Wikipedia:Bahagian trivia

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Elakkan daripada mencipta senarai fakta-fakta yang beraneka. Beberapa rencana mengandungi senarai fakta-fakta berasingan, yang seringkali disatukan dalam bahagian mereka tersendiri, diberi label seperti "Trivia", "Nota-nota" (jangan disamakan dengan bahagian "Nota kaki" yang mengandungi nota-nota kaki), "Fakta-fakta", "Lain-lain", "Maklumat-maklumat lain", dll. Manual gaya penulisan ini memaparkan cara-cara fakta yang disebutkan dipersembah di dalam sebuah rencana, bukannya sekiranya maklumat yang terkandung di dalam rencana tersebut adalah benar-benar trivia, ataupun sama ada trivia boleh digunakan di Wikipedia ataupun tidak.

Seksyen atau bahagian trivia seharusnya dielakkan. Jika bahagian yang serupa terpaksa juga dicipta, maka anggapnya sebagai sementara sahaja, sehingga kaedah yang lebih bermutu dan baik dalam mempersembahkan maklumat itu dapat dipastikan. Senarai maklumat-maklumat beraneka adalah berguna untuk mengembangkan sebuah rencana baru, kerana mereka mewakili kaedah yang mudah untuk penyumbang-penyumbang baru menambah maklumat tanpa perlu mengikut organisasi atau persembahan rencana; mereka hanya menambah maklumat baru pada senarai itu sahaja. Walaubagaimanapun, apabila rencana-rencana berkembang, senarai-senarai ini menjadi tidak tersusun dan sukar untuk dibaca dan dikendalikan. Cara yang lebih baik untuk mengendalikan sesebuah rencana adalah dengan membekalkan sebuah penyusunan dan pengumpulan fakta-fakta logik yang mampu memberi sebuah persembahan integrasi, memasukkan konteks dan transisi yang lancar, tidak kira dalam bentuk teks, senarai, ataupun senarai meja.

Lihat juga Wikipedia:Mengendalikan trivia#Langkah-langkah praktikal

Bahagian-bahagian trivia seharusnya tidak dihapuskan dari segi kategori. Terdapat kemungkinan untuk menyatukan sesetengah maklumat ke dalam teks rencana. Terdapat fakta-fakta yang sepatutnya berada dalam bahagian yang telah diwujudkan, manakala terdapat juga yang memerlukan bahagian yang baru. Pindahkan maklumat-maklumat trivia kepada prosa, ataupun kepada senarai-senarai yang lebih bertumpu (seperti "Watak Cameo" atau "Rujukan dalam budaya popular"), mana-mana yang kelihatan paling sesuai. Maklumat-maklumat yang merupakan bahan tiruan daripada mana-mana maklumat yang telahpun wujud di dalam rencana yang sama boleh dikeluarkan dalam kebanyakan situasi.

Sesetengah fakta memerlukan penyelidikan untuk memberi mereka lebih konteks, dan/atau untuk menambah rujukan. Sesetengah maklumat mungkin juga dispekulasikan ataupun tidak tepat dari segi fakta, dan harus dikeluarkan; antara maklumat ini berada diluar skop sesebuah rencana dan patut digerakkan kepada rencana yang lebih sesuai; kepada yang lain, misalnya seperti bahan-bahan "bukan Wikipedia" atau fakta-fakta tidak relevan, mungkin jatuh diluar skop Wikipedia dan seharusnya dibuang sama sekali.

Perkara yang tidak dimaksudkan panduan ini[sunting sumber]

Terdapat beberapa salah faham tentang garis panduan ini dan tindakan yang dicadangkannya:

  • Panduan pada laman ini tidak sesekali mencadangkan pembuangan bahagian-bahagian trivia, mahupun menggerakkan mereka ke laman perbincangan. Jika maklumat yang dikarang adalah bersesuaian, bahagian trivia itu lebih baik disimpan sekalipun dalam keadaan yang kurang baik daripada tiada langsung.
  • Panduan ini tidak mencadangkan kekerapan untuk mengelak daripada menulis bentuk senarai dan menggalakkan bentuk prosa. Sesetengah maklumat adalah lebih baik di dalam format senarai.
  • Panduan ini tidak sama sekali mencadangkan penyerapan atau pengetepian sebarang maklumat; ia hanya memberikan cadangan-cadangan gaya. Isu-isu kemasukan maklumat adalah ditetapkan oleh polisi kandungan.

Bahagian-bahagian bersenarai tidak semestinya trivia[sunting sumber]

Di dalam panduan ini, istilah "bahagian trivia" merujuk kepada kandungan di dalam sebuah bahagian, bukannya tajuknya. Sebuah seksyen atau bahagian trivia merupakan sebuah senarai yang mengandungi maklumat-maklumat tidak tersusun dan "tidak terpilih". Akan tetapi, sekiranya sebuah senarai dipenuhi oleh maklumat terpilih berserta tema yang kecil, ia tidak semestinya trivia, dan mungkin merupakan kaedah yang terbaik untuk memaparkan sesetengah jenis maklumat.

  • Sebuah garis panduan merupakan dokumen yang berperanan untuk menggariskan proses-proses tertentu berdasarkan sebuah rutin yang ditetapkan.

Polisi lain berkesan[sunting sumber]

Disebabkan sifat semula jadi bahagian-bahagian trivia di dalam penerbitan lain (misalnya IMDb), peringatan harus diberikan di dalam pengendalian mereka di mana meskipun trivia digunakan di dalam rencana-rencana Wikipedia, kandungan mereka haruslah didasarkan dengan polisi-polisi Wikipedia yang lain. Bahagian-bahagian rencana Wikipedia, termasuklah bahagian trivia, seharusnya tidak mengandungi sebarang spekulasi, khabar angin, "fakta-fakta" ciptaan sendiri, mahupun fitnah bertulis. Kemungkinan sesuatu maklumat menarik minat orang awam tidak mengecualikannya daripada sebarang peraturan seperti kepastian, pandangan neutral dan berkecuali, atau tiada penyelidikan sah (dikalangan lain-lain). Selain itu, pastikan juga rujukan sumber dipraktikkan apabila menambah fakta-fakta baru dalam mana-mana bahagian, termasuklah bahagain trivia.

Lihat juga[sunting sumber]