Wikipedia:Kedai Kopi/Arkib3/2006

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari

Laman ini merupakan arkib kepada Wikipedia:Kedai Kopi

senarai nama pekerja petronas carigali bintulu

Tuan, saya amat berterimakasih sekiranya pihak tuan dapat memberi maklumat tentang senarai pekerja petronas di bintulu,Sarawak.Kalau boleh berserta dengan e-mel sekali.

Sekian dan terimakasih.

Sukma abadi

(Sukma Abadi 03:40, 9 Mac 2006 (UTC))

Senarai dan alamat e-mail bagi kebanyakan syarikat adalah dianggap rahsia, bagi mengelakkan spam. Dilarang menyenaraikan e-mail di tempat umum. Sekiranya ada keperluan yang sah, anda boleh terus berhubung dengan Jabatan Sumber syarikat masing-masing. Yosri 10:03, 9 Mac 2006 (UTC)

Rujukan

Apakah polisi Wikipedia Bahasa Melayu terhadap rujukan? Saya biasa dengan Wikipedia BI, yang mengalakkan penambahan rujukan bagi semua rencana. (Rencana "featured" mesti guna "footnote" juga!) Satu soalan lagi: Boleh m:Cite diguna pada Wikipedia ini? Terima kasih, Johnleemk 17:58, 12 Mac 2006 (UTC)


Hai John, sememangnya sebuah rencana yang piawai harus mempunyai rujukan yang lengkap, termasuknya nota kaki dan nota penghujung, seperti yang diperlukan dalam penulisan tesis. Bagaimanapun, kami masih dalam proses pembelajaran dan perkembangan. Sebenarnya, ciri kategori baru-baru sahaja digunakan secara meluas dan kami masih menterjemahkan garis panduan daripada Wikipedia Bahasa Inggeris.

Kami di sini berasa amat bertuah mendapat seorang pengguna baru yang cuma menyertai Wikipedia bahasa Melayu pada 14 Februari 2006. Walaupun masih amat baru di sini, dia telah memperkenalkan ciri rencana pilihan ("featured article") yang merupakan perkembangan yang baru sejak permulaan portal ini pada tahun 2003. Sebenarnya, kami di sini berasa masih belum betul-betul sedia untuk mengadakan rencana pilihan tetapi dia telah mempertunjukkan kepada kami bahawa kita boleh membuat itu melalui rencana pilihan pertamanya dan dia juga sudi menanggung tanggungjawab untuk memastikan kejayaannya secara berterusan. Namanya Emrrans.

Negara Jepun memulakan proses pengindustrian secara pesat selepas Perang Dunia II. Sewaktu saya bersekolah, "barang Jepun" merupakan simpulan bahasa yang membawa maksud "barang yang murah tetapi buruk." Selepas itu, saya mendapati bahawa maksudnya telah ditukar menjadi "barang yang murah dan baik". Kini, maksud ini juga tidak dapat lagi digunakan kerana walaupun mutu barang Jepun masih sungguh baik, barang-barangnya tidak dapatlah dikatakan murah lagi.

Maka kita di sini juga harus mengikuti laluan perkembangan itu juga. Biar tidak sempurna, asalkan kita BERMULA dan BERUSAHA SECARA BERTERUSAN supaya dapat mencapai kejayaan yang cemerlang. Janganlah mengikut lagi seorang pengguna berdaftar yang baru. Dia telah mendaftar seminggu lebih awal daripada Emrrans tetapi selain daripada mempunyai falsafah yang amat "tinggi" dan gagasan yang amat banyak, sehingga hari ini, kami langsung tak nampak apa-apa sumbangan daripadanya, selain daripada cakap besar dalam halaman-halaman pengguna.

Kalau kita mencuba mencapai langit dengan satu langkah, jatuh nanti!!! Tetapi janganlah juga merupakan "Si-Mulut". Sumbanglah apa yang kita dapat menyumbang. Biarkan sahaja m:Cite, nota kaki ataupun nota kasut dahulu, hehehe. Jika boleh, tolonglah menterjemahkan sebahagian rencana-rencana garis panduan daripada en:Wikipedia, supaya semua pengguna-pengguna dapat membelajari gaya yang piawai.

