Perkenan diraja

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
(Dilencongkan dari Perkenan Diraja)
Jump to navigation Jump to search
George VI, Raja Canada, membuat Perkenan Diraja kepada undang-undang Senat Kanada, 19 Mei 1939. Isterinya, Ratu Elizabeth, berada di kanan.

Pemberian perkenan diraja merujuk kepada kaedah dimana raja berperlembagaan secara formal meyatakan persetujuannya terhadap tindakan-tindakan parlimen negaranya, sekaligus menjadikan tindakan parlimen itu sebagai undang-undang (disebut Akta Parlimen). Dalam majoriti monarki-monarki berperlembagaan kini, perkenan diraja kini hanyalah sebahagian proses rasmi; meskipun dalam negara-negara yang memberikan kuasa kepada rajanya untuk tidak berkenan akan tindakan parlimen mereka (sebagai contoh United Kingdom, Norway dan Liechtenstein), raja yang dalam negara-negara ini hampir tidak akan berbuat demikian kecuali pada keadaan kecemasan dari segi politik (lihat simpanan kuasa), atau pada kehendak kerajaannya. Meskipun kuasa untuk tidak berkenan sering digunakan pada zaman dahulukala di kebanyakan monarki-monarki Eropah, ia kini semakin kurang dalam situasi politik moden dan demokratik kini yang telah wujud sejak kurun ke-18.

Pemberian perkenan diraja juga boleh diiringi majlis-majlis khas. Di United Kingdom, umpamanya, Raja Berdaulat boleh melantik anggota Pesuruhjaya Ketuanan, yang menisytiharkan Perkenan Diraja di majlis yang diadakan di Istana Westminster, Istana Buckingham, atau tempat kediaman dirajya yang lain. Meskipun begini, Perkenan Diraja lazimnya diberikan dengan tidak diiringi majlis oleh surat paten. Di negara-negara lain seperti Australia dan Kanada, Gabenor Jeneralnya hanya menandatangani rang undang-undang berkenaan. Dalam sebarang kes, parlimen mesti diberitahu akan Perkenan Diraja yang diberikan. Terdapat dua kaedah ini dilakukan, pertamanya Pesuruhjaya Ketuanan atau wakil Raja Berdaulat akan memberikan Perkenannya di hadapan kedua-dua dewan Parlimen; atau secara alternatifnya, setiap Dewan akan diberitahu secara berasingan, lazimnya oleh Speaker Dewan berkenaan.

Di Malaysia[sunting | sunting sumber]

Di Malaysia, Yang di-Pertuan Agong dipertanggungjawabkan di bawah Perlembagaan untuk memberikan Perkenan Diraja kepada sebarang rang undang-undang yang dikemukakan kepadanya oleh Parlimen Malaysia. Sebelum tahun 1984 keadaannya tidak jelas sama ada Yang di-Pertuan Agong dibenarkan tidak berkenan dengan sebarang rang undang-undang yang dikemukakan kepadanya. Ini adalah kerana peruntukan Perkara 66(4) yang berkenaan pada masa itu hanya menyatakan bahawa Yang di-Pertuan Agong "hendaklah menyatakan perkenannya terhadap sesuatu Rang Undang-Undang dengan menyebabkan Rang Undang-Undang itu dicapkan dengan Mohor Besar, dan selepas memperkenankan Rang Undang-Undang itu, Yang di-Pertuan Agong hendaklah menyebabkan Rang Undang-Undang itu disiarkan sebagai undang-undang". Namun semasa tahun itu, terdapat kebimbangan bahawa baginda berkemungkinan bertindak tidak memberi Perkenannya pada masa hadapan dan sekaligus menggangu urus tadbir kerajaan persekutuan. Oleh yang demikian, Akta Perlembagaan (Pindaan) 1984 (Akta A584) telah meminda peruntukkan tersebut untuk memgehadkan kuasa Yang di-Pertuan Agong untuk tidak berkenan akan suatu rang undang-undang. Yang di-Pertuan Agong hanya diberikan kuasa untuk menangguh penguatkuasaaan rang undang-undang selama 30 hari sahaja sementara Parlimen mempertimbangkannya semula. Parlimen diberikan kuasa di bawah Fasal (4A) Perkara 66 sebagaimana yang diperkenalkan oleh Akta A584 untuk mengatasi kengganan baginda Yang di-Pertuan Agong dengan undian dua pertiga majoriti dijalankan berkenaan rang undang-undang yang tidak diberikan Perkenannya. Prosedur ini kemudiannya disusun semula oleh Akta Perlembagaan (Pindaan) 1994 (Akta 885) yang mengehadkan kuasa Yang di-Pertuan Agong untuk tidak berkenan dengan suatu rang undang-undang selama 30 hari sahaja sebelum ia menjadi undang-undang sebagai telah diperkenankan olehnya, dan sekaligus memansuhkan keperluan Parlimen untuk menimbangkannya semula. Pindaan ini yang masih dipakai sekarang telah berkuatkasa pada 24 Jun 1994. Prosedur pemberian Perkenan Diraja di Malaysia juga lazimnya dipengaruhi oleh prosedur yang diamalkan di United Kingdom.

Di United Kingdom[sunting | sunting sumber]

Di United Kingdom Perkenan Diraja merupakan tindakan terakhir untuk rang undang-undang daripada parlimen Britain menjadi undang-undang. Apabila rang undang-undang berkenaan dipersembahkan kepada Raja Berdaulat atau wakilnya, ia mempunyai tiga pilihan secara formal. Pertamanya, Raja berkenaan boleh berkenan dengan Perkenan Diraja sekaligus menjadikan rang undang-undang itu Akta Parlimen. Kedua, Raja itu boleh tidak berkenan dengan Perkenan Diraja, dengan sekaligus mematikan rang undang-undang itu. Pilihan ketiga Raja itu adalah untuk mengecualikan Perkenan Dirajanya, iaitu dengan menunda sebarang keputusan terhadap rang undang-undang berkenaan sehingga masa yang lain.[1]

Pada zaman moden, Raja bertindak mengikut nasihat menteri-menterinya.[2] Oleh disebabkan menteri-menteri ini sering mendapat sokongan Parlimen dan merupakan mereka yang mendapatkan kelulusan rang undang-undang berkenaan, kebarangkalian untuk mereka menasihati Raja untuk tidak Berkenan adalah mustahil. Satu pengecualian daripada ini adalah apabila rang undang-undang yang diluluskan dengan niat yang tidak baik, meskipun sukar untuk menilaikan apa yang dimaksudkan dengan keadaan ini. Maka, dalam pengamalan moden, Perkenan Diraja seringkali diberikan; oleh sebab penolakan rang undang-undang hanya perlu dalam situasi kecemasan yang memerlukan penggunaan kuasa simpanan diraja.[1]

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Secara asalnya, kuasa perundangan dikawal oleh Raja mengikut nasihat Curia Regis, atau Majlis Diraja, di mana ahli perniagaan dan keagamaan turut mengambil bahagian, dan seterusnya berevolusi menjadi Parlimen.[3] "Parlimen Model" ini merangkumi paderi, pendeta, earl, baron dan dua kesatria daripada setiap daerah dan dua burgess daripada setiap wilayah. Pada tahun 1265, baron Simon de Montfort, Ke-6 Leicester, memanggil parlimen bersidang tanpa kebenaran raja.[4] Badan ini kemudiannya terbahagi kepada dua dengan paderi, pendeta, earl dan baron membentuk Dewan Pertuanan manakala wakil-wakil daripada daerah dan wilayah menjadi Dewan Rakyat.[5] Raja lazimnya akan mendapatkan nasihat dan persetujuan kedua-dua Dewan sebelum membuat sebarang undang-undang. Semasa pentadbiran Henry VI, ia menjadi kebiasaan untuk kedua-dua Dewan membuat undang-undang melalui rang undang-undang, yang tidak akan menjadi undang-undang sehinggalah Perkenan Diraja diberikan disebabkan Rajalah yang punyai kuasa untuk meluluskan undang-undang. Maka disebabkan inilah, kesemua Akta Parlimen bermula dengan mukadimah: "Inilah undang-undang yang dibuat oleh Tuanku yang Teramat Mulia, oleh dan dengan nasihat dan persetujuan Lords Spiritual dan Temporal, dan Commons, dalam Parlimen ini bersidang, dan dengan kuasa daripadanya, seperti berikut...".[petikan diperlukan] Akta-akta Parlimen 1911 dan 1949 mempunyai mukadimah yang digunapakai apabila Dewan Pertuanan tidak digunakan dalam proses ini.

Kuasa Parlimen untuk meluluskan rang undang-undang seringkali diganggu oleh para raja. Charles I telah membubarkan Parlimen pada tahun 1629 apabila ia meluluskan undang-undang dan perbahasan yang bersifat kritikal terhadap pelaksanaan pentadbirannya. Semasa "Sebelas Tahun Kezaliman" yang menurutinya, Charles melakukan aksi-aksi yang tidak jelas dari segi kepatuhannya kepada undang-undang, seperti menaikkan kadar cukai tanpa kebenaran Parlimen.[6] Selepas Perang Saudara Inggeris, Parlimen lebih banyak bersidang, tetapi para raja masih sering tidak berkenan dengan Akta Parlimen. Misalnya, Charles II telah tidak Berkenan dengan rang undang-undang "untuk mengekalkan Keamanan dengan Mewujudkan Militia dan Mempertugaskan mereka selama Dua dan Empatpuluh Hari,"[7] dengan menyatakan bahawa dirinya, bukan Parlimen, yang mengawal militia.[8] Ratu Stuat terakhir, Anne, dalam pada mengikut nasihat menteri-menterinya, juga tidak Berkenan dengan rang undang-undang "untuk meletakkan Militia di Scotland" pada 11 Mac 1708, tetapi sehingga kini tiada raja yang telah tidak Berkenan dengan undang-undang yang diluluskan oleh Parlimen British.[9]

Semasa pentadbiran dinasti Hanover, kuasa secara beransur-ansur dipindahkan daripada Raja ke Parlimen dan Kerajaan. Semasa pentadbiran Hanover yang pertama, Raja George I tidak mahir berbahasa Inggeris dan lebih suka menumpukan perhatiannya kepada pemilikan tanah baginda di negara asalnya di Jerman. Oleh yang demikian, baginda lebih banyak bergantung kepada menteri-menterinya berbanding raja-raja sebelumnya. Para raja Hanover yang kemudian cuba untuk mendapatkan semula kuasa ke atas perundangan. Raja-Raja George III dan George IV misalnya menentang percubaan memansuhkan sekatan terhadap penganut mazhab Katolik Rom untuk menjawat beberapa jawatan awam[10][11] dengan penegasan bahawa untuk pemperkenanan rang undang-undang sebegini melanggar sumpah penobat yang memerlukan Raja memelihara atau melindungi Gereja England daripada didominasi oleh Paus, dan tidak memberikan hak kepada individu yang bersekongkol dengan kuasa asing yang tidak mengiktiraf legitimasinya. Akan tetap akhirnya baginda Raja George IV Berkenan dengan undang-undang itu apabila dinasihati menteri-menterinya.[11] Maka konesep tanggungjawab menteri telah berevolusi dan kuasa untuk tidak Berkenan tidak lagi digunakan sama ada di United Kingdom mahupun negara-negara Komenwel yang lain.

Pada tahun 1914, Raja George V telah mendapatkan nasihat undang-undang mengenai menolak Perkenan untuk Rang undang-undang Kerajaan Ireland iaitu suatu cadangan undang-undang kerajaan liberal yang hendak dipaksa melalui parlimen dengan menggunakan Akta Parlimen 1911. Baginda kemudiannya memutuskan bahawa baginda tidak seharusnya tidak berkenan tanpa "bukti kukuh yang ia akan menggelakkan daripada bencana kebangsaan, atau sekurang-kurangnya meredakan keadaan sekeliling pada masanya.[12]

Akan tetapi terdapatnya situasi di mana persetujuan raja yang lebih langsung diperlukan untuk meluluskan rang undang-undang. Ini tidak dipanggil Perkenan Diraja tetapi digelar Persetujuan Raja. Untuk rang undang-undang yang memberikan kesan kepada prerogatif, hasil turun temurun, termasuk ultimus haeres, harta karun, dan bona vacantia, atau milikan peribadi atau kepentingan Mahkota untuk dibahaskan di Parlimen, Raja mestilah menyatakan persetujuannya terlebih dahulu. Ada masanya, seperti dalam perbahasan Akta Dewan Pertuanan 1999, persetujuan Putera Wales selaku Putera dan Pramugara Besar Scotland, atau Duke Cornwall, mesti didapati juga, tetapi ini amatlah jarang berlaku. Persetujuan ini dipanggil Persetujuan Putera.[13]

Pada tahun 1999, Ratu Elizabeth II bertindak mengikut nasihat para menterinya dengan tidak bersetuju dengan cadangan membahas Rang Undang-Undang Tindakan Ketenteraan Terhadap Iraq (Kebenaran Parlimen) yang hendak memindahkan kuasa daripada Raja kepada Parlimen untuk membenarkan serangan ketenteraan terhadap Iraq.[14] Disebabkan ketidaksetujuan Mahkota untuk perbahasan rang undang-undang tersebut, maka rang undang-undang itu secara langsung dikeluarkan. Akan tetapi oleh sebab Rang Undang-Undang tersebut diperkenalkan di bawah Peraturan Sepuluh Minit, ia bukannya boleh dibahas Parlimen pun, dan tidak mewakili contoh apa yang mungkin berlaku sekiranya kerajaan bertindak memperkenalkan perundangan yang akan menggugat kepentingan Mahkota pada masa hadapan.

Majlis[sunting | sunting sumber]

Di United Kingdom, suatu rang undang-undang dipersembahkan untuk Perkenan Diraja apabila ia diluluskan oleh kedua-dua Dewan Rakyat dan Dewan Pertuanan. Secara alternatifnya, di bawah Akta-akta Parlimen 1949, Dewan Rakyat mempunyai kuasa untuk memaksa rang undang-undang dipersembahkan untuk Perkenan meskipun tidak diluluskan oleh Dewan Pertuanan. Walaubagaimanapun, Raja tidak menganalisa rang undang-undang tersebut sebelum membuat keputusan untuk memberi Perkenannya. Amalan yang biasa adalah bahawa Perkenan hanya dianggap sebagai formaliti semata-mata. Secara rasminya, Perkenan diberikan oleh Raja atau Pesuruhjaya Pertuanan yang diberikan kuasa untuk bertindak melalui surat paten. Ia boleh diberikan di dalam mahupun di luar Parlimen; dalam keadaan yang keduanya itu, setiap Dewan mestilah diberitahu secara berasingan terlebih dahulu sebelum rang undang-undang boleh berkuatkuasa.

Jurutulis Parlimen yang merupakan seorang pegawai daripada Dewan Pertuanan secara tradisionalnya menyatakan formula Anglo-Norman untuk menggariskan keputusan Raja. Peberian Perkenan Diraja untuk rang undang-undang hasilwan lazimnya disusuli dengan lafazan Le Roy remercie ses bons sujets, accepte leur benevolence, et ainsi le veult,[15] yang diterjemahkan sebagai "Raja berterima kasih kepada rakyatnya, menerima sumbangan mereka, dan mahukannya sedemikian." Untuk rang undang-undang yang lainnya pula, formula yang digunakan hanyalah Le Roy le veult (Raja mahukannya sedemikian). Untuk rang undang-undang persendirian, frasa yang digunakan adalah Soit fait comme il est désiré (Biarlah seperti yang dimahukan). Formula untuk tidak Berkenan pula adalah Le Roy s'avisera (Raja akan mepertimbangkannya). Apabila pemerintahnya merupakan seorang wanita, La Reyne menggantikan Le Roy dalam ayat-ayat yang dilafazkan.

Sebelum pemerintahan Henry VIII, Raja sering memberikan Perkenannya secara langsung. Raja lazimnya akan memakai Mahkota Imperial Negara dan berduduk di Takhta dalam Kamar Pertuanan dengan dikelilingi oleh beberapa herald dan ahli-ahli kamar dirajanya. Pada masa kini, ini hanya dilakukan semasa Pembukaan Rasmi Parlimen. Ahli-ahli Dewan Rakyat dipimpini Yang di-Pertua mereka akan mendengar daripada Bar of the Lords, di luar Kamar. Jurutulis Parlimen mempersembahkan rang undang-undang yang menunggu Perkenan kepada Raja, akan tetapi rang undang-undang hasilwan lazimnya dibawa oleh Yang di-Pertua. Jurutulis Mahkota yang berdiri di kanan Raja akan kemudiannya membaca tajuk rang undang-undang yang dibawa (pada masa yang lebih silam, kesemua isi rang undang-undang yang dibawa). Jurutulis Parlimen kemudiannya membalas dengan menyatakan formula Norman-Perancis yang sepatutnya.[16]

Henry VIII memperkenalkan kaedah baru untuk memberi Perkenan Diraja.

Cara baru untuk memberikan Perkenan dicipta pada zaman pemerintahan Hentry VIII. Pada tahun 1542, Henry bercadang hendak memancung isterinya yang kelima yang dituduhnya berzina dan pemancungan ini diluluskan bukannya selepas perbicaraan tetapi oleh bill of attainder yang mana baginda terpaksa memberi Perkenannya selepas mendengar keseluruhan isi kandungan rang undang-undang berkenaan. Henry menyatakan bahawa "pengulangan Cerita dan jenayah yang sebesar ini" dalam pendegarannya "mungkin akan membuka semula Luka yang kini mulai menyembuh dalam Hati Diraja."[17] Oleh yang demikian, Parlimen memasukkan suatu klausa dalam Act of Attainder berkenaan yang memperuntukkan bahawa Perkenan yang diberikan oleh Pesuruhjaya "ialah sebaik-baik" Perkenan yang diberikan oleh Raja dengan sendirinya.[18] Prosedur ini hanya digunakan sebanyak lima kali dalam kurun ke-16, tetapi dengan lebih kerap semasa kurun ke-17 dan kurun ke-18, terutamanya apabila kesihatan George III mula merosot. Victoria menjadi Ratu terakhir untuk memberi Perkenannya pada tahun 1854.[19]

Apabila memberikan Perkenan melalui Pesuruhjaya, Raja akan memberi kuasa kepada tiga atau lebih (lazimnya lima) kerabat yang merupakan ahli Majlis Privy untuk memberi Perkenan dengan menggunakan namanya. Pesuruhjaya Pertuanan sebagai wakil Diraja memakai Rob Parlimen berwarna merah dan duduk di atas kerusi antara Takhta dan Woolsack, dengan Yang di-Pertua dan ahli-ahli Dewan Rakyat di Bar of the Lords. Jurubaca Pertuanan membaca Suruhan dan kemudiannya Pesuruhjaya menyatakan "Rakan-rakan sekalian, dalam pada menjalankan tugas seperti yang diamanahkan Baginda Raja, dan melalui Suruhan yang telah dibaca, Kami dengan ini mengisyhtiharkan dan memberitahu kalian, Lords Spiritual dan Temporal dan Commons dalam Parlimen ini bersidang, bahawasanya Raja memberikan Perkenannya kepada beberapa Akta-akta yang dalam Suruhan ini disebut." Kemudiannya Jurutulis Mahkota menyatakan tajuk Akta dan Jurutulis Parlimen membalas dengan formula Norman Perancis yang sepatutnya.[20][21]

Semasa dekad 1960-an, majlis perkenan melalui Suruhan tidak diamalkan lagi, dan kini hanya dilangsungkan sekali setahun pada penghujung sesi parlimen tahunan. Pada tahun 1960, Gentlmen Usher dari Batang Hitam tiba untuk memanggil Dewan Rakyat bersidang semasa perdebatan yang hangat, dan beberapa ahli dewan membantah kekacauan ini dengan tidak menghadiri majlis berkenaan. Ini berlaku sekali lagi pada tahun 1965 apabila Yang di-Pertua meninggalkan kerusi untuk pergi ke Dewan Pertuanan, beberapa ahli terus membuat ucapan. Oleh sebab ini, Akta Perkenan Diraja 1967 diluluskan untuk menghasilkan cara baru untuk mendapat Perkenan Diraja. Oleh ini, pemberian Perkenan oleh Raja secara sendirinya atau melalui Suruhan masih boleh dilakukan tetapi cara ketiga inilah yang dipakai setiap hari.

Di bawah Akta Perkenan Diraja 1967, Perkenan Diraja boleh diberikan melalui tulisan melalui surat paten yang dipersembahkan kepada pegawai pesidang kedua-dua Dewan Parlimen.[16] Kemudian pegawai berkenaan membuat kenyataan formal kepada setiap Dewan yang Perkenan Diraja telah diberikan kepada akta-akta yang telah disebut. Maka, tidak seperti pemberian Perkenan Diraja melalui sendirinya atau oleh Pesuruhjaya Diraja, kaedah yang dihasilkan melalui Akta Perkenan Diraja 1967 tidak memerlukan kedua-dua Dewan bersidang pada masa yang sama untuk mendapatkan notis Perkenan Diraja. Teks piawai Surat Paten diletakkan dalam Perintah Pejabat Mahkota (Borang-Borang dan Proklamasi-Proklamasi) 1992,[22] dengan sedikit pindaan dilakukan pada tahun 2000. Tiada undang-undang yang telah diperkenan oleh Raja secara sendirinya semenjak pemerintahan Ratu Victoria.[23] Akan tetapi Perkenan Diraja secara langsung tetap menjadi kaedah piawai dan ini dapat dilihat daripada perkataan yang digunakan di dalam Surat Paten untuk pelantikan Pesuruhjaya Diraja, dan oleh perkataan-perkataan Surat Paten di bawah Akta 1967 berkenaan: ("... Dan bahawasanya Beta tidak dapat hadir secara sendirinya di Dewan Lebih Tinggi Parlimen Beta yang merupakan tempat lazim di mana Beta memberikan Perkenan Beta...").[24]

Apabila Akta diberi perkenan melalui Raja secara sendirinya atau melalui Pesuruhjaya Diraja yang dilantik olehnya, Perkenan itu disifatkan telah diberi pada waktu perkenan diisytiharkan dalam kehadiran kedua-dua Dewan bersidang. Apabila prosedur yang diperkenalkan oleh Akta Perkenan Diraja 1967 digunakan, Perkenan disifatkan telah diberikan apabila kedua-dua pegawai pesidang kedua-dua Dewan telah menerima Surat Paten daripada Raja yang memberi Perkenannya dan memberi notis mengenai ini kepada kedua-dua Dewan berkenaan.[1] Maka, apabila setiap pegawai memberi notis pada masa yang berbeza {misalnya disebabkan satu Dewan tidak bersidang pada masa yang berkenaan), Perkenan disifatkan telah diberi apabila notis kedua telah diberikan. Ini adalah penting kerana di bawah Undang-Undang British satu Akta berkuatkuasa pada tarikh Perkenan Diraja telah diberikan dan ini bukanlah apabila surat paten telah ditandatangani atau apabila ia diberikan kepada pegawai-pegawai pesidang kedua-dua Dewan, tetapi pada tarikh kedua-dua Dewan maklum akan Perkenan yang telah diberi, melainkan sekiranya terdapat peruntukkan yang berbeza untuk permulaan kuatkuasa Akta berkenaaan.

Bebas daripada kaedah untuk menggariskan Perkenan Diraja, ia menjadi tanggungjawab Jurutulis Parlimen, apabila ia telah diberi notis kepada kedua-dua Dewan, bukan sahaja untuk mengendos Akta berkenaan di bawah nama Raja dengan formula Norman Perancis yang berpatutan, tetapi untuk mengesahkan bahawa Perkenan telah diberikan. Jurutulis ini kemudian menandatangani satu salinan Rang Undang-Undang itu dan meletakkan tarikh Perkenan Diraja telah diberi notis kepada kedua-dua Dewan antara teks klausa enakmen dan seksyen pertama Akta.[1] Apabila satu Akta diterbitkan, tandatangan jurutulis tidak dimasukkan, sepertimana juga formula Norman Perancis, apabila pengendosan dibuat secara bertulis. Akan tetapi tarikh di mana Perkenan Diraja diberikan diberitahu dalam kurungan.

Parlimen dan Perhimpunan Bawahan[sunting | sunting sumber]

Scotland[sunting | sunting sumber]

Perkenan Diraja merupakan peringkat terakhir Akta-akta Parlimen Scotland. Proses ini dikawal oleh seksyen-seksyen 28, 32 dan 33 Akta Scotland 1998.[25] Selepas suatu Rang Undang-Undang diluluskan, Pegawai Pesidang memberikannya kepada Raja untuk Perkenannya, tetapi hanya selepas tempoh empat minggu di mana Peguam Am Scotland, Peguam Negara Scotland atau Peguam Negara boleh merujuk Rang Undang-Undang berkenaan kepada Mahkamah Agung United Kingdom[26] (sebelum 1 Oktober 2009, Jawatankuasa Kehakiman Majlis Privy) untuk semakan kepatuhannya kepada undang-undang.[27] Perkenan Diraja dibuat melalui surat paten dengan menggunakan Cap Mohor Scotland, dalam cara berikut sepertimana yang terletak dalam Perintah Parlimen Scotland (Surat-Surat Paten dan Proklamasi-Proklamasi) 1999 (SI 1999/737).[28] Notis diletakkan dalam Warta-warta London, Edinburgh dan Belfast.

ELIZABETH II dengan Nama Tuhan dari United Kingdom Great Britain dan Ireland Utara dan Jajahan Takluk Baginda yang Lainnya Ratu Ketua Pelindung Komenwel dan Pelindung Keimanan kepada ahli-ahli Parlimen Scotland Beta yang dipercayai dan disayangi Beta mengucapkan SALAM:

BAHAWASANYA telah ada beberapa Rang Undang-Undang yang telah diluluskan oleh Parlimen Scotland dan telah dipersembahkan kepada Beta untuk Perkenan Beta oleh Pegawai Pesidang Parlimen Scotland selaras dengan peruntukan Akta Scotland 1998 tajuk-tajuk pendeknya sebagaimanya yang telah dilektakkan di dalam Jadual berikut tetapi Rang Undang-Undang berkenaan tidaklah menjadi Akta-akta Parlimen Scotland mahupun mendapat status sebagai Undang-Undang tanpa Perkenan Beta yang diberikan oleh Surat Paten di bawah Cap Mohor Scotland (iaitu Cap Mohor Beta yang dilantik oleh Triti Kesatuan yang disimpan dan digunakan di Scotland sebagai pengganti Cap Mohor Besar Scotland) ditandatangani dengan tangan Beta sendiri dan direkodkan dalam Daftar Cap Mohor Beta dengan ini menyebabkan Surat Paten ini untuk dubuat dan telah menandatanganinya dan melaluinya Beta telah memberikan Perkenan Beta dan MEMERINTAHKAN JUGA Penyimpan Cap Mohor Scotland Beta untuk mengecap Surat Paten Beta dengan Cap Mohor berkenaan.
DENGAN INI DISAKSIKAN beta telah meyebabkan Surat-Surat Beta untuk menjadi Paten.
SAKSIKAN Beta pada ... hari bulan ... dalam tahun ke- ... Pemerintahan Beta.
Oleh Raja Sendirinya Ditandatangani Dengan Tangannya.

Wales[sunting | sunting sumber]

Tindakan-tindakan Perhimpunan Kebangsaan Wales juga mesti diperkenankan oleh Raja. Seksyen 102 Akta Kerajaan Wales 2006 memestikan Jurutulis Perhimpunan untuk mempersembahkan Tindakan-tindakan yang diluluskan Perhimpunan selepas tempoh empat minggu semasanya Peguam Am Wales atau Peguam Negara boleh merujuk Tindakan berkenaan kepada Mahkamah Agung untuk keputusan sama ada tindakan ini terletak dalam bidang kuasa legislatif Perhimpunan berkenaan. Perkenan Diraja diberikan dengan Perintah dalam Majlis.[29][30]

Ireland Utara[sunting | sunting sumber]

Di bawah seksyen 14 Akta Ireland Utara 1998 satu rang undang-undang yang telah diluluskan Perhimpunan Ireland Utara dipersembahkan kepada Raja oleh Menteri Ireland Utara untuk Perkenan Dirajanya selepas tempoh empat minggi di mana Peguam Negara untuk Ireland Utara dibenarkan merujuk rang undang-undang ini kepada Mahkamah Agung. Perkenan Diraja diberikan dengan cara surat paten dalam cara yang diletakkan dalam Perintah Ireland Utara (Pernenan Diraja untuk Rang Undang-Undang) 1999.[31]

Tindakan Gereja England[sunting | sunting sumber]

Di bawah Akta Perhimpunan Gereja England (Kuasa-Kuasa) 1919, suatu Tindakan Synod Am Gereja England menjadi undang-undang apabila ia mendapat Perkenan Diraja dalam cara yang sama sebagaimana Akta Parlimen mendapat Perkenannya.

Dalam Alam Komanwel[sunting | sunting sumber]

Di negara-negara Komenwel yang lain, Perkenan Diraja diberikan atau tidak diberikan oleh Gabenor Jeneral sebagai wakil Raja. Oleh yang demikian, dalam negara-negara Komenwel ini, atau bahagian-bahagiannya (seperti wilayah, daerah dan lain-lain) Perkenan diberikan atau tidak diberikan oleh Gabenor atau Leftenan Gabenor. Satu Gabenor atau Leftenan Gabenor wilayah mungkin akan merujuk kepada Gabenor Jeneral, yang kemudiannya merujuk kepada Raja. Raja mempunyai kuasa untuk tidak membenarkan rang undang-undang yang telah mendapat Perkenan Diraja daripada wakil-wakilnya di negara-negara ini, tetapi kuasa ini lazimnya hanya boleh digunakan dalam suatu tempoh yang telah ditetapkan.

Seperti dalam United Kingdom, Perkenan Diraja secara kebiasaannya diberikan mengikut nasihat menteri-menteri kerajaan dan oleh yang demikian tidak lazim tidak diberikan. Dalam sesetengah hal, apabila Raja hendak melawat negara Komenwel ini, Perkenan mungkin ditangguh supaya Raja boleh Berkenan secara sendirinya.

Di New Zealand, seksyen 16 Akta Perlembagaan 1986 menyatakan bahawa "suatu Rang Undang-Undang yang diluluskan Dewan Rakyat akan menjadi undang-undang apabila Raja atau Gabenor Jeneral menyatakan Perkenannya dan menandatanganinya sebagai tanda perkenan itu". Akta ini juga menyatakan pada seksyen 3 yang Perkenan Diraja boleh diberikan oleh Raja secara sendirinya atau oleh Gabenor Jeneral sebagai wakil Raja.[32]

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Walaupun Perkenan Diraja tetap diberikan di United Kingdom semenjak tahun 1708, ia sering tidak diberikan di wilayah-wilayah jajahan dan bekas jajahan British oleh Gabenor-gabenor yang bertindak mengikut perintah Raja. Dalam Perisytiharan Kemerdekaan Amerika Syarikat, penduduk-penduduk mengadu bahawa Raja George III "tidak memberi Perkenannya kepada Undang-Undang, yang sempurna dan perlu untuk kepentingan orang awam seluruhnya dan telah melarang Gabenor-gabenornya meluluskan Undang-Undang yang penting diluluskan segara, selagi ia masih digantung sehingga Perkenannya diberikan, dan apabila ia digantung, baginda cuai dalam memastikan ia mendapat Perkenannya"[33] Selepas wilayah-wilayah seperti Kanada, Australia, New Zealand, Afrika Selatan dan Newfoundland diberikan kerajaan bertanggungjawab pun, Kerajaan British tetap menasihati dalam pemberiaan Perkenan. Perkenan kadangkala ditangguh untuk memberikan masa kepada Kerajaan British menimbangkan suatu rang undang-undang sebelum menasihati Gabenor Jeneral.

Semenjak dekat 1920-an, Gabenor Jeneral bertindak mengikut nasihat menteri-menteri tempatan dan bukannya nasihat Kerajaan British. Sepertimana di United Kingdom, para menteri lazimnya mendapat sokongan badan perundangan dan mendapat keluluskan rang undang-undang; maka, mereka tidak lazim menasihati wakil Raja untuk tidak Berkenan. Kuasa untuk tidak Berkenan telah digunakan oleh Leftenan Gabenor Alberta, John C. Bowmen pada tahun 1937 dalam perkara tiga rang undang-undang yang diluluskan di bawah Kerajaan Kredit Sosial William Aberhart. Dua rang undang-undang cuba meletakkan bank-bank di bawah bidang kuasa provinsi, dan memasuki bidang kuasa kerajaan pusat. Rang undang-undang ketiga pula, iaitu Rang Undang-Undang Berita dan Maklumat Tepat, memaksa suratkhabar-suratkhabar setempat mencetak respons kerajaan dan ini mendapat tentangan kabinet provinsi. Ketidakpatuhan ketiga-tiga rang undang-undang ini kepada perlembagaan Kanada kemudiannya dipersetujui Mahkamah Agung Kanada dan Jawatankuasa Kehakiman Majlis Privy.[34]

Di Australia isu teknikal telah berbangkit berkenaan Perkenan Diraja pada tahun 1976 dan 2001. Pada tahun 1976, suatu rang undang-undang dari Dewan Rakyat Australia telah secara silapnya dipersembahkan kepada Gabenor Jeneral negara itu untuk diberikan perkenan. Akan tetap ia kemudiannya didapati bahawa rang undang-undang itu belum diluluskan kedua-dua Dewan Parlimen Australia. Kesilapan itu disebabkan tajuk rang undang-undang yang sama juga telah dihantar untuk perkenan oleh Dewan berkenaan. Gabenor Jeneral membatalkan perkenannya kepada rang undang-undang berkenaan dan kemudiannya memberikan perkenan kepada rang undang-undang yang sebetulnya. Masalah sama juga berbangkit pada tahun 2001 dan tatacara yang sama digunakan untuk mengubatinya.[petikan diperlukan]

Majlis[sunting | sunting sumber]

Di negare-negara Komenwel, Perkenan boleh diberikan oleh Raja dengan sendirinya, tetapi Gabenor Jeberal secara sendirinya atau timbalan yang berlaku untuk Gabenor Jenerallah yang lazim memberi Perkenan. Dalam semua negara-negara Komenwel juga, Perkenan lazimnya diberikan di luar badan perundangan, dengan kedua-dua Dewan lazim diberukan notis yang berbeza.

Di Australia, majlis rasmi memberikan Perkenan di Parlimen tidak biasa digunakan semenjak awal kurun ke-20. Kini rang undang-undang dipersembahkan di kediaman Gabenor Jeneral oleh Dewan di mana rang undang-undang berasal. Gabenor Jeneral kemudiannya menandatangani rang undang-undang itu, menghantar mesej kepada Presiden Senat dan Yang di-Pertua Dewan Rakyat, yang kemudiannya memberitahu Dewan masing-masing tindakan Gabenor Jeneral itu.[35] Amalan yang sama juga menjadi kebiasaan di New Zealand, di mana Gabenor Jeneral tidak memberikan Perkenan Diraja secara sendirinya semenjak tahun 1875.[35]

Di Kanada, majlis tradisional untuk memberikan Perkenan di Parlimen lazim digunakan sehingga kurun ke-21, lama selepas ia ditamatkan di United Kingdom dan negara-negara Komenwel. Di bawah Akta Perkenan Diraja, 2002, yang baru, pendekatan alternatif yang memberikan Perkenan secara bertulis, dengan kedua-dua Dewan diberitahu secara berasingan, telah diperkenalkan. Sebagaimana yang diperuntukkan Akta berkenaan, Perkenan Diraja diberikan dalam Senat sekurang-kurangnya dua kali setahun: untuk appropriasi pertama dan untuk sekurang-kurangnya satu lagi akta, lazimnya tindakan tidak appropriasi yang diluluskan. Akan tetapi, Akta memperuntukkan bahawa pemberian Perkenan Diraja tidak terbatal dengan tidak menggunakan cara lama apabila digunakan. Perkenan boleh diberikan dalam Kamar Senat oleh Gabenor Jeneral atau secara lebih kebiasaannya Timbalan, iaitu Hakim Mahkamah Agung Kanada.[19]

Pergantungan Mahkota Diraja British[sunting | sunting sumber]

Kepulauan Channel[sunting | sunting sumber]

Leftenan Gabenor-Leftenan Gabenor Kepulauan Channel tidak memberikan Perkenan Diraja. Sebagai pengganti, Raja memberikan Perkenan Diraja terus melalui Perintah dalam Majlis.[36] Perkenan diberikan atau tidak berdasarkan nasihat Menteri Keadilan United Kingdom. Sebagai contoh, baru-baru ini Perkenan tidak diberikan (oleh sebab tidak dibenarkan oleh Menteri) berlaku pada tahun 2007 berkenaan reformasi-reformasi Perlembagaan Chief Pleas of Sark.[37] (Reformasi-reformasi yang telah dikaji semula kemudiannya diberikan Perkenan.)[38]

Isle of Man[sunting | sunting sumber]

Prosedur-prosedur khas terpakai apabila perundangan yand diluluskan oleh Tynwald, badan perundangan Isle of Man, dibuat. Sebelum pemerintahan Pulau itu dibeli oleh Mahkota Britain pada tahun 1765, (sejarah Revestment), perkenan Tuan Man kepada Rang Undang-Undang dilakukan oleh sepucuk surat kepada Gabenor.[39] Selepas tahun 1765, Perkenan Diraja pada mulanya dibuat melalui surat kepada Menteri kepada Gabenor,[40] tetapi semasa Kabupaten British amalan memberi Perkenan Diraja melalui Perintah dalam Majlis dimulakan[41] sehingga hari ini, meskipun terhad kepada kes-kes tertentu semenjak 1981.

