Wikipedia:Hari ulang tahun pilihan/29 Mac
Jump to navigation
Jump to search
29 Mac: Hari Boganda di Republik Afrika Tengah; Earth Hour (20:30 waktu tempatan di pelbagai tempat, 2014).
- 1638 – Peneroka Sweden mengasaskan Sweden Baru berhampiran Teluk Delaware, koloni Sweden di Amerika yang pertama.
- 1871 – Dewan Albert Diraja (gambar) di Albertopolis, London, dibuka secara rasmi oleh Ratu Victoria dari UK.
- 1911 – Pistol separa-automatik M1911 yang dimajukan John Browning menjadi senjata api asas dalam Tentera Darat Amerika Syarikat.
- 1974 – Sekumpulan petani di Shaanxi, China, menemui koleksi besar patung terracotta yang menggambarkan tentera Maharaja pertama Qin Shi Huang, Tentera Terracotta.
- 2010 – Pemisah Chechen meletupkan dua butir bom di Metro Moscow, membunuh 40 orang dan mencederakan lebih 100 lagi.
Hari-hari sebelum: 28 Mac – 27 Mac – 26 Mac