Kini, walaupun ramai orang yang mendaftar, kami cuma mendapat 11 orang sahaja yang betul-betul. Menyertailah golongan ini dan tambahkannya menjadi sedosen!! — PM Poon 06:44, 13 Mac 2006 (UTC)

Terima kasih kerana menjawab soalan-soalanku. Saya telah menulis beberapa rencana pilihan untuk Wikipedia BI; mungkin bila saya ada sedikit masa lapang saya akan cuba menterjemah rencana-rencana tersebut, seperti en:Article 153 of the Constitution of Malaysia dan en:Second Malaysia Plan. Saya akan cuba mulakan laman polisi untuk nota kaki pada minggu ini. Johnleemk 13:47, 13 Mac 2006 (UTC)

Penggunaan CSS

Saya telah membuat Templat:Infobox presiden berdasarkan templat di Wikipedia Bahasa Inggeris. Walaubagaimanapun, ada sedikit masalah dengan templat ini. Nampaknya Wikipedia BI guna en:MediaWiki:Monobook.css dan en:MediaWiki:Common.css untuk mengawal en:CSS bagi seluruh Wikipedia BI. MediaWiki:Monobook.css kita tidak ada kelas "infobox-bordered", dan oleh itu, infobox yang saya telah membuat tidak lengkap. Boleh seseorang penyelia atau pentadbir tambah kod dari en:MediaWiki:Common.css ke MediaWiki:Monobook.css atau MediaWiki:Common.css? Terima kasih, Johnleemk 16:17, 13 Mac 2006 (UTC)

Saya lihat banyak betul templat yg bertindan di sini. Misalnya kita dah ada Templat:Politik untuk tujuan di atas. Harap semua orang dapat merujuk Wikipedia:Templat pandu arah sebelum membuat templat baru. ...Aurora... 14:45, 17 Mac 2006 (UTC)

Berkenaan projek Wikimedia

Fail:Commons without text-35px.png Saya mencadangkan bahawa projek wikimedia seperti Wikimedia Commons (gambar), Wikinews, Wiktionary dan lain-lain kesemua projek wikimedia untuk ditukar ke edisi bahasa Melayu. Cadangan ini perlu dilakukan untuk memudahkan kemajuan Wikipedia Bahasa Melayu, disamping juga, tidak terlalu bergantung kepada projek wikimedia dalam bahasa lain semata-mata. Ini juga dibuat untuk membentuk identiti kita sendiri. Saya harap agar cadangan saya mendapat pertimbangan yang sewajarnya. Emrrans 17:05, 15 Mac 2006 (UTC)


Hai Emrrans, satu langkah demi satu langkah!! Kalau tidak, tercekik nanti!! hehehe

Biar kita menumpukan masa dalam ruang nama utama, iaitu Wikipedia. Bagaimana kalau kita menterjemahkan rencana-rencana garis panduan Wikipedia lebih dahulu. Banyak lagi yang kena diterjemahkan!! — PM Poon 22:40, 15 Mac 2006 (UTC)


Cadangan Emrrans sebenarnya bagus, tetapi buat masa sekarang kita orang rasanya tak terdaya.Kalau boleh, Emrrans boleh suruh lebih banyak orang mari ke sini menyumbang.Ychmatematik 14:57, 16 Mac 2006 (UTC)

Wiktionary dan Wikibooks dah ada versi BM, jika anda ingin menyumbang silakanlah. Untuk yg lain-lain, saya cadangkan bangunkan yg dah ada dulu. ...Aurora... 14:45, 17 Mac 2006 (UTC)

Commons hanya memiliki satu versi. Yang perlu diterjemahkan hanyalah Laman Utamanya. Hayabusa future 15:03, 17 Mac 2006 (UTC)

Pada pendapat saya, kita harus mengelak pembukaan projek-projek baru tanpa penyumbang. Menurut PM Poon, ada lebih kurang 12 penyunting aktif di Wikipedia ini. Takkan 12 orang yang sama hendak menyunting Wikinews, Wiktionary, dan semua projek lain itu? Kalau ada orang yang berminat, ok, kita buatlah. Tetapi sebuah wiki tanpa penyumbang takkan pergi mana-mana. Johnleemk 18:09, 17 Mac 2006 (UTC)

Berkenaan Templat Pengguna

Hari itu saya pergi en.wikipedia khabarnya itu Jimmy(boss wikipedia) tidak menggalakan ahli wikipedia menggunakan template pengguna seperti {{Pengguna Malaysia}} {{Anti Rasisme}}.

Katanya penggunaan templat-templat ini bisa merosakkan budaya wikipedia, terutamanya budaya NPOV. Pandangan ini rasanya kena pada tempat juga. Tapi dari satu segi ia juga satu cara mengekspresikan indentiti para pengguna wikipedia.

