Werner von Siemens

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search
Werner von Siemens
Ernst Werner von Siemens.jpg
Lahir(1816-12-13)13 Disember 1816
Lenthe, Kerajaan Hanover di Gabungan Jerman
Meninggal dunia6 Disember 1892(1892-12-06) (umur 75)
Berlin, Wilayah Brandenburg, Kerajaan Prusia di Empayar Jerman
BidangPencipta

Ernst Werner Siemens (von Siemens dari 1888; bahasa Jerman: [ˈziːməns, -mɛns][1] 13 Disember 1816 - 6 Disember 1892) ialah pencipta dan ahli perindustrian Jerman.

Unit SI bagi kelakuan elektrik iaitu siemens dinamakan sempena beliau. Beliau sendiri merupakan pengasas syarikat elektrik dan telekomunikasi yang dinamakan sempena sendiri, Siemens AG.

Biografi[sunting | sunting sumber]

Awal hidup dan pendidikan[sunting | sunting sumber]

Werner lahir di Lenthe, berdekatan bandar Hanover, Jerman. Sesudah beliau tamat persekolahan di sana ketika menginjak usia 17 tahun, beliau menyertai tentera Prusia sebagai seorang askar relawan.[2] Di tempat ini dia dididik menjadi jurutera meskipun sering kekurangan dana membiayai sekolahnya oleh ayahnya. Kemudian, dia masuk akademi tenntera di Berlin.

Ayah Werner meninggal dunia pada tahun 1840, lalu Werner terpaksa menyara dan membesarkan pendidikan 9 orang adiknya yang lain. Setahun kemudian, dia mendapat pekerjaan bengkel arteleri di Berlin. Namun, dia dipenjarakan berikutan campur tangan dalam suatu pertelingkahan antara adiknya dengan rakan seperjuangan lain. Selama di penjara dia menggunakan waktunya untuk bereksperimen kimia. Hasilnya, dia menemukan suatu proses yang menyadurkan logam dengan logam bernilai lain menggunakan arus elektrik pada 1842.[2][3]

Kerjaya kejuruteraan[sunting | sunting sumber]

Beberapa bulan kemudian secara kebetulan dia melihat model awal telegraf elektrik buatan Sir Charles Whearstone (1837). Werner menyadari betapa pentingnya pesawat itu untuk komunikasi sejagat . Dia segera bekerja keras untuk memperbaiki pesawat tersebut. Pihak tentera segera tahu bahawa Werner sangat pakar dalam bidang komunikasi telegrafi; maka beliau ditugaskan memasang kabel bawah tanah. Tetapi, waktu itu belum ada bahan untuk menebat kabel.

Ketika suatu konflik bersenjata dengan Denmark sedang berlangsung pada tahun 1838, Siemens mengarahkan pemasangan telegraf pemerintah dari Berlin ke Majlis Kebangsaan Frankfurt serta mengawasi peletakan barisnya ke bahagian lain dari Jerman.[2] Pada tahun 1839, beliau mengundurkan diri daripada suruhanjaya tersebut untuk mendirikan sebuah syarikat pengeluar kabel telegraf.[2]

Werner memujuk seorag mekanik muda bernama Johann Georg Halske untuk bekerjasama mendirikan sebuah kilang telegraf di Berlin.[2] Syarikat tersebut, Telegraphen-Bauanstalt von Siemens & Halske, ditubuhkan pada 1 Oktober 1847. Syarikat tersebut diantarabangsakan tidak lama kemudian, Werner diwakili beberapa orang adiknya dalam menguruskan syarikat ini merentasi negara - beliau diwakili Carl Wilhelm di England dan Carl Heinrich di St. Petersburg, Rusia.

Beliau mereka lif elektrik pertama di dunia pada tahun 1880.[4]

Senja hidup[sunting | sunting sumber]

Werner bersara dari kerusinya pada tahun 1890, beliau meninggal dunia dua tahun kemudian di Berlin. The company, reorganized as Siemens & Halske AG, Siemens-Schuckertwerke and – since 1966 – Siemens AG diuruskan adiknya Carl sebelum diturunkan kepada anak-anak Arnold, Wilhelm dan Carl Friedrich, kemudiannya Hermann dan Ernst sampailah ke cicitnya, Peter von Siemens.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Wells, John C. (2008), Longman Pronunciation Dictionary (edisi 3rd), Longman, ISBN 9781405881180 
  2. ^ a b c d e Ralat petik: Tag <ref> tidak sah; teks bagi rujukan britis tidak disediakan
  3. ^ "Encyolopedia". Dicapai 19 Jun 2014. 
  4. ^ The History of the Elevator - Elisha Otis

Pautan luar[sunting | sunting sumber]