-hiyah, diselesaikan pada 17 Rabiulawal 1343 Hijrah di Kampung Limbong Kapal, Kedah. Kandungannya membahas mengenai Thariqat Naqsyabandiyah-Mujaddidiyah Ahmadiyah. Cetakan kedua, oleh Haji Hasyim bin Abdullah, di Percetakan Siaran, Alor Setar.
  4. Qashidah Menyanyi Lagu Abyari, diselesaikan pada 3 Muharam 1344 Hijtah/1925 Masihi di Kampung Limbong Kapal, Kedah. Kandungannya tentang akidah untuk kanak-kanak. Terdiri daripada 114 bait syair. Diceritakan bahawa ia disusun ketika dalam perjalanan menaiki kereta api ke Bangkok sewaktu mengiringi Tengku Mahmud. Cetakan The Kedah Goverment Press, tanpa disebutkan tahunnya.
  5. Tanwirul Bashirah ..., diselesaikan pada 20 Rejab 1347 Hijrah/1928 Masihi. Dicatatkan pada halaman belakang oleh Al-Haji Wan Ismail Daud, Setiausaha Hal Ehwal Jabatan Agama Negeri Kedah, katanya, ``Di atas jasa-jasa baik al-Marhum asy-Syeikh Wan Sulaiman bin Wan Siddiq dan perjuangannya untuk menegakkan agama, bangsa dan nusa, janganlah hendaknya kita sebagai kata pepatah, ``Kacang lupakan kulit, hadiah Fatihah kepadanya. Cetakan Persama Press, Pulau Pinang.
  6. Nazham Syair Bicara Sirah An-Nabawiyah dan Dualul Islamil Kubra Kerajaan Islam Yang Besar-Besar, diselesaikan pada 3 Muharam 1348 Hijrah/1929 Masihi. Kandungannya merupakan syair yang terdiri daripada 198 bait. Selanjutnya menceritakan kelahiran Nabi Muhammad s.a.w., sirah dan akhlak Nabi s.a.w. Disinggung juga mulai berdirinya Khalifah Usman bin Artoghrrol pada tahun 699 Hijrah hingga pemerintahan Sultan Abdul Hamid Tsani tahun 1293 Hijrah. Cetakan Kerajaan Kedah, tanpa tahun.
  7. Mizanul `Uqala' wal Udaba', diselesaikan pada 16 Disember 1950 Hijrah. Kandungannya tentang pengertian syariat, thariqat, haqiqat dan ma'rifat. Cetakan keenam oleh Haji Hasyim bin Abdullah. Kesimpulannya bahawa keseluruhan karangan yang diketahui ada 17 judul, penulisan pertama tahun 1326 Hijrah/1908 Masihi dan berakhir pada tahun 1350 Hijrah/1931 Masihi.


Rujukan[sunting | sunting sumber]

  • TOKOH-TOKOH ULAMA' SEMENANJUNG MELAYU (1), Ismail Che Daud, Percetakan ZulRahim Sdn. Bhd., ISBN 983-2391-00-8
  1. ^ Sumbangan ulama Patani di Malaysia - SRI DIAH - 21 DISEMBER 2012
  2. ^ "Syeikh Wan Sulaiman - Syeikhul Islam Kedah Darul Aman - Utusan Malaysia - 19/04/2004". Diarkibkan daripada yang asal pada 2018-11-25. Dicapai pada 2018-11-25.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]


Jika anda melihat rencana yang menggunakan templat {{tunas}} ini, gantikanlah ia dengan templat tunas yang lebih spesifik.