Jadi apakah pandangan kawan-kawan di sini?? Ychmatematik 15:04, 16 Mac 2006 (UTC)

Sebagai seorang penyunting di Wikipedia Bahasa Inggeris yang telah membabitkan diri dalam isu ini, saya rasa saya boleh memberi perspektifku mengenai masalah ini. Masalah dengan "userboxes" seperti ini adalah kebolehan untuk menggunakan templat-templat ini supaya mengumpulkan kumpulan penyunting dengan pendapat yang sama dan membuat "vote-stacking" (menipu dalam perbincangan supaya ada kelihatan persetujuan untuk tidak mempedulikan NPOV). Selain itu, kebanyakan templat-templat ini tidak relevan kepada aktiviti kita sebagai penyunting Wikipedia. Ia tidak penting bagi para pembaca untuk tahu bahawa pengguna ini menyokong Dr. Mahathir atau pengguna itu menentang rasisme di Wikipedia. Inilah masalah-masalah paling besar dengan "userboxes".
Pendapat saya ialah kita patut membenarkan "userboxes" yang tidak keterlaluan (contohnya, "Pengguna ini berfikir semua Yahudi patut dibunuh" atau "Pengguna ini harap akan berlaku satu kejadian Mei 13 lagi di Malaysia"; mesej-mesej ini adalah sungguh berkontroversi sehingga tidak patut dibenarkan langsung). Walaubagaimanapun, kegunaan "userboxes" tidak patut digalakkan, kerana mereka tidak begitu relevan kepada apa kita buat sebagai penyunting Wikipedia. Kita haruslah tumpu pada pengarangan rencana yang berkualiti. :D Johnleemk 15:47, 16 Mac 2006 (UTC)

Kedai kopi kurang digunakan

  • Saya lihat kedai kopi kurang digunakan untuk perbincangan. Mungkin salah satu sebabnya, pautannya dari laman utama telah dipadam. Boleh sesiapa meletakkannya kembali.
  • PM Poon mencadangkan pengunaan mudah ('liberal') dari sumber-sumber hakcipta. Bagaimanapun, disebabkan wikipedia bermatlamat menerbitkan bahan kandungan sebagai bahan cetak (rancangan masa panjang.) saya cadangkan sebarang kandungan tulisan hakcipta dielakkan sama sekali. Penulisan semula boleh dibuat bagi mengelak pelanggaran hakcipta. Berkenaan gambar, satu pengelasan perlu dilakukan agar semua kelas gambar tersebut mudah dipadamkan sekiranya ada bantahan pihak berkenaan. Sebagai contoh, semua gambar dari akhbar diletakkan tag sumber akhbar agar sekiranya ada bantahan, gambar-gambar tersebut mudah dikenal pasti dan dipadamkan. Selain itu, ini mengelakkan wikipedia bahasa lain meminjam gambar yang diciplak ini.
  • Selain itu, adalah lebih baik kita menyerap kandungan Wikipedia bahasa Indonesia berbanding mengambil bahan hakcipta terpelihara. Ini kerana ia boleh menimbulkan perasaan kurang senang. (Ambil perhatian, saya sendiri tidak pernah memindahkan bahan dari web peribadi ke wikipedia, disebabkan saya banyak menciplak bahan sehinggakan kini sukar membersihkannya.)
  • Selain itu, amalan-amalan ini adalah selaras dengan Wikipedia Inggeris. Yosri 10:43, 20 Mac 2006 (UTC)
Kita perlu membuat makna "hak cipta" jelas daluhu...sebenarnya sebarang karangan yang dilesen dibawah GFDL masih ada hak cipta. Saya rasa perkataan Inggeris yang betul untuk karya di Wikipedia adalah "copyleft"...saya tidak pasti apakah terjemahan BMnya. Saya setuju kita harus elak penggunaan karya yang hak cipta dan tidak dilesen di bawah GFDL atau lesen bebas yang lain. Mungkin kita boleh guna apakah dipanggil dalam Inggeris "fair use" untuk gambar akhbar dan macam-macam itu, tetapi ada garis panduan yang keras untuk "fair use" kerana ia merupakan sebuah konsep dalam undang-undang AS. Saya sedikit hairan apabila dimaklum ada penyunting yang menambah karya hak cipta terpelihara kepada Wikipedia. Tidakkah ada ayat dalam huruf merah yang besar yang mengatakan "JANGAN HANTAR SEBARANG KARYA HAK CIPTA ORANG LAIN TANPA KEBENARAN!" di bawah setiap laman sunting? Kenapa arahan ini tidak dipatuhi? Matlamat kita adalah menulis ensiklopedia bebas -- bukan mencuri karya orang lain dan memanggilnya bebas. Johnleemk 15:55, 20 Mac 2006 (UTC)

Hai John, pertama sekali, templat di atas yang diambil daripada Tuhan kita di Wikipedia Bahasa Inggeris adalah jelas dengan sendirinya. Adakah perbuatan kita sewaktu mengimbaskan gambar daripada surat khabar merupakan pelanggaran hak cipta? Jika jawapan anda ialah "tidak", haruskah kita menghapuskan gambar dalam kategori itu jika terdapatnya sebarang bantahan? Atau kita harus menghapuskannya seolah-olah orang tanpa otak? Betapa mendalamkah pengetahuan anda tentang undang-undang hak cipta dan prinsip-prinsipnya?

