Wikipedia:Hari ulang tahun pilihan/7 April
Penampilan
7 April: Hari Kesihatan Sedunia
- 529 – Maharaja Byzantium Justinianus I menerbitkan draf pertama Corpus Juris Civilis, percubaan pertama mengkanunkan undang-undang Rom.
- 1348 – Raja Karel IV dari Bohemia menerbitkan Titah-Perintah Emas bagi mengasaskan Universiti Charles di Praha, universiti pertama di Eropah Tengah.
- 1945 – Perang Dunia Kedua: Kapal tempur terbesar di dunia, Yamato milik Jepun ditenggelamkan (gambar) 200 batu di utara Okinawa semasa Operasi Ten-Go.
- 1969 – Internet lahir secara simbolik dengan penerbitan RFC 1.
- 2010 – Ribuan orang Kyrgyzstan merusuh di ibu negara Bishkek menyebabkan kejatuhan pemerintahan Kurmanbek Bakiyev.
Hari-hari sebelum: 6 April – 5 April – 4 April