Wikipedia:Calon rencana pilihan/Disember 2017

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search
Klepsidra aliran masuk, di Muzium Agora Kuno di Athens

Jam air atau clepsydra (Bahasa Yunani: κλέπτειν kleptein, 'mencuri' + ὕδωρ hydor, 'air') ialah sejenis jam yang mengukur waktu dengan aliran cecair yang teratur yang masuk ke dalam (jenis aliran masuk) atau keluar dari (jenis aliran keluar) sebuah bekas. Amaun cecair yang masuk atau keluar kemudiannya disukat.

Jam air, bersama dengan jam matahari, berkemungkinan merupakan alat ukuran waktu yang tertua, selain paku bayang menegak, dan kayu hitung yang digunakan untuk mengira hari. Tidak diketahui di mana dan bila jam air pertama kali dicipta, dan jawapannya tidak mungkin dipastikan kerana betapa purba jam air ini. Klepsidra aliran keluar berbentuk mangkuk adalah bentuk jam air teringkas dan diketahui pernah wujud di Babylon dan Mesir sekitar abad ke-16 SM. Rantau-rantau lain di dunia, termasuk India dan China, juga mempunyai bukti jam air terawal, tetapi tarikh terawalnya kurang pasti. Namun begitu, ada yang mendakwa bahawa jam air wujud di China seawal-awal tahun 4000 SM. (Rencana penuh...)

Rencana pilihan sebelum ini: