Wikipedia:Ulasan sebaya

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari

Ulasan sebaya di Wikipedia

Jalan pintas:

Laman ini digunakan untuk mendapat ulasan sebaya (bahasa Inggeris:peer review) sebelum mencalonkan sesuatu rencana atau gambar pada ketiga-tiga ruangan Wikipedia:Rencana pilihan, Wikipedia:Gambar pilihan dan Wikipedia:Rencana gotong-royong. Sila kemukakan persoalan yang munasabah dan anda mengenal pasti yang mana pencalonan itu memang perlu diulas, seperti kemungkinan rencana/gambar yang bercanggah dengan syarat-syarat pemilihan atau sebagainya (tetapi tidak jelas), bagi mengelakkan pembaziran masa penyumbang lain.

Selain daripada meletakkan rencana bersama dengan hujah ulasan anda di sini, anda juga dinasihatkan memaklumkan kepada komuniti di Kedai Kopi tentang ulasan anda supaya dapat mendapat maklum balas yang cepat dan terus-menerus. Berikan juga pautan terus dari sana ke ulasan anda di sini. Akan tetapi jangan membuat ulasan berkenaan di Kedai Kopi terus kerana laman ini memang disediakan untuk kemudahan membuat ulasan.

Letakkan rencana yang ingin diulas di bahagian yang berpatutan di bawah.

Isi kandungan

Ulasan pencalonan rencana pilihan[sunting | sunting sumber]

Michael Jackson[sunting | sunting sumber]

Saya teringin melihat rencana Michael Jackson diangkat menjadi rencana pilihan.

Namun, ia memerlukan perapian dan pengemaskinian yang ketara bagi menjayakan visi itu. Rencana itu boleh dijadikan daya tarikan percuma WBM kepada pengunjung2 WBM. Rencana ini boleh mengupas dari segala aspek, sama ada meletakkan pautan rencana-rencana(boleh membikin rencana baru pada masa yang sama) berkaitan Michael Jackson dalam pelbagai cabang melalui bidang kesihatan, hiburan, tarian, nyanyian, persembahan pentas, kehidupan peribadinya, kejayaannya, sumbangannya, pencapaiannya, keluarganya, kontroversi, dan bermacam lagi.

Rencana Michael Jackson boleh diolah bagi membentuk sub-rencana baru dan memberikan pengetahuan ilmiah kepada pengunjungnya dalam Bahasa Melayu. Harap ia diambil perhatian. Mungkin projek penghasilan rencana ini ke arah rencana pilihan harus dirangka. Rencana sedemikian mampu menarik ramai pengunjung Internet yang dahagakan kisah Michael Jackson di samping mempelajari ilmu pengetahuan yang turut terdapat dalam rencana itu seperti pengenalan ubat suntikan ke atas MJ, jenis tarian MJ, dan banyak lagi. Sekian. — Didie (bincang) 07:56, 18 Julai 2009 (UTC)

Symbol comment.svg Mungkin boleh ditimbangkan untuk rencana gotong royong bagi bulan Sept 2009. Zamwan (bincang) 02:07, 25 Julai 2009 (UTC)

Republik Rakyat China[sunting | sunting sumber]

bagaimana dengan rencana ini? rencana ini panjang dan nampak dikarang dengan baik, namun ada banyak pautan merah mungkin kita boleh birukan sebelum bulan november--Adikhebat (bincang) 07:27, 9 Oktober 2009 (UTC)

Selain pautan merah, rencana ini juga kekurangan rujukan. ...Aurora... (b) 14:55, 12 Oktober 2009 (UTC)
bukan kekurangan rujukan tapi kebanyakan rujukan tidak ditambah dengan kode <ref></ref> sebaliknya dijadikan pautan --Adikhebat (bincang) 15:31, 12 Oktober 2009 (UTC)

Cakera Blu-ray[sunting | sunting sumber]

Saya teringin rencana mengenai teknologi dijadikan rencana pilihan <*)))>< Mr Ikan (bincang) 07:36, 24 Disember 2009 (UTC)

Yes check.svg - Saya setuju dengan pilihan ini, namun masih nampak semak. Harap dapat dibaiki sebelum digunakan. Boleh mula dengan imej yang kecil tetapi lebih menarik. =) - Pp.Mm.Cc. 22:03, 10 Julai 2010 (UTC)

Malaysia lwn The Herald[sunting | sunting sumber]

Biarpun baru sehari dua dibuat dan berbaur penuh kontroversi, saya rasa rencana berkenaan undang-undang ini amat berpotensi untuk dijadikan rencana pilihan suatu hari kelak. – Fanatix (bincang) 16:25, 3 Januari 2010 (UTC)

Seperti pilihan raya hari tu, kena tunggu stabil, iaitu selepas proses Mahkamah Rayuan/Persekutuan. ...Aurora... (b) 14:53, 4 Januari 2010 (UTC)

Evolusi[sunting | sunting sumber]

