Wikipedia:Hari ulang tahun pilihan/27 Disember
27 Disember: Hari St. Stephen dalam Kristian Timur
- 537 – Bangunan terkini Aya Sophia (gambar) di Istanbul dirasmikan, mulanya sebagai gereja, namun kemudian ditukar menjadi masjid dan kini muzium.
- 1831 – Charles Darwin bertolak dari Plymouth, England ke Amerika Selatan menaiki kapal HMS Beagle.
- 1911 – Lagu kebangsaan India Jana-Gana-Mana dinyanyikan buat kali pertama, dalam Sesi Calcutta Kongres Kebangsaan India.
- 1949 – Ratu Juliana dari Belanda memeterai dokumen yang melepaskan kedaulatan sebahagian besar Hindia Timur Belanda, secara rasmi mengiktiraf kemerdekaan Indonesia.
- 2008 – Israel melancarkan serangan udara mengejut ke Genting Gaza, memulakan Perang Gaza.
Hari-hari sebelum: 26 Disember – 25 Disember – 24 Disember