Wikipedia:Bulan Asia Wikipedia

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Bulan Asia Wikipedia
WAM 2016 Banner.png

Bulan Asia Wikipedia merupakan suatu acara suntingan secara maraton dalam talian yang bertujuan untuk meningkatkan kefahaman dalam kalangan komuniti Wikipedia di Asia. Berlangsung sepanjang bulan November 2016, tujuan Bulan Asia Wikipedia ini adalah untuk menambah baik jumlah dan mutu rencana berkaitan negara-negara Asia. Pada tahun lepas, lebih daripada 7,000 rencana telah disumbangkan dalam 43 buah bahasa untuk Bulan Asia Wikipedia.

Sebagai satu simbol persahabatan di antara komuniti Wikipedia, setiap peserta yang menghasilkan sekurang-kurangnya empat (4) rencana yang memenuhi kriteria akan menerima poskad Wikipedia yang direka khas dari negara-negara peserta yang lain.

Ahli Wikipedia yang menghasilkan rencana terbanyak di setiap Wikipedia akan diraikan sebagai "Duta Asia Wikipedia".

Unjuran ortografik benua Asia

Peraturan

Secara ringkas: Rencana baru, berkaitan Asia (rakyat, tempat, budaya dan lain-lain), bermutu baik, minimum 3,000 bait dan 300 patah perkataan, dihasilkan pada bulan November 2016 dan bukannya suatu senarai.

  • Rencana baru yang dihasilkan oleh anda (bukannya rencana tunas yang dikembangkan) pada 1 November 2016 0:00 sehingga 30 November 2016 23:59 (UTC).
  • Rencana hendaklah sekurang-kurangnya 3,000 bait dan sekitar 300 patah perkataan panjangnya.
  • Rencana itu memenuhi kriteria kelayakan.
  • Rencana tersebut mempunyai rujukan yang baik, kenyataan yang boleh menimbulkan keraguan dan kontroversi hendaklah disahkan oleh petikan yang disenaraikan di dalam rencana.
  • Rencana bukan sepenuhnya diterjemahkan dengan menggunakan mesin dan mempunyai gaya bahasa yang memadai.
  • Tiada masalah atau isu (tiada teg) di dalam rencana
  • Rencana yang dihasilkan hendaklah bukan suatu senarai
  • Rencana tersebut bermaklumat.
  • Rencana tersebut mengenai sebarang topik atau tajuk berkaitan negara Asia.
  • Rencana yang dihantar oleh seseorang penganjur perlu diperiksa oleh penganjur-penganjur yang lain.
  • Rencana yang dihasilkan oleh pengguna alamat IP tidak diterima. Sila cipta akaun terlebih dahulu.
  • Catatan: Juri daripada Wikipedia tempatan yang akan menentukan sama ada sesebuah rencana itu layak atau tidak.

Penganjur

Daftar

Daftarlah di sini. Penganjur akan menanda (menyemak) jika rencana yang dihasilkan memenuhi kriteria.