War bonnet

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Seorang berbangsa Sioux memakai bulu-bulunya, gambar bertarikh 1899.

Ketapu perang atau ikat kepala perang (bahasa Inggeris: war bonnet) ialah penutup kepala dihiasi bulu pelepah tradisi dipakai pemimpin lelaki dalam kalangan masyarakat peribumi kawasan Great Plains benua Amerika Utara. Ia dahulu lazim dipakai untuk tujuan bertempur dalam peperangan, namun sekarang digunakan terutamanya untuk upacara adat. Bulu helang digunakan di mana ia mempunyai makna yang penting sebagai lambang keberanian dan kepahlawanan.

Persalinan ini dilihat sebagai barang yang sangat penting dari segi rohani dan politik lalu ia hanya boleh dipakai oleh sesiapa yang telah memperoleh kehormatan oleh bangsa mereka.[1][2] Maka, sebarang pemakaian hiasan-hiasan ini yang tidak berkebenaran yang jelas dari pemimpin suku boleh dianggap sebagai penghinaan terhadap budaya dan tradisi mereka.[3][4]

Penghasilan[sunting | sunting sumber]

Helang-helang seperti Haliaeetus leucocephalus merupakan spesies terlindung di bawah Akta Perjanjian Burung Ruaya 1918 (Migratory Bird Treaty Act of 1918); namun terdapat pengecualian untuk puak-puak diiktiraf pemerintah Amerika Syarikat memperolehi bulu-bulu pelepah dari hidupan ini untuk tujuan adat dan kepercayaan mereka.[5] Bulu-bulu ini sering dipetik dari ekor anak burung yang sudah mematang namun belum dapat meninggalkan sarang; kawasan yang didogolkan ini hanya boleh tumbuh semula sebanyak tiga kali. Pengumpulan bulu-bulu ini boleh dibuat tahun demi tahun jika dilakukan secara berhati-hati tanpa mengganggu sarang.[6]

Asas sarung kepala boleh dihasilkan dalam tiga jenis:[5]

  • sarung keras (horned bonnet): daripada kulit rusa, tanduk bison atau lembu mahupun bulu kuda berlapik bulu burung hantu.
  • sarung kembang (flaring bonnet): daripada ikatan bulu ekor pada jalur kulit rusa atau baldu
  • sarung mengepak (fluttering feather bonnet): dengan sisi berikat bulu tergantung.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Life of George Bent: Written From His Letters, by George E. Hyde, edited by Savoie Lottinville, University of Oklahoma Press (1968), hardcover, 390 pages; trade paperback, 280 pages (March 1983), pp 214, 216, 239, 307. ISBN 0-8061-1577-7, ISBN 978-0-8061-1577-1.
  2. ^ The Battle of Beecher Island and the Indian War of 1867–1869, by John H. Monnett, University Press of Colorado (1992), pages 46 to 48. ISBN 0-87081-347-1.
  3. ^ Houska, Tara. "'I Didn't Know' Doesn't Cut It Anymore". Indian Country Today Media Network. Diarkibkan daripada yang asal pada July 6, 2017. Dicapai pada April 20, 2015. On imitation Native headdresses as "the embodiment of cultural appropriation ... donning a highly sacred piece of Native culture like a fashion accessory
  4. ^ Keene, Adrienne (April 27, 2010) "But Why Can’t I Wear a Hipster Headdress? Diarkibkan Mei 13, 2016, di Wayback Machine" at Native Appropriations – Examining Representations of Indigenous Peoples.
  5. ^ a b "Eagle Permits - Native American Feather Permit". Perkhidmatan Hidupan Liar dan Ikan Amerika Syarikat.
  6. ^ Grinnell, George Bird (2008). The Cheyenne Indians: Their History and Lifeways. World Wisdom, Inc. m/s. 209. ISBN 9781933316604.