Wikipedia:Hari ulang tahun pilihan/25 April
25 April: Hari pertama Ramadan (Brunei, 2020); Hari ANZAC di Australia, New Zealand dan Sabah; Hari Pembebasan di Itali; Hari Bendera di Kepulauan Faroe.
- 1719 – Novel Robinson Crusoe oleh Daniel Defoe mula diterbitkan.
- 1792 – Claude Joseph Rouget de Lisle menggubah La Marseillaise yang kini merupakan lagu kebangsaan Perancis.
- 1898 – Amerika Syarikat secara retroaktif mengisytiharkan perang terhadap Sepanyol, menyatakan keadaan perang telah pun wujud beberapa hari.
- 1945 – Tentera Jerman berundur dari utara Finland, membawa kepada penamatan Perang Lapland.
- 2005 – Sebuah kereta api komuter terkeluar daripada landasannya (gambar) di Amagasaki, Hyōgo, Jepun dan menghentam sebuah pangsapuri, mengorbankan 107 orang.
Hari-hari sebelum: 24 April – 23 April – 22 April