Wikipedia:Hari ulang tahun pilihan/19 Disember
Penampilan
- 1154 – Selepas kemangkatan Raja Stephen, Henry II ditabalkan sebagai Raja England di Westminster Abbey London.
- 1843 – A Christmas Carol, sebuah novela mengenai watak Ebenezer Scrooge oleh Charles Dickens, diterbitkan buat pertama kali.
- 1972 – Eugene Cernan, Ronald Ellwin Evans dan Harrison Hagan Schmitt (gambar) menaiki Apollo 17 untuk kembali ke Bumi dari Bulan.
- 1984 – Republik Rakyat China dan United Kingdom memeterai Pengisytiharan Bersama China-British, mengembalikan kedaulatan Hong Kong kepada China pada 1997.
- 1997 – Titanic dikeluarkan, kemudian menjadi filem pecah panggung terbaik dalam sejarah perfileman dengan meraih lebih AS$1.8 bilion.
Hari-hari sebelum: 18 Disember – 17 Disember – 16 Disember