Fitnah

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Undang-undang Tort
Scale of justice 2.svg
Sebahagian daripada siri common law
Tort sengaja
SeranganSerangan sentuh
Penangkapan salahPenahanan salah
Pengenaan sengaja penderitaan emosi
Tort harta
Pencerobohan catel
Pencerobohan tanahKonversi
DetinuReplevinTrover
Tort orang kenamaan dan ekonomi
Fitnah
Pelanggaran privasi
PenipuanGangguan tort
KonspirasiPenyalahgunaan proses
Pendakwaan niat jahat
Pertahanan untuk tort sengaja
KeizinanKeperluan
Pertahanan diri dan
pertahanan orang lain
Tort cuaian
KecuaianPengambilan cuai
Pengamanahan cuai
Pengenaan cuai penderitaan emosi
Doktrin mengenai liabiliti
Kewajipan jagaan (Amerika Syarikat)
Kewajipan jagaan (UK)Taraf jagaan
Sebab hampiranRes ipsa loquitur
Kalkulus kecuaian
Peraturan tengkorak kulit telur
Liabiliti vikariusKacau-ganggu tarikan
Doktrin penyelamatan
Kewajipan menyelamat
Tanggungjawab perbandingan
Kewajipan terhadap pelawat harta
PencerobohPemegang lesen
Yang dijemput
Pertahanan kecuaian
Kecuaian sertaan
Kecuaian perbandingan
Penerimaan risikoKausa perantaraan
Liabiliti ketat
Aktiviti ultrabahaya
Liabiliti produk
Kacau-ganggu
Bidang-bidang common law yang lain
Undang-undang kontrak
Undang-undang harta
Wasiat dan amanah
Undang-undang jenayahBukti
Untuk kegunaan lain, sila lihat Fitnah (nyahkekaburan).

Fitnah merupakan satu bentuk komunikasi kepada satu pihak atau lebih yang bertujuan untuk memberikan stigma negatif atas sesuatu peristiwa yang dilakukan oleh pihak lain, ia berdasarkan atas fakta palsu yang dipengaruhi oleh sifat penghormatan, buruk sangka, obses, atau menjatuhkan dan/atau menaikkan nilai reputasi seseorang atau sesuatu pihak. Kata "fitnah" diserap dari bahasa Arab, dan pengertian aslinya adalah "cubaan" atau "ujian".

Menurut Kamus Dewan edisi keempat, jonru / fitnah diertikan sebagai

Tuduhan (khabar, kisah dan lain-lain) yang diada-adakan (dibuat-buat) untuk memburukkan atau membencanakan seseorang.

Medium[sunting | sunting sumber]

Terdapat banyak medium yang digunaka?n bagi menabur khabar palsu atau fitnah kepada sesuatu pihak. Ia boleh dilakukan melalui kaedah pertuturan atau berbisik antara seseorang atau seseorang yang lain. Menggunakan medium komunikasi moden seperti menggunakan media massa samada melalui berita, akhbar, radio, televisyen, internet dan lain-lain. Fitnah juga boleh dikembangkan antara satu pihak bertelagah dengan pihak lain dengan hanya menjadikan habuan atau keistimewaan sebagai janji atau upah kepada pihak yag terlibat aktiviti berfitnah.

Kesan fitnah[sunting | sunting sumber]

Fitnah antara individu[sunting | sunting sumber]

Menjatuhkan maruah individu, menyebabkan pertelagahan, rompakan, samun, berbunuhan antara sesuatu individu yang bertelagah.

Fitnah antara keluarga[sunting | sunting sumber]

Menyebabkan keluarga sukar untuk saling memahami antara satu sama lain, hubungan antara keluarga sentiasa dipengaruhi rasa tidak tenteram, dendam, tidak mesra, sering bertelagah, pergaduhan, kekasaran, pukul-memukul, bercerai antara suami isteri, kehilangan anak dan lain-lain.

Fitnah antara masyarakat[sunting | sunting sumber]

Masyarakat menjadi tidak muafakat, enggan bekerjasama dalam aktiviti kejiranan, sukarelawan, perbalahan antara komuniti, saling memburukkan antara pelbagai pihak, kemajuan masyarakat menjadi lembab, wujudnya jurang sosial yang luas, pergaduhan, kecurian, rompakan, pembakaran kawasan penduduk, persekitaran yang tidak tenteram, porak peranda dan lain-lain.

Dalil[sunting | sunting sumber]

Dalam agama Islam mahupun agama dan kepercayaan yang lain, fitnah dianggap perbuatan yang berdosa yang boleh membawa kepada kemungkaran dan kerosakan yang nyata apabila dibiarkan tanpa dilindungi dan dikawal dari terus terjadi.

Firman Allah SWT dalam Surah Al-Baqarah ayat;217 yang bermkasud:

“Mereka bertanya kepadamu tentang berperang pada bulan Haram. Katakanlah: “Berperang dalam bulan itu adalah dosa besar; tetapi menghalangi (manusia) dari jalan Allah, kafir kepada Allah, (menghalangi masuk) Masjidil Haram dan mengusir penduduknya dari sekitarnya, lebih besar (dosanya) di sisi Allah. Dan berbuat fitnah lebih besar (dosanya) daripada membunuh…”

Firman-Nya lagi yang bermaksud:

“Dan perangilah mereka itu, sehingga tidak ada fitnah lagi dan (sehingga) ketaatan itu hanya semata-mata untuk Allah. Jika mereka berhenti (dari memusuhi kamu), maka tidak ada permusuhan (lagi), kecuali terhadap orang-orang yang zalim” (Al Baqarah: 193)

Kata fitnah dalam ayat ini menurut para Ulama tafsir adalah bermaksud ‘kekafiran’ atau ‘kemusyrikan’. Iaitu bahawa mereka itu menyebarkan kekafiran.

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

Bacaan lanjut[sunting | sunting sumber]

Wikiquote-logo.svg
Wikiquote mempunyai koleksi petikan mengenai: