Wikipedia:Hari ulang tahun pilihan/9 Julai
Penampilan
9 Julai: Hari Kemerdekaan di Argentina (1816) dan Sudan Selatan (2011)
- 869 – Gempa bumi dan tsunami melanda kawasan sekitar Sendai, Jepun, meninggalkan mendapan pasir sejauh 4 km dari pantai.
- 1789 – Revolusi Perancis: Perhimpunan Pengundi Kebangsaan (gambar) dibentuk daripada Perhimpunan Kebangsaan.
- 1900 – Ratu Victoria dari United Kingdom memberikan Perkenan Diraja bagi akta penubuhan Komanwel Australia.
- 1955 – Manifesto Russell–Einstein diterbitkan di London, menyeru diadakan persidangan untuk menilai bahaya senjata pemusnah besar-besaran terhadap kemandirian manusia.
- 2002 – Kesatuan Afrika diasaskan menggantikan Komuniti Ekonomi Afrika dan Pertubuhan Perpaduan Afrika.
Hari-hari sebelum: 8 Julai – 7 Julai – 6 Julai