Saya rasa rencana mengenai fenomena asas ini cukup berisi untuk menjadi rencana pilihan masa depan. Saya sedang berusaha untuk memastikan sebanyak boleh pautan merah menjadi biru sebelum akhir tahun. Pengguna lain dialu-alukan turut membantu memperkaya rencana ini dengan maklumat yang berujukan/membuka rencana baru melalui pautan merah. Fanatix (bincang) 14:07, 30 Mac 2010 (UTC)

Pengelasan iklim Köppen[sunting | sunting sumber]

Saya rasa rencana mengenai sistem pengelasan iklim ini cukup berisi untuk menjadi rencana pilihan masa depan Saya sedang berusaha untuk memastikan sebanyak boleh pautan merah menjadi biru sebelum akhir tahun nanti. Pengguna lain dialu-alukan turut membantu memperkaya rencana ini dengan maklumat yang berujukan/membuka rencana baru melalui pautan merah. Fanatix (bincang) 14:07, 30 Mac 2010 (UTC)

Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris[sunting | sunting sumber]

Antara isu-isu terhangat dan paling kontroversi sepanjang dasawarsa pertama alaf ketiga di Malaysia. Rencana ini wajar dipertimbangkan untuk dijadikan pilihan, cuma ada sedikit masalah keneutralan dan kekurangan gambar. Fanatix (bincang) 05:21, 20 April 2010 (UTC)

Piala Dunia FIFA 2010[sunting | sunting sumber]

Kadang-kadang saya tak faham..kenapa anda tidak terikut-ikut dengan arus perdana...Saya mencalonkan Piala Dunia 2010...Waka..Waka! Che (bincang) 07:42, 30 Jun 2010 (UTC)

Ibrahim Ali[sunting | sunting sumber]

Saya teringin Ibrahim Ali mahu jadi sebuah rencana pilihan.

Kita hanya mempunyai 93 rencana dan hampir berjumlah seratus.

Cat N' Rat (bincang) 07:48, 17 Februari 2014 (UTC)

Ulasan pencalonan gambar pilihan[sunting | sunting sumber]

Ulasan pencalonan rencana gotong-royong[sunting | sunting sumber]

Karim Benzema[sunting | sunting sumber]

Nah, itu dia! Saya usulkan menjadi RP di WBM atas sebab bahwa:

Nah, itu dia masalahnya, rencana ini amatlah banyak pautan merahnya, jadi saya harap yang membaca tulisan ini harap untuk membirukan pautan yang masih merah...--Hanamanteo (bincang) 08:28, 11 Ogos 2013 (UTC)

Catatan:Itu saya lakukan kerana di WBM belum pernah ada RP bertema pemain bola sepak...Hanamanteo (bincang) 10:09, 12 September 2013 (UTC)

Kuda[sunting | sunting sumber]

Permohonan oleh Pengguna:Fanatix. Sesuai untuk dijadikan RP pada masa mendatang. --Algazel (bincang) 23:05, 3 September 2013 (UTC)

Eh, banyak sekali pautan merahnya, mungkin boleh dibirukan dulu... Hanamanteo (bincang) 06:54, 8 September 2013 (UTC)
Ini permohonan bantuan. Tentu saja banyak yang perlu dibuat (termasuk membirukan pautan). ...Aurora... (b) 06:49, 1 Oktober 2013 (UTC)

Sistem Suria[sunting | sunting sumber]

Sedih rasanya WBM belum menjadikannya sebagai RP, padahal di WBI dan Wikipedia bahasa lainnya rencana ini telah menjadi RP. Memang, masih banyak pautan merah, makanya saya mencadangkan rencana ini. Hanamanteo (bincang) 03:55, 25 September 2013 (UTC)

Sekadar peringatan, selain pautan merah, ada 5 lagi syarat RP. ...Aurora... (b) 06:55, 1 Oktober 2013 (UTC)

Lat[sunting | sunting sumber]

Telah menjadi RP di Wikipedia bahasa Inggeris, namun sayang ianya belum menjadi RP di rumahnya sendiri (WBM). Jujur, Memang, masih banyak pautan merah, makanya saya mencadangkan rencana ini. Hanamanteo (bincang) 03:57, 25 September 2013 (UTC)

Ulama Minangkabau[sunting | sunting sumber]

Ingin rasanya saya mencadangkan rencana ini untuk rencana gotong-royong kerana ianya telah menjadi RP di WBI di bulan Ramadhan/bulan Julai. Cuma ia perlu sedikit pembiruan pada pautan dan perkembangan rencana. Jika sesiapa yang ingin membantu menterjemah boleh rujuk di laman berikut:

Sekian, terima kasih. Hanamanteo (bincang) 04:07, 25 September 2013 (UTC)

Rencana ini masih baharu, nak gotong-royong memang sesuai, nak jadi RP belum tiba masanya. ...Aurora... (b) 08:29, 3 Oktober 2013 (UTC)

Oberon (bulan) dan Stadium Bandaraya Manchester[sunting | sunting sumber]