Kedua, siapakah "wikipedia" sewaktu anda mengatakan "wikipedia bermatlamat menerbitkan bahan kandungan sebagai bahan cetak". Sebagaimana yang saya tahu, Wikipedia Bahasa Melayu tidak ada kewajipan kepada Wikipedia yang lain, termasuknya Wikipedia Bahasa Inggeris.

Pada suatu masa, saya pernah menanyakan pentadbiran Wikipedia Bahasa Inggeris tentang Wikipedia Bahasa Melayu. (Saya terlupa apakah soalan saya, tetapi ia pasti masih ada dalam arkibnya (antara Jun 2005 - November 2005). Saya malas nak mencarinya sebab terlalu banyak arkib di sana. Lagipun, saya terlupa halaman bantuan yang berkenaan.) Sebagaimana yang saya ingat, pentadbiran Bahasa Inggeris mengatakan bahawa mereka "tidak ada kaitan dengan Wikipedia Bahasa Melayu, dan Wikipedia Bahasa Melayu mempunyai pentadbiran tersendiri." Oleh sebab itu, tujuan Wikipedia untuk menerbitkan bahan kandungan mereka sebagai bahan cetak langsung tidak kena-mengena dengan kita. Jangan bimbang, mereka tidak akan mencetak rencana-rencana kita, ataupun rencana-rencana di Wikipedia lain, termasuknya Wikipedia Indonesia.

Soalan kita harus merupakan "adakah kita hendak menerbitkan bahan kandungan kita sebagai bahan cetak?" Jika jawapan kita ialah "Ya!", akankah kita menerbitkan semua rencana atau cuma rencana yang telah dipilih? Sebagai sebuah portal masyarakat yang terdapatnya ramai pengguna yang menyunting secara berterusan, serta yang terbuka kepada pelaku musnah, adakah penerbitan kesemua rencana di portal ini dalam bentuk bercetak tanpa membuat pilihan merupakan sesuatu yang praktikal?

Pada waktu saya bertugas di sebuah syarikat penerbitan, saya diberitahu bahawa jika saiz gambarajah tidak sama, iaitu lebar garis lukisan gambarajah itu sudah tukar, pemilik gambarajah yang asal tidak berlayak menuntut hak ciptanya; serupa juga jika gambar itu digunting ("cropped"). Mengikut prinsip hak cipta, hak-hak cuma terhad kepada bentuk terakhir dan bukannya gagasan di belakang sesuatu karya ("final expression of the works and not the ideas involved"). Secara amnya, jika banyak masa dan usaha telah digunakan untuk mengubah suai sesuatu karya ("considerable time and effort has been expended in modifying the original work"), karya yang baru tidak melanggari hak cipta karya yang asal. Oleh demikian, jika bentuk sudah tukar, hak cipta tidak dilanggari.

Bagi saya, pengguna-pengguna Wikipedia Bahasa Inggeris kelihatan merupakan orang gila selepas peristiwa rencana fitnah baru-baru ini. Adakah kita hendak mengikut mereka? Jika sesuatu gambar tidak dibubuh teg hak cipta (walaupun sumbernya telah diberi), mereka mengecoh dan "nangis bapak nangis emak". Mengapakah hal ini tidak meliputi kandungan rencana? Bukankah banyak rencananya diciplak daripada rencana di internet, termasuk kesilapan ejaan dan sebagainya, tanpa sebarang usaha untuk membetulkannya. Mengapa mereka tak bising tentang hal itu? Berapa mendalamkah pengetahuan mereka tentang undang-undang hak cipta? Sejauh yang saya dapat tahu, mereka cuma merupakan robot. Bila ternampak satu gambar tanpa teg hak cipta, walaupun sumbernya telah diberi, mereka mengancam nak menghapuskannya. Itu sahaja.... Apa lagi mereka faham?!!!