Pada tahun 1981, suatu Perintah dalam Majlis memberikan kuasa kepada Leftenan Gabenor untuk memberi Perkenan Diraja kepada rang undang-undang yang diluluskan Tynwald.[42] Leftenan Gabenor mestilah merujuk sebarang Rang Undang-Undang kepada Kementerian Keadilan untuk nasihat, yang mana baginda harus turuti, dan Perkenan untuk beberapa jenis Rang Undang-Undang masih disimpan oleh Raja, di mana cara lama digunakan untuk memberi Perkenannya.

Perkenan Diraja tidak mencukupi untuk memberikan kesan undang-undang kepada suatu Akta Tynwald. Melalui adat turun temurun suatu Akta tidaklah berkuakuasa sehingga ia dipromulgasikan di pendudukan terbuka Tynwald, lazimnya di Bukit Tynwald pada hari St. John (24 Jun) tetapi semenjak penggunaan kalendar Gregory pada tahun 1753[43] pada 5 Julai (atau pada hari Isnin berikutnya[44] sekirana 5 Julai adalah hari Sabtu atau Ahad). Promulgasi secara asalnya merangkuni pembacaan Akta dalam bahasa Inggeris dan bahasa Manx, tetapi selepas 1865 pembacaan tajuk Akta dan sinopsis setiap seksyen memadai.[45] Ini kemudiannya disusuli pada tahun 1895 kepada pembacaan tajuk dan memorandum tujuan Akta sahaja,[46] dan sejak 1988 hanya tajuk pendek dan ringkasan tajuk panjang dibaca.[47]

Prosedur darurat yang membenarkan suatu Akta untuk berkuatkuasa apabila diberikan Perkenan Diraja dilakukan dengan perisytiharan di persidangan biasa Tynwald bersyarat bahawa ia dipromulgasikan dalam masa 12 bulan, telah diperkenalkan pada tahun 1916;[48] semenjak tahun 1988 ini menjadi tatacara kebiasaan, dan satu Akta tidak akan mempunyai kesan lebih daripada 18 bulan selepas Perkenan Diraja diisytiharkan di dalam Tynwald.[49]

Semenjak tahun 1993, Synod Diocesan Sodor dan Man telah mempunyai kuasa untuk membuat Tindakan-Tindakan "berkenaan sebarang perkara yang berkenaan Gereja England di Pulau ini". Sekiranya diluluskan oleh Tynwald, suatu Tindakan "akan mempunyai kuasa dan kesan sebagai Akta Tynwald apabila Perkenan Diraja dilafazkan di Tynwald".[50] Antara tahun-tahun 1979 dan 1993 Synod mempunyai kuasa yang serupa, tetapi terhad kepada penguatkuasaan Tindakan-Tindakan Synod Am Gereja England.[51] Sebelum tahun 1994 Perkenan Diraja diberikan melalui Perintah-dalam-Majlis, tetapi sebagai Rang Undang-Undang kuasa untuk memberi Perkenan Diraja berkenaan Tindakan telah diberikan kepada Leftenan Gabenor Isle of Man.[52] Suatu Tindakan tidak memerlukan promulgasi.[53]

Wilayah jajahan seberang laut British[sunting | sunting sumber]

Gabenor-gabenor (atau Leftenan Gabenor) setiap Wilayah jajahan seberang laut British memberi atau tidak memberi Perkenan Diraja untuk perundangan wilayah yang berkenaan. Mereka juga boleh menangguh untuk memberi peluang kepada Raja membuat keputusan secara sendirinya. Apabila Hong Kong berada di bawah pemerintahan British dahulu, rang undang-undang yang diluluskan oleh Majlis Perundangan Hong Kong memerlukan perkenan diberikan oleh Gabenor Hong Kong.[54] Selepas berlakunya Perpindahan kedaulatan Hong Kong menjadi wilayah pentadbiran khas Republik Rakyat China, rang undang-undang ditandatangani dan diproklamasikan oleh Ketua Eksekutif Hong Kong yang merupakan kedua-dua ketua kerajaan dan ketua negara, untuk menjadi ordinan.

Di negara-negara lain[sunting | sunting sumber]

Am[sunting | sunting sumber]

Dalam kebanyakan negara berpemerintahan raja atau ratu masa kini (seperti Belgium, Denmark, Jepun, Luxembourg, Thailand, Belanda,[55] Norway dan Sepanyol), raja atau ratu bertanggungjawab memberikan kesan undang-undang kepada perundangan. Negara tertentu seperti Sweden lebih memberi pertanggungjawaban berkenaan kepada kerajaan atau pemerintah negara. Akan tetapi dalam kedua-dua situasi ini, prosesnya hanya bersifat rasmi sahaja, sama ada dari segi kelaziman atau menurut kata-kata perlembagaan masing-masing.

Belgium[sunting | sunting sumber]

Di Belgium, "sanction royale" mempunyai kesan yang serupa dengan Perkenan Diraja, dengan kerajaan bertanggungjawab sekiranya Raja tidak berkenan dengan cadangan undang-undang yang dikemukakan. Raja memproklamasikan undang-undang dan ini bermakna ia menerbitkan secara rasmi undang-undang yang diluluskan dan memerintahkan supaya ia dikuatkuasakan. Pada tahun 1990, apabila Raja Baudouin memberitahu kerajaan bahawa baginda tidak sanggup berkenan dengan undang-undang yang membenarkan keguguran bayi, Majlis Menteri-Menteri mengisytiharkannya tidak boleh menggunakan kuasanya mengikut kepentingan dirinya. Rang undang-undang berkenaan kemudiannya diperkenankan oleh kesemua mereka sebagai wakil Raja. Kedua-dua dewan dalam Parlimen Belgium kemudiannya mengisytiharkannya boleh menggunakan kuasanya pada keesokan harinya.[56]

Jordan[sunting | sunting sumber]

Perlembagaan Jordan memberikan kuasa kepada Rajanya untuk tidak berkenan dengan undang-undang yang diluluskan parlimennya. Perkara 93 perlembagaan memberi sehingga enam bulan untuk menandatangani atau tidak apa jua perundangan yang dipersembahkan kepadanya oleh Perhimpunan Nasional negara itu; dan sekirannya tidak diperkenankan dalam masa sedemikian, Perhimpunan itu bolehlah membatalkannya dengan undian dua-pertiga kedua-dua dewan sekiranya tidak mahu undang-undang itu tidak berkuatkuasa (akan tetapi ia boleh dipertimbangkan semula dalam sesi kemudian). Sekiranya Raja gagal untuk bertindak dalam masa enam bulan selepas rang undang-undang dipersembahkan kepadanya, rang undang-undang itu menjadi undang-undang yang berkuatkuasa tanpa tandatangannya.[57]

Liechtenstein[sunting | sunting sumber]

Liechtenstein membenarkan rajanya berkenan atau tidak mengikut suka hati sendirinya.[58] Sebagai contoh: apabila Raja Hans Adam II tidak berkenan dengan rang undang-undang yang membenarkan keguguran bayi, baginda bertindak mengemukakan rang undang-undang yang memberikannya kuasa yang tidak terbatas kepada perkara formaliti semata-mata tetapi turut meminta kuasa yang lain juga, seperti kuasa untuk melantik hakim, baginda juga dilaporkan mengugut akan menjualkan negaranya kepada Bill Gates dan menamakannya semula sebagai Microsoft dan berpindah ke Austria bersama-sama keluarganya.[59] Rang undang-undangnya lulus dan kini baginda mempunyai kuasa untuk tidak berkenan secara bebas.

Luxembourg[sunting | sunting sumber]

Sementara Luxembourg dahulunya memerlukan tandatangan Duc Besar untuk berkuatkuasa, hak ini kemudiannya dirampas daripadanya pada tahun 2008 selepas baginda memberitahu perdana menterinya yang baginda tidak sanggup menandatangani rang undang-undang yang membenarkan eutanasia dalam negara itu.[60]

Belanda[sunting | sunting sumber]

Perkenan Diraja kepada undang-undang atau dekri diraja (Koninklijk Besluit) di negara Belanda hanya boleh diberikan oleh raja yang sedang memerintah. Dalam situasi di mana raja tidak dapat memerintah, seorang kabupaten akan menggunakan prerogatif ini, dengan "Raad van State" (Majlis Negara, serupa dengan Majlis Privy British) dibenarkan membuat sedemikian sekiranya tiada raja mahupun kabupaten. Setiap undang-undang atau dekri yang dipersembahkan kepada pemerintah harus mempunyai tandatangan satu atau lebih menteri yang bertanggungjawab atas undang-undang demikian. Selain daripada yang telah disebutkan di atas raja tidak dibenarkan memberi prerogatif ini kepada sesiapa yang lain.

Tidak seperti di United Kingdom, tiadanya Pesuruhjaya Pertuanan dan raja menandatangani undang-undang atau dekri dengan formula: "Gegeven te [plaats], [datum]" (bahasa Belanda: "Diberi di [tempat] pada hari bulan [tarikh]"). Apabila ini telah selesai, Menteri Keadilan dipertanggungjawab dengan menandatanganinya dan menerbitkannya di Staatscourant, atau Warta Negara yang merupakan terbitan digital.

Ada masanya Raja menunjukkan rasa tidak puas hatinya dengan melambatkan perkenannya terhadap undang-undang, dan sekurang-kurangnya satu Duta ke London, Dirk Stikker, terpaksa mennunggu sekian lama untuk dekri perlantikannya disebabkan Ratu Juliana tidak menyukainya. Tetapi semenjak pengenalan konsep kepertanggungjawaban menteri pada tahun 1848, semua undang-undang yang dicadangkan telah ditandatangani oleh ketua negara.

Ratu yang memerintah Belanda kini, Ratu Beatrix, menyatakan dalam temuramah bahawa baginda menganggap perkenannya sebagai "suatu kehendak perlembagaan, dan tidak lebih mahupun kurang daripada itu". Bakal penggantinya Willem Alexander iaitu Putera Oren telah memberikan komen negatif terhadap cadangan menghapuskan sistem Raja daripada Kerajaan Belanda dan membatalkan keperluan untuk mendapatkan Perkenan Diraja.

Norway[sunting | sunting sumber]

Perkara-perkara 77–79 perlembagaan Norway memberikan kuasa kepada Raja Norway hak untuk tidak berkenan kepada apa jua undang-undang yang diluluskan oleh Storting atau parlimen.[61] Sekiranya raja hendak menggunakan kuasa ini, Perkara 79 memperuntukkan cara untuk mengatasinya: "Sekiranya Rang Undang-Undang diluluskan tanpa dipinda oleh kedua-dua sesi Storting, yang merupakan hasil dua pilihanraya berturut-turut dan dibezakan oleh sekurang-kurangnya dua sesi Storting, tanpanya ada Rang Undang-Undang berlainan yang diluluskan Storting dalam jangka masa antara yang pertama dan yang kedua, dan diberikan kepada Raja dengan petisyen bahawa Raja tidak seharusnya tidak berkenan dengan Rang Undang-Undang yang, selepas dibincangkan dengan mendalam sekali dan diputuskan Storting adalah bermanfaat, ia akan menjadi undang-undang meskipun Perkenan Diraja tidak diberikan sebelum Storting direhatkan."[61] Prerogatif ini tidak pernah digunakan oleh Raja yang memerintah Norway semenjak kesatuannya dengan Sweden dibubarkan pada tahun 1905 walaupun kuasa ini pernah digunakan oleh Raja Sweden semasa kesatuan itu.

Sepanyol[sunting | sunting sumber]

Tajuk IV Perlembagaan Sepanyol 1978 memberikan kuasa untuk berkenan dan mempromulgasikan undang-undang kepada Raja Sepanyol, manakala Tajuk III berkenaan Cortes Generales, Bab 2 Pendrafan Rang Undang-Undang menggariskan kaedah di mana rang undang-undang diluluskan. Menurut Perkara 91, dalam masa lima belas hari kelulusan rang undang-undang oleh Cortes Generales, raja akan berkenan dan menerbitkan undang-undang itu. Perkara 92 memberikan kuasa kepada Raja untuk memanggil referandum menurut nasihat Perdana Menteri Sepanyol dan persetujuan Cortes.

Tidak wujudnya dalam perlembagaan peruntukan untuk tidak berkenan secara langsung; tetapi, tiadanya peruntukkan yang tidak membenarkan raja untuk tidak berkenan juga. Apabila media Sepanyol menanya Raja Juan Carlos sama ada baginda akan memperkenankan rang undang-undang yang membenarkan perkahwinan sesama jantina, baginda menjawab "Saya merupakan Raja Sepanyol bukannya Raja Belgium"[62] – baginda titah berkias merujuk kepada Baudouin I dari Belgium, yang menolak rang undang-undang Belgium membenarkan keguguran kandungan.[63] Raja Carlos memberikan Perkenan Dirajanya kepada Undang-Undang 13/2005 pada 1 Julai 2005 dan undang-undang ini diwartakan dalam Boletín Oficial del Estado pada 2 Julai dan seterusnya berkuatkasa pada 3 Julai 2005.[64] Pada tahun 2010 pula, baginda memberi Perkenan Diraja kepada undang-undang yang membenarkan keguguran kandungan menurut suka pemintanya.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]

Teks rasmi Akta Perkenan Diraja 1967 sebagaimana dipinda dan berkuatkuasa pada hari ini di United Kingdom, dari UK Statute Law Database.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ a b c d Bennion, Francis. "Modern Royal Assent Procedure at Westminster". Statute Law Rev, 2 (3). pp. 133–147
  2. ^ Durkin, Mary, Gay, Oonagh. "The Royal Prerogative" (PDF). Parliament and Constitution Centre, 30 December 2009. Retrieved on 12 February 2010.
  3. ^ Pollard, A. F. "The Evolution of Parliament". New York: Longmans, Green and Co., 1920. pp. 36–45.
  4. ^ Barzel, Yoram & Kiser, Edgar. "The Development and Decline of Medieval Voting Institutions: A Comparison of England and France". Economic Inquiry, 1997, p.252
  5. ^ Sayles, G. O. "The King's Parliament of England". New York: W. W. Norton, 1974. pp. 106–107.
  6. ^ "Charles I (r. 1625–49)". Royal Household at Buckingham Palace. Retrieved on 12 April 2007.
  7. ^ "House of Lords Journal Volume 13: 27 November 1678". Journal of the House of Lords: volume 13: 1675–1681 (1771), pp. 380-85. Retrieved on 12 April 2007.
  8. ^ "The making and keeping of Acts" (PDF). History Today, Vol. VI, pp. 765–773, 1956. Retrieved on 18 April 2007.
  9. ^ Smith, David L. "Change & Continuity in 17th Century English Parliaments". History Review, 2002. p. 1.
  10. ^ {{cite book|last1=Conway|first1=Stephen|url=http://www.history.ac.uk/reviews/paper/conwayS2.html%7Ctitle=Book Review: George III: An Essay in Monarchy|publisher=The Institute of Historical Research|date=Februari 2003|access-date=12 April 2007.
  11. ^ a b "George IV (1762–1830)". BBC History. Dicapai 12 April 2007. 
  12. ^ Bradley, A. W. & Ewing, K. D. (2003). Constitutional and Administrative Law (edisi 13th ed.). London: Longmans. m/s. 243. ISBN 0-582-43807-1. 
  13. ^ House of Commons Hansard Written Answers for 30 Apr 1996 (pt 1)
  14. ^ "Iraq attack bill fails". BBC News, 16 April 1999. Retrieved on 12 April 2007.
  15. ^ Bennion, Frands. "Modern Royal Assent Procedure at Westminster" (downloadable doc). New Law Journal. Retrieved on 18 November 2007.
  16. ^ a b "Companion to the Standing Orders and guide to the Proceedings of the House of Lords". United Kingdom Parliament. Dicapai 2007-11-18. 
  17. ^ Quennell, Peter (1951). "History Today", Stanford University. p767.
  18. ^ Royal Assent by Commission Act 1541 (33 Hen.8 c.21)
  19. ^ a b Richardson, Jessica. "Modernisation of Royal Assent in Canada". Canadian Parliamentary Review. Retrieved on 12 April 2007.
  20. ^ "Companion to the Standing Orders and guide to the Proceedings of the House of Lords". The Stationery Office Ltd. Retrieved on 11 April 2007.
  21. ^ Anson's Law and Custom of the Constitution, 5th ed, 1922, Vol 1, page 338
  22. ^ "The Crown Office (Forms and Proclamations Rules) Order 1992". Office of Public Sector Information, 2002. Retrieved on 31 March 2007.
  23. ^ Robertson, James R. "Bill S-15: The Royal Assent Act". Library of Parliament, Canada, 2002. Retrieved on 11 April 2007.
  24. ^ "Souvenir of the inauguration of the Australian Commonwealth, 1901". State Library of New South Wales, 2001. Retrieved on 11 April 2007.
  25. ^ "Scotland Act 1998". Office of Public Sector Information, 7 December 1998. Retrieved on 11 April 2007. Diarkibkan Mei 18, 2007 di Wayback Machine
  26. ^ Constitutional Reform Act 2005, section 40 and Schedule 9
  27. ^ "The Legislative Process" (PDF). The Scottish Parliament. Retrieved on 11 April 2007.
  28. ^ "Statutory Instrument 1999 No. 737". Office of Public Sector Information, 1999. Retrieved on 11 April 2007.
  29. ^ Section 102 of the Government of Wales Act 2006, Office of Public Sector Information]
  30. ^ Order in Council dated 9 July 2008, approving The NHS Redress (Wales) Measure 2008, the first Measure to be passed by the Assembly on 6 May 2008. Office of Public Sector Information
  31. ^ The Northern Ireland (Royal Assent to Bills) Order 1999, Office of Public Sector Information
  32. ^ "Constitution Act 1986". Parliamentary Counsel Office. Dicapai 29 October 2010. 
  33. ^ "Action of Second Continental Congress, July 4, 1776". Emory University Law School. Retrieved on 18 April 2007. Diarkibkan Mac 6, 2007 di Wayback Machine
  34. ^ "The Honourable John C. Bowen, 1937–50". Legislative Assembly of Alberta. Retrieved on 22 April 2007.
  35. ^ a b Losier-Cool, Rose-Marie. "Bill S-34". The Parliament of Canada Journals, Issue 92, Appendix, 5 March 2002. Retrieved on 17 April 2007.
  36. ^ "Laws". Guernsey Legal Resources. Dicapai 25 October 2010. 
  37. ^ "R (on the application of Barclay and others) v Secretary of State for Justice and others" (PDF). UK Supreme Court. 1 December 2009. Dicapai 25 October 2010.  See paragraph 27.
  38. ^ R (Barclay) v Secretary of State for Justice, paragraph 30.
  39. ^ E.g., letter from Duke of Atholl, 11th June 1757, allowing and confirming An Act to prevent Clandestine Marriages: Gell, J (ed.) (1883), Statutes of the Isle of Man, I, Douglas, m/s. 284 
  40. ^ E.g., letter from Duke of Portland (Secretary of State) to Duke of Atholl (Governor), 15th July 1796, advising of the King's approval to two Acts but withholding assent to a third: op. cit p.352
  41. ^ E.g., Order in Council of 7th March 1814 approving two Acts: op. cit. p.381
  42. ^ Royal Assent to Legislation (Isle of Man) Order 1981
  43. ^ Gregorian Calendar Act 1753 Statutes of the Isle of Man, I, Douglas, 1883, m/s. 258–267 
  44. ^ Statutory Time etc. Act 1883 Statutes of the Isle of Man, V, m/s. 209 
  45. ^ Acts of Tynwald (Promulgation) Act 1865 Statutes of the Isle of Man, III, m/s. 176 
  46. ^ An Act to further alter the mode of promulgating Acts of Tynwald Statutes of the Isle of Man, VII, m/s. 1 
  47. ^ Promulgation Act 1988 sections 2, 3 and 5
  48. ^ Acts of Tynwald (Emergency Promulgation) Act 1916 Statutes of the Isle of Man, X, m/s. 31 
  49. ^ Promulgation Act 1988 section 3
  50. ^ Church Legislation Procedure Act 1993 section 2 http://www.gumbley.net/clpa1993.htm  Missing or empty |title= (bantuan)
  51. ^ Church (Application of General Synod Measures) Act 1979
  52. ^ Royal Assent to Sodor and Man Diocesan Synod Measures Order 1994
  53. ^ Church Legislation Procedure Act 1993 Sch.1 para.4(2) http://www.gumbley.net/clpa1993.htm  Missing or empty |title= (bantuan)
  54. ^ "LegCo Paper No. CB(1) 205/96–97". Hong Kong Legislative Council Secretariat, 29 October 1996. Retrieved on 31 March 2007.
  55. ^ "How does an Act become law? Assent". Government of the Netherlands. Dicapai 15 March 2010. 
  56. ^ E.Witte, De liberalisering van de abortus-wetgeving in België (1970-1990),in: Rapporten en perspectieven
  57. ^ The Constitution of Jordan, Article 93. Retrieved on 2009-06-08.
  58. ^ "Amendments to the Constitution of Liechtenstein proposed". The Princely House of Liechtenstein, 22 January 2003. Retrieved on 17 April 2007.
  59. ^ Rimensnyder, Sara. "Rent-a-country - Prince for a Day", Reason, June, 2003. Retrieved from findarticles.com on 13 April 2007
  60. ^ "Luxembourg strips monarch of legislative role". The Guardian. London. 12 December 2008. Dicapai 4 May 2010. 
  61. ^ a b "The Norwegian Constitution". The Storting information office. Retrieved on 12 April 2007. Diarkibkan Mei 3, 2007 di Wayback Machine
  62. ^ Teks asal: "Soy el Rey de España y no el de Bélgica..."
  63. ^ "Don Juan Carlos, sobre el matrimonio gay: 'Soy el Rey de España y no el de Bélgica'". El Mundo. 2006-05-13. Dicapai 2007-01-08.  (Sepanyol)
  64. ^ "Disposiciones Generales" (PDF). Boletin Oficial del Estado. 2005-06-02. Dicapai 2007-01-08.  (Sepanyol)

Lihat juga[sunting | sunting sumber]