Pengepungan Thessalonica (1422–30)

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search
Bagi pertempuran lain yang berlaku di Thessalonica, lihat Pertempuran Thessalonica.
Pengepungan Uthmaniyyah ke atas Thessalonica
Sebahagian daripada Perang Byzantine–Uthmaniyyah dan Perang Uthmaniyyah–Venice
Tarikh 1422–1430
Lokasi Thessalonica
Hasil Kemenangan Uthmaniyyah, kota ditakluk
Pihak yang terlibat
 Empayar Byzantine (1422–23)
 Republik Venice(1423–30)
 Empayar Uthmaniyyah
Komandan
Ishak Bey
Korban
2,000-7,000 rakyat dijadikan hamba. Tidak diketahui

Pengepungan Thessalonica yang terjadi antara tahun 1422 sehingga tahun 1430 merupakan sebuah cubaan yang berjaya dilakukan oleh Empayar Uthmaniyyah di bawah Murad II untuk mengambil alih kota Thessalonica daripada Empayar Byzantine. Pada awalnya, Sultan ingin menakluk kota ini bagi menghukum pemerintah Byzantine dari dinasti Palaiologos atas percubaan mereka untuk mencetus pemberontakan di Uthmaniyyah. Pada penghujungnya, Murad II memulakan kepungan ke atas pelabuhan Thessalonica pada tahun 1422.[1] Pada tahun 1423, pemerintah mutlak Byzantine, Andronikos Palaiologos menyerahkan kota ini kepada Republik Venice, yang mana memikul beban pertahanannya (khabar angin yang mengatakan ia dijual tidak berasas).[2][3]

Pengepungan[sunting | sunting sumber]

Uthmaniyyah mengekalkan kepungan laut mereka sehingga tahun 1430, apabila mereka membuat serangan dan mengambil alih kota ini.[4] Pihak Venice tidak menyedari semahal mana pertahanan kota ini. Apapun, ia dapat bertahan meskipun kelaparan melampau melanda dalam kota. Murad II yang terlibat dalam banyak pertempuran dengan pihak Venice, Karaman dan ramai penyamar; apabila kesemua mereka dihapuskan, satu pasukan tentera yang besar dihantar ke Macedonia dan kota ini kemudian dijarah dan dimusnahkan dalam masa tiga selepas penawanannya dalam tahun 1430. Pada ketika itu, jumlah penduduknya agak ramai.[5]

Nota[sunting | sunting sumber]

  1. ^ John Julius Norwich, Byzantine: The Decline and Fall (Alfred A. Knopf Pub.: New York, 1998) p. 394
  2. ^ John Julius Norwich, A History of Venice (Alfred A. Knopf Pub.: New York, 1982) p. 343
  3. ^ Mango, Cyril. The Oxford History of Byzantium. 1st ed. New York: Oxford UP, 2002. pg 277
  4. ^ Lord Kinross, The Ottoman Centuries: The Rise and Fall of the Turkish Empire, p. 85
  5. ^ According to Cyril Mango, the number was as low as 2,000 people (Mango 2002, p. 277). On the other hand, the New Cambridge Medieval History, Vol. 7 (1998), reports that 7,000 Thessalonicans were taken captive (p. 778).

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  • Mango, Cyril, The Oxford History of Byzantium. 1st ed. New York: Oxford UP, 2002. See also John R. Melville-Jones, 'Venice and Thessalonica 1423–1430. The Venetian Documents', (Padua 2002) and 'Venice and Thessalonica 1423–1430. The Greek Accounts' (Padua 2006).

Koordinat: 40°39′N 22°54′E / 40.650°N 22.900°E / 40.650; 22.900