Sebagaimana dengan undang-undang yang lain, terdapatnya banyak penyimpangan mengenai hak cipta. Umpamanya, Reader Digest mengambil hak cipta orang lain tanpa memohon keizinan. Sebaliknya, mereka "menghadiahkan" pemilik hak cipta sekeping cek sebanyak AS$500 pada suatu masa (kemungkinan, bayaran ini telah dinaikkan, kerana dah lama saya membaca tentang hal ini). Googles menciplak keseluruhan karya dalam sebuah (atau dua buah) perpustakaan yang mampu bekerjasama dengannya. Alasan Google ialah untuk memeliharakan karya-karya yang MUNGKIN akan hilang kepada kemanusiaan jika mereka tidak berbuat demikian. Adakah alasan ini munasabah kepada anda? Googles kini kena dituduh dan pengurusan Googles bertujuan mempertahankan kes ini. Adakah mereka bodoh, atau anda lebih pandai?

Hak cipta bukan sahaja bertujuan untuk memperlindungi usaha seseorang pencipta. Ia juga bertujuan untuk mengimbangkan kepentingan masyarakat dengan kepentingan pencipta. Adakah maklumat ini merupakan maklumat yang baru kepada anda, ataupun anda memang sudah lama mengetahui matlumat ini?

(P/S: Bagaimanapun, saya berasa kita harus mengamalkan penyebutan sumber serta pembubuhan teg pada semua gambar, tetapi tidak harus mengamalkan kesemua tatacara Wikipedia Bahasa Inggeris. Bagi mereka, mereka tidak suka memberikan penghargaan kepada pemilik hak cipta kerana ini merupakan suatu pengiklanan untuk pemilik itu. Mengapakah kita harus bersikap kedekut? Sememangnya, tujuan kita bukan semata-matanya hendak mengiklan untuk sesiapa, tetapi jika kita mengambil harta orang, kita harus memberi mereka sesuatu sebagai balasan.) — PM Poon 19:19, 20 Mac 2006 (UTC)


Dalam komen saya tadi, saya kata kita boleh guna imej-imej yang diteg sebagai "fair use". (Saya kata: "Mungkin kita boleh guna apakah dipanggil dalam Inggeris 'fair use' untuk gambar akhbar dan macam-macam itu".) Inilah apa yang dibuat oleh Wikipedia BI. Teg yang anda menunjuk merupakan satu teg untuk "fair use". Kedua, awak sedang cari pasal mengenai komen yang saya tidak pernah buat. Saya kata kita hendak membuat ensiklopedia bebas. Kan itu di atas kiri situ, di bawah logo? Kalau boleh, kita harus elak mengguna karya yang hak cipta orang lain tanpa kebenaran, kerana azam kita "ensiklopedia bebas". Suatu ensiklopedia bebas harus dapat diguna dan diterbit oleh sebanyak orang yang boleh -- oleh sebab itu, kita melesenkan sumbangan kita di bawah GFDL. Jika kita tak mau orang menerbit semula karya kita, kita haruslah menukar lesen yang diguna di Wikipedia ini. Kita tidak perlu mencetak Wikipedia untuk menerbitkannya semula. Ada yang dipanggil dalam BI "mirrors" -- laman web lain yang mengambil karya kami untuk laman mereka (dengan memberi penghargaan kepada kami). Ini adalah baik kerana lebih ramai orang dapat muat turun karya kita, walaupun server Wikipedia rosak atau macam-macamnya. Saya tak tau jika ada orang yang buat "mirror" untuk Wikipedia BM (saya rasa tiadalah) tetapi kita patut elak membuat hidup susah untuk orang yang mungkin buat "mirror". Kalau nak cetak Wikipedia BM juga, tidak perlulah kita yang membuatnya. Menurut GFDL, sesiapa pun boleh mencetak karya kita, tetapi penghargaan mesti diberi. Kalau kita sengaja tidak pedulikan isu-isu hak cipta, kita membuat hidup susah untuk usaha orang lain bagi mencetak atau menerbit Wikipedia BM. Mungkin tiada orang yang minat buat ini sekarang, tetapi dalam satu dekad? Dua dekad? Lebih susah nak "trace" semua imej atau karya yang hak cipta pada masa itu. "Prevention is better than cure."

Saya tidak menyokong sebahagian perkara yang dibuat oleh penyunting Wikipedia BI mengenai hak cipta, tetapi masalah di situ amat berbeza. Susah nak kawal orang muat naik imej yang jelaslah tiada kebenaran dan tidak "fair use". Selain itu, Wikipedia BI amat "high-profile" -- kalau ada masalah nanti, habislah mereka. Oleh itu, mungkin kegilaan mereka waras. Kita di sini tak perlu begitu keras, tetapi kita mesti ada standard juga. Kita harus menggalakkan budaya yang waras mengenai isu hak cipta -- kita tidak boleh mengelakkan isu atau jadi gila-gila memburu masalah hak cipta. Lebih baik fokus pada "prevention" (jangan muat naik imej yang tiada kebenaran dan tidak "fair use", jangan curi karya hak cipta tanpa kebenaran) daripada "cure" bagi kita untuk masa sekarang.

Ada sedikit lagi: Jika imej atau penulisan orang lain telah begitu diubah sehingga tak boleh tau ia diasas pada suatu karya hak cipta, ia ok. Di Wikipedia BI, saya pasti ada ramai penyumbang yang membuat ini. Tetapi jika dapat diambil tahu bahawa sesuatu karya jelaslah diasaskan pada satu karya lain (contohnya jika ada seluruh ayat dicuri tanpa apa-apa perubahan), ini bermakna karya itu sesuatu "derivative work" yang masih tertakluk di bawah hak cipta penciptanya. Mengenai Reader's Digest dan macam-macam itu, itu bukan mencuri. Pemilik hak cipta diberitahu apabila menghantar karya mereka bahawa hak cipta diberi kepada Reader's Digest. Oleh itu, ada kebenaran daripada pencipta untuk mengalihkan hak cipta kepada Reader's Digest. Ini bukan mencuri. Johnleemk 04:02, 21 Mac 2006 (UTC)


Hai John, saya tidak ingin memperdebatkan isu ini dengan anda sebab saya tidak bersetuju dengan pendirian anda, serta kerana anda cuma cakap apa yang anda hendak percaya, tanpa berdasarkan kepada fakta.
Saya cuma hendak mengatakan sedikit tentang Reader Digest. Tiada orang yang mengatakan bahawa mereka mencuri... cuma menciplak (untuk maklumat anda, terdapatnya banyak perbezaan antara "mencuri" dan "menciplak". "Mencuri" merupakan kesalahan jenayah, sedangkan "menciplak" merupakan kesalahan sivil). Adakah anda tahu tentang perbezaan antara kesalahan jenayah dan kesalahan sivil?
Adakah Reader Digest curi atau tak curi, pemilik-pemilik hak cipta masih berhak menolak wang itu (mungkin AS$500 merupakan wang yang agak banyak untuk anda, tetapi dalam dunia penerbitan, ia cuma merupakan kacang putih) dan mereka masih boleh mengambil tindak mahkamah ke atas Reader Digest.
Jika anda berasa perbuatan Reader Digest adalah tidak salah di sisi undang-undang, saya menganggap bahawa anda memang tahu tentang undang-undang yang mengatakan bahawa seseorang boleh berbuat demikian. Jika tidak, ia hanya mengesahkan pendapat saya bahawa anda suka cakap mengikut apa yang anda hendak percaya sahaja, tanpa berdasarkan kepada fakta.
Kan senang sahaja kalau kita nak ikut cara hak cipta Wikipedia Bahasa Inggeris? Kalau tiada gambar, biarkan sahaja. Bukankah ini senang sahaja di"laksanakan"? — PM Poon 05:31, 21 Mac 2006 (UTC)
Saya faham perbezaan antara undang jenayah dan undang sivil. Tetapi apakah bukti bahawa apa yang Reader's Digest buat tidak sah di sisi undang? Pencipta karya tersebut telah bersetuju untuk memberi hak cipta mereka kepada Reader's Digest. Hak cipta bukan selama-lamanya punya pencipta. Hak cipta boleh ditukar dan dialih. Awak yang sedang membuat berbagai penuduhan. Awaklah yang patut membuktikan penuduhan ini. Mana undang yang kata Reader's Digest tidak boleh menuntut hak cipta jika penyumbang dan pemilik hak cipta telah bersetuju untuk memberi hak cipta mereka kepada Reader's Digest? Sesuatu aktiviti dianggap sah di sisi undang jika tiada undang yang mengehadkan atau melarangnya.
Tetapi isu ini tidak berkait dengan isu yang sebenar dan relevan kepada Wikipedia BM -- adakah sekalangan penyunting menyumbang karya yang bukan milik mereka tanpa kebenaran? Jika jawapannya "ya", apakah kita hendak buat mengenai ini? Adakah kita akan mengeluarkan amaran untuk "JANGAN HANTAR SEBARANG KARYA HAK CIPTA ORANG LAIN TANPA KEBENARAN!" ataukah akan kita menguatkuasakan larangan ini? Johnleemk 06:13, 21 Mac 2006 (UTC)

Hai John, tidak perlulah engkau marah macam begitu. Sesuatu perdebatan yang matang memerlukan semua pihak menjawab semua isu yang dikemukakan satu demi satu. Akan tetapi sewaktu saya menjawab awal-awal tadi, engkau cuma memilih isu seperti pergi hotel makan bufet, iaitu pilih saja apa yang engkau suka makan, dan biarkan yang lain. Perdebatan yang matang bukannya begitu. Kalau begitu, saya tak nak layan kerana ia cuma membazirkan masa sahaja.

