Wikipedia:Calon rencana gotong-royong

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari

Sumbangan Pilihan

Kandungan pilihan:

Alatan rencana gotong-royong:

Sebelum mencalon:

Laman ini digunakan untuk meletakkan calon rencana gotong-royong. Di sini, kita menentukan yang mana satu rencana akan digelar sebagai rencana gotong-royong. Rencana gotong-royong mesti merupakan karya Wikipedia yang dikenal pasti berpotensi untuk menjadi karya Wikipedia terbaik, bukan yang sudah menjadi terbaik. Bagi pencalonan jenis kedua ini, sila lihat: Wikipedia:Calon rencana pilihan. Sila lihat: Wikipedia: Apakah itu rencana gotong-royong? untuk kriterianya.

Jika anda mencalonkan rencana, anda dijangka akan menjawab segala bantahan yang dikemukakan. Jika anda mencalonkan rencana yang anda telah mula mengerjakanya, sila catatkannya sebagai pencalonan diri. Jangan kemukakan lebih daripada satu calon pada sesuatu masa — ini akan menyusahkan pemberian ulasan yang wajar. Jika anda hendak menerima maklum balas sebelum mencalonnya, sila senaraikan cadangan anda dalam Wikipedia:Ulasan sebaya.

Jika masa yang agak panjang berlalu tanpa penyelesaian bantahan, pencalonan itu akan dialihkan daripada senarai calon dan diarkibkan.

Archive Arkib
  1. 2006
  2. 2007
  3. 2008

Pencalonan rencana gotong-royong[sunting sumber]

Ular[sunting sumber]

Saya ingin mencalonkan rencana ini untuk gotong-royong, dengan tujuan membirukan sebanyak mana pautan merah yang mampu dalam masa terdekat serta membaiki kesilapan ejaan, tatabahasa dan fakta supaya boleh dicalonkan untuk rencana pilihan seawal Februari/Mac 2013. – "SayaAnakBangsaMalaysia" (fanatix) 10:54, 20 Disember 2012 (UTC)

Kesilapan ejaan dan tatabahasa saya boleh cuba. ...Aurora... (b) 15:12, 24 Disember 2012 (UTC)
Siap. Tinggal pautan merah. ...Aurora... (b) 14:00, 17 Januari 2013 (UTC)

Kota Kinabalu[sunting sumber]

Saya turut mencalonkan rencana ini di sini, hanya tinggal 4 pautan merah saja lagi dimana 3 darinya merupakan rencana berkaitan geografi dan 1 berkaitan sejarah. Saya harap ada yang sudi membantu membirukannya. :) Alternate Ranking 3 (bincang) 12:00, 7 Februari 2013 (UTC) Tidak ada yang dapat membantu, nampaknya saya akan kemaskinikannya sendiri. — пz scόυт ʙᴀɴᴛᴜᴀɴ? 07:44, 10 Februari 2013 (UTC)

Oberon (bulan) dan Stadium Bandaraya Manchester[sunting sumber]

Saya ingin mencalonkan rencana bulan Oberon dengan tujuan membirukan pautan merah yang wujud. Saya juga mengharapkan bantuan para penyunting untuk menyemak fakta yang terkandung dalam rencana ini dengan memperbaiki ejaan atau tatabahasa (jika ada). Untuk rencana stadium, diharap para penyunting boleh menambah maklumat fakta rencana berdasarkan Wikipedia bahasa Inggeris atau Wikipedia Bahasa Inggeris Mudah. Sekian, terima kasih. - 26 Ramadan (Bincang) 10:51, 17 Oktober 2013 (UTC)

Ulama Minangkabau[sunting sumber]

Saya ingin mencalonkan rencana Ulama Minangkabau dengan tujuan membirukan pautan merah yang wujud. Saya juga mengharapkan bantuan para penyunting untuk menyemak fakta yang terkandung dalam rencana ini dengan memperbaiki ejaan atau tatabahasa (jika ada). Salam! Hanamanteo Laman perbincangan saya 03:27, 3 Disember 2013 (UTC)

Proton Iriz[sunting sumber]

Sudah lama juga rencana gotong-royong tidak dicalonkan. Oleh itu, saya ingin mencalonkan rencana Proton Iriz dengan tujuan membirukan pautan merah yang wujud, serta memeperbaiki ejaan atau kesalahan tatabahasa (sekiranya wujud). Saya juga mengharap bantuan para penyunting dengan memperbaiki dan menambah fakta rencana berdasarkan Wikipedia bahasa Inggeris. -- محمد حكيمي (bincang!) @ (sumbangan?) 10:11, 22 Januari 2015 (UTC)