Salam sejahtera. Saya ingin mencadangkan dua rencana tersebut dicalonkan untuk rencana gotong-royong. Rujuk rencana tersebut di Wikipedia bahasa lain:-

26 Ramadan (Bincang) 10:17, 18 Oktober 2013 (UTC)
Kesemua rencana itu baiknya dijadikan RB (Rencana bagus) kerana terlalu banyak pautan merah, jika ingin menjadikannya RP, maka birukanlah pautan merahnya. Sebagai maklumat, belum pernah ada satu pun rencana bertema astronomi dan bola sepak di WBM, jadi anda harus mengembangkannya sehingga menjadi RP. Hanamanteo Laman perbincangan saya 02:55, 24 Oktober 2013 (UTC)
Salam sejahtera. Sememangnya apa yang saudara sebutkan di atas itu betul. Saya sedang cuba untuk membirukan pautan walaupun sedikit demi sedikit. - 26 Ramadan (Bincang) 06:44, 24 Oktober 2013 (UTC)
Jangan lupa birukan kotak maklumatnya sekali ya. ...Aurora... (b) 07:27, 12 November 2013 (UTC)

Albatros[sunting | sunting sumber]

Asalamu'alaikum. Saya ingin menadangkan dua rencana tersebut dicalonkan untuk rencana gotong-royong. Sila rujuk rencana tersebut di Wikipedia bahasa lain:-

Saya sangat sedih manakala WBM tidak menjadikan rencana ini sebagai RP. Perlu diketahui, RP bertema binatang di WBM terlalu umum di masyarakat, contohnya anjing, ular, arnab, dll. Binatang ini termasuk kurang terkenal, jadi kita jadikan saja rencana gotong-royong dengan harapan pembaca WBM mengetahui binatang ini. Terima kasih. Salam. Hanamanteo Laman perbincangan saya 15:20, 7 November 2013 (UTC)

Ulasan rencana[sunting | sunting sumber]

Haji[sunting | sunting sumber]

26 Ramadan telah meminta ulasan tentang rencana di Kedai Kopi. Perbincangan telah dipindahkan ke mari. Sila bantu dan berikan ulasan anda di sini. Terima kasih.

Pautan berkaitan:

Transklusi perbincangan awal:

Dua perkara:

  1. Kutipan ayat Ali-Imran:97 hanya separa [al-Quran 3:97 (Terjemahan oleh Basmeih)]. Ini tidak mengapa tapi harus dicatatkan dalam teks.
  2. Saya sarankan terjemahan ayat al-Quran dipetik daripada laman Tanzil.net. Terjemahan yang digunakan sekarang ada dalam talian, tapi berpunca daripada blog. Saya dah periksa terjemahan beberapa ayat oleh Tanzil dua tiga kali sebelum ini dan ia menggunakan terjemahan Sheikh Abdullah Muhammad Basmeih yang terlibat dalam penterjemahan Al-Quran penerbitan Pusat Islam KL tahun 1980. Salut. Algazel (bincang) 11:20, 7 Januari 2013 (UTC)
Sebenarnya untuk rencana ini lebih sahih, lebih eloklah jika ada editor yang mampu menyemaknya berdasarkan buku hadis atau buku terbitan bahasa Melayu. Saya rasa tidak berpatutan menggunakan sumber rujukan Inggeris walhal sumber rujukan bahasa Melayu cukup banyak. Antaranya terbitan al-Hidayah. -- i wong (bincang) 13:42, 7 Januari 2013 (UTC)

Pada pendapat saya, beberapa perkara perlu ditambah utk jadi RP:

  1. Rukun dan wajib haji perlu dikembangkan.
  2. Kalau boleh nak lihat carta alir haji. Maksudnya mula2 buat apa, lepas tu buat apa.
  3. Ataupun hari pertama buat apa, hari kedua buat apa.
  4. Gambar macam tak cukup.
Saya juga sarankan anda merujuk buku panduan Tabung Haji. ...Aurora... (b) 15:05, 10 Januari 2013 (UTC)

Hadis: Saya rasa rujukan hadis juga perlu diberikan dengan lengkap. Mungkin juga pautan bagi hadis-hadis dapat dinyatakan dengan penuh, contoh: "[... petikan hadis ... ] –Hadis riwayat Bukhari: Sahih Bukhari, Jilid 8, Buku 73, Nombor 97 ", dan tidak hanya "Hadis riwayat Bukhari" ataupun "dalam hadis Muslim terdapat ... ", noktah. Pangkalan data hadis:ms dalam pautan amat terbatas, saya tahu, jadi mungkin kita boleh berikan rujukan Inggeris. Ini mungkin perasaan peribadi, tapi saya amat sangsi akan "hadis" yang tak diiringi rujukan, yang banyak terjumpa dalam internet melainkan hosnya organisasi yang boleh dipercayai seperti JAKIM, UIAM, dll. Algazel (bincang) 06:17, 13 Januari 2013 (UTC)

Lihat juga[sunting | sunting sumber]