Selain daripada tidak menjawab soalan, engkau menimbulkan isu yang baru. Jika isu tentang mirror itu mustahak, mengapakah ia awal-awal tidak ditimbulkan? Bagi saya, isu mirror itu cuma ditimbulkan untuk cari gaduh saja. Adakah mirror itu amat mustahak, berbanding hal-hal yang lain?

Engkau berkata: "Pencipta karya tersebut telah bersetuju untuk memberi hak cipta mereka kepada Reader's Digest." Adakah mereka bersetuju SEWAKTU Reader Digest mengambil hak cipta mereka? Sebagaimana yang dilaporkan, mereka cuma tahu tentang hal itu sewaktu menerima cek. Reader Digest tidak memohon hak cipta lebih dahulu (Itulah sebabnya perbuatan itu dilaporkan. Kalau Reader Digest memohon untuk hak cipta dan perbuatan itu dilaporkan, saya rasa berjuta-juta rencana kena ditulis mengenai orang yang memohon hak cipta, mendapat persetujuan dan kemudian menerbitnya). Pemilik hak cipta tidak tengok pada kacang putih. Menurut laporan itu, mereka berasa ini adalah suatu perbuatan yang bermanfaat kepada kedua-dua pihak, iaitu pemilik hak cipta juga mendapat pendedahan karya mereka di dalam Reader Digest yang mempunyai ramai pembaca.

Okaylaaaa.... kalau engkau betul-betul nak memperdebatkan isu-isu itu, baliklah kepada jawapan saya yang pertama, dan jawab satu demi satu tentang isu yang saya menimbulkan. Kalau tidak, saya tidak akan melayan engkau lagi. Tak kan anjing menyalak, saya nak sibuk? — PM Poon 19:36, 21 Mac 2006 (UTC)

PM Poon, rasanya menurut Johnleemk adalah Anda perlu terlebih dahulu menunjukkan bukti bahwa Reader's Digest mengambil hak cipta pencipta karya tanpa persetujuan dan hanya memberikan wang. Hayabusa future 23:51, 21 Mac 2006 (UTC)

Hayabusa, adakah keperluan bahawa saya "perlu terlebih dahulu menunjukkan bukti" ini ditetapkan oleh undang-undang, ataupun keperluannya? Berdasarkan keperluannya, bolehkah saya menganggap bahawa dia juga akan mengemukakan buktinya untuk kenyataan: "Pencipta karya tersebut telah bersetuju untuk memberi hak cipta mereka kepada Reader's Digest."? serta kenyataan-kenyataan lain yang dibuat olehnya?

Hayabusa, kalau kamu bijak, jangan campur tangan. Saya pun tidak ada niat nak membazir masa tentang hal ini. Baik saya gunakan masa ini untuk menterjemahkan rencana. Kan saya dah awal-awal bagi dia satu bukti tentang hak cipta surat khabar? Adakah dia mengemukakan buktinya untuk pendirian bahawa "semua gambar dari akhbar diletakkan tag sumber akhbar agar sekiranya ada bantahan, gambar-gambar tersebut mudah dikenal pasti dan dipadamkan"??????? Dia cuma tahu tanya saja. — PM Poon 02:01, 22 Mac 2006 (UTC)

