Senarai Presiden Indonesia

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Presiden Republik Indonesia
Presidential Standard of Indonesia.svg
Mohor Presiden Indonesia
Bendera-Presiden-Indonesia.png
Bendera peribadi Presiden Republik Indonesia
Jokowi 20 Oktober 2014.jpg
Penyandang
Joko Widodo
Jenis Yang Amat Mulia
Kediaman Istana Merdeka, Jakarta
Pelantik Pemilihan Umum Indonesia
Tempoh Setiap lima tahun
diperbaharui pengkal sekali
Penyandang sulung Sukarno
18 Ogos 1945
Pembentukan Perlembagaan Indonesia
18 Ogos 1945
Laman web Laman sesawang rasmi

Presiden Indonesia ialah jawatan politik tertinggi di Indonesia. Setakat ini sudah seramai enam orang yang menjadi Presiden Indonesia. Presiden terkini Indonesia ialah Joko Widodo.

Senarai[sunting | sunting sumber]

No Gambar Nama
(Birth–Death)
Tempoh menjabat Parti politik Naib presiden
1 Presiden Sukarno.jpg Sukarno
(1901–1970)
18 Ogos 1945 12 Mac 1967[1] Bebas Mohammad Hatta
Kosong (1956–1973)
Presiden Indonesia yang pertama. Mengisytiharkan kemerdekaan Indonesia daripada Belanda. Memimpin negara selama Revolusi Nasional Indonesia dan Persidangan Meja Bulat Indonesia-Belanda. Mendirikan Pergerakan Negara-Negara Berkecuali dan menganjurkan Konferensi Asia Afrika di Bandung pada 1955. Menubuhkan Demokrasi Terpimpin selepas jatuhnya 10 kerajaan dalam sistem parlimen pada 1950an, dengan Nasakom sebagai fahaman pembimibing. Memimpin pembebasan Western New Guinea. Menentang penubuhan Malaysia dan memulai Konfrontasi. Kehilangan sebagian besar kekuasaan selepas Supersemar pada 1966 sebagai tindak balas dari pembunuhan 6 orang jeneral. Turun dari kekuasaan pada 1967.
2 President Suharto, 1993.jpg Suharto
(1921–2008)
12 Mac 1967 21 Mai 1998 Golkar with military support Sri Sultan Hamengkubuwono IX
Adam Malik
Umar Wirahadikusumah
Sudharmono
Try Sutrisno
Bacharuddin Jusuf Habibie
Presiden kedua Indonesia. Merampas kuasa dari Sukarno lewat Supersemar pada 1966. Menubuhan Orde Baru yang disokong angkatan bersenjata. Memansuhkan Parti Komunis Indonesia dan memerintahkan pembantaian orang banyak dan pemenjaraan raturan suspek komunis. Mengakhiri Konfrontasi dan memulai dasar hubungan luar negara yang lebih bersahabat dengan negeri jiran seperti Malaysia dan Singapura, serta ikut menubuhkan ASEAN dan APEC. Memutuskan hubungan dengan Cina dan negara komunis serantau. Menduduki Timor Timur. Memimpin pertumbuhan ekonomi dan infrastruktur yang hebat, tetapi disertai rasuah dalam birokrasi kerajaan. Meletak jawatan menyusul jatuhnya ekonomi negara selepas krisis kewangan Asia 1997 dan rusuhan 1998.
3 Bacharuddin Jusuf Habibie official portrait.jpg Bacharuddin Jusuf Habibie
(1936–)
21 Mei 1998 20 Oktober 1999 Golkar kosong
Presiden Indonesia yang ketiga. Presiden pertama yang berasal dari luar Jawa. Mengambil alih kekuasaan selepas peletakan jawatan Suharto. Memimpin Indonesia dalam transisi menuju demokrasi. Timor Leste mengisytiharkan kemerdekaan selepas sebuah referendum. Membebaskan ribuan tahanan politik. Memutuskan untuk tidak bertanding lagi.
4 President Abdurrahman Wahid - Indonesia.jpg Abdurrahman Wahid
(1940–2009)
20 Oktober 1999 23 Julai 2001 Parti Kebangkitan Bangsa Megawati Soekarnoputri
1999 – 54.37%
Presiden Indonesia yang keempat. Bekas ketua pengerusi Nahdlatul Ulama. Masa jawatannya diwarnai dengan skandal rasuah dan salahguna kuasa. Memansuhkan undang-undang diskriminatif terhadap kaum Cina Indonesia. Mencuba untuk melaksanakan pembaharuan angkatan bersenjata dan mencabut kuasa politiknya. Berusaha untuk membubarkan Parliment, namun pada akhirnya dipecat oleh badan tersebut.
5 President Megawati Sukarnoputri - Indonesia.jpg Megawati Sukarnoputri
(1947–)
23 Julai 2001 20 Oktober 2004 Parti Demokrasi Indonesia Perjuangan Hamzah Haz
Presiden Indonesia yang kelima. Presiden perempuan pertama. Anak perempuan Sukarno. Mengambil alih jawatan presiden selepas pemecatan Wahid. Memimpin pemulihan ekonomi nasional. Melancarkan serangkaian usaha anti-pengganas selepas Bom Bali 2002 oleh Jemaah Islamiyah. Kalah dalam pilihan raya 2004 kepada bekas menterinya.
6 Presiden Susilo Bambang Yudhoyono.png Susilo Bambang Yudhoyono
(1949–)
20 Oktober 2004 20 Oktober 2014 Parti Demokrat Jusuf Kalla
Boediono
2004 – 60.62%
2009 – 60.80%
Presiden Indonesia yang kelima dan yang pertama dipilih langsung oleh rakyat. Indonesia menjadi ahli G-20. Terpilih kembali pada 2009. Menubuhkan Bali Democracy Forum dan menjadi ahli pengasas Open Government Partnership. Memimpin pertumbuhan ekonomi yang konsisten. Pada masa jawatan keduanya, Parti Demokrat mengalami serangkaian skandal rasuah.
7 Jokowi 20 Oktober 2014.jpg Joko Widodo
(1961–)
20 Oktober 2014 Penjawat Parti Demokrasi Indonesia Perjuangan Jusuf Kalla
2014 – 53.15%
Presiden Indonesia yang ketujuh. Bekas Gabenor Jakarta dan Datuk Bandar Surakarta.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. Sukarno menyerahkan kekuasaan kepresidenan kepada Suharto pada 11 Mac 1966 lewat sebuah surat yang dikenal dengan nama Supersemar, namun ia secara rasmi masih menjabat sebagai Presiden sampai Parlimen mencabutnya pada bulan Mac 1967.

Lihat juga[sunting | sunting sumber]