Wikipedia:Hari ulang tahun pilihan/23 Julai
Penampilan
23 Julai: Hari Revolusi di Mesir (1952)
- 1881 – Persekutuan sukan antarabangsa tertua, Persekutuan Gimnastik Antarabangsa ditubuhkan di Liège, Belgium.
- 1952 – Sekumpulan pegawai tentera Mesir yang dipimpin Muhammad Naguib dan Gamal Abdel Nasser merampas kuasa daripada Raja Farouk I.
- 1970 – Qaboos menggulingkan ayahandanya Said bin Taimur untuk menjadi Sultan Oman.
- 1995 – Hale-Bopp (gambar), antara komet yang paling diperhatikan pada abad ke-20, ditemui secara berasingan oleh Alan Hale dan Thomas Bopp.
- 2001 – Megawati Soekarnoputri menjadi presiden wanita pertama Indonesia.
Hari-hari sebelum: 22 Julai – 21 Julai – 20 Julai