Sekali lagi, awak telah mencari pasal mengenai komen and pendirian yang saya tidak pernah membuat. Boleh awak tunjuk saya di mana saya kata tujuan templat ini adalah untuk memudahkan proses untuk imej ini "dipadamkan"? Saya rasa orang yang awak harus membincang isu-isu ini dengan adalah Yosri, bukan saya. Dan jika ada bantahan, ini bukan lagi isu kita sahaja di Wikipedia BM. Ini menjadi isu bagi organisasi yang memilik server Wikipedia, iaitu Wikimedia Foundation. Mereka ada peguam yang sukarela memberi nasihat mengenai isu seperti ini. Saya betul-betul ragu ada seseorang di mana-mana Wikipedia akan terus memadamkan mana-mana imej hanya kerana seseorang membuat bantahan. Orang yang membuat bantahan mesti membukti kes mereka terdahulu. Untuk kembali pada topik tadi, tujuan templat akhbar adalah untuk memudahkan proses bagi penerbit (jika ada) untuk mengambil keluar mana-mana imej yang tidak sesuai bagi penggunaan mereka (contohnya jika mereka betul-betul enggan menerbit imej yang tiada izin daripada pemilik hak cipta). Penerbit ini tidak semestinya penyumbang kepada mana-mana Wikipedia. Inilah tujuan GFDL -- untuk membuat penggunaan dan penerbitan semula karya lebih biasa diamalkan. Selain itu, kegunaan templat yang mengandungi pertahanan penggunaan imej tersebut adalah sesuatu perkara yang baik, kerana ia dapat menjawab sebahagian pembantahan (jika ada). Kalau boleh, kita harus mengelakkan membuat penerbit semula susah-payah, atau membuat lebih kerja untuk kita sendiri dengan menjawab bantahan yang boleh dijawab dengan mudah. Betul, jika amalan ini akan membuat kita begitu susah-payah, mungkin lebih baik kita elak meletak templat pada imej-imej. Tetapi adakah ini begitu susah?
Dan bagi isu Reader's Digest yang saya rasa kurang relevan, cetakan Reader's Digest yang saya ada (pada muka surat mengenai cara menghantar penyumbangan) menyatakan bahawa semua penyumbangan yang diterbit dalam Reader's Digest akan dimilik hak ciptanya oleh Reader's Digest. Mungkin kes yang awak membincangkan berlaku sebelum (atau menyebabkan) Reader's Digest meletak pernyataan ini dalam majalah mereka.
Saya tidak faham tuduhan awak bahawa saya sengaja mengelak beberapa pertanyaan awak, PM Poon. Beberapa persoalan awak adalah kurang relevan pada isu yang kita sedang membincangkan; contohnya persoalan mengenai pencetakan Wikipedia BM tidak relevan kerana (pada pendapat saya) tiada kemungkinan kita, penyumbang kepada Wikipedia BM, akan mencetak Wikipedia BM. Walau bagaimanapun, oleh kerana GFDL, sesiapa yang mengikut arahan lesen ini boleh menerbit semula Wikipedia. Oleh itu, kebanyakan persoalan awak (contohnya, soalan mengenai pemilihan rencana untuk pencetakan) tidak relevan.
Mengenai "mirror", ya, saya rasa isu ini mustahak. Saya menyumbang kepada Wikipedia kerana saya ingin menyumbang kepada sesebuah projek yang matlamatnya menyebar dengan luas semua pengetahuan manusia. Wikipedia dengan sendirinya tak boleh diharap menerbit ensiklopedia. Oleh itu, penyumbangan para penyunting Wikipedia dilesen di bawah GFDL, supaya sesiapa yang berminat dan ada kebolehan untuk menerbit semula Wikipedia (sama ada dalam bentuk mirror ataupun bentuk kertas/buku) boleh membuatnya. Contohnya, sebuah syarikat swasta telah menerbit semula Wikipedia Jerman dalam bentuk CD. Pada pendapat saya, kita tidak patut sengaja menghalang usaha-usaha seperti ini tanpa sebab yang bagus (contohnya, kurang sumber manusia untuk menteg imej atau terlalu susah menteg imej).
Saya tidak pernah kata ini patut menjadi prioriti nombor satu kita. Tetapi kalau boleh, kita harus elak membuat susah bagi penerbit dan pengguna semula Wikipedia. Sekurang-kurangnya, kita harus menggalakkan penyumbang Wikipedia menyumbang karya sendiri daripada meniru rencana daripada laman web lain dan menguatkuasakan notis di setiap laman menyunting yang melarang penyunting daripada hantar karya hak cipta tanpa kebenaran. Mengenai imej, seperti saya kata, kita tidak perlu pergi gila-gila memburu imej yang haram, tetapi kita harus menggalakkan penyumbang untuk muat naik imej yang bebas. Ada beberapa sumber untuk imej bebas sekarang seperti LensaMalaysia dan blog Jeff Ooi, yang kedua-duanya dilesen di bawah lesen Creative Commons yang bebas dan amat semacam dengan GFDL. Johnleemk 16:52, 22 Mac 2006 (UTC)

Hai John, saya baru mendapati kesilapan saya mengenai kenyataan "semua gambar dari akhbar diletakkan tag sumber akhbar agar sekiranya ada bantahan", sewaktu hendak menyalin ayat itu daripada kotak suntingan. Kekeliruan saya tertimbul kerana jawapan anda kepada Yosri tidak mempunyai ruang kosong atau pemisah seolah-olah kesemua pesanan Kedai kopi kurang digunakan itu ditulis oleh anda. Bagaimanapun, Yosri tidak bergaduh dengan saya. Sewaktu saya menjawab, anda juga tidak mengatakan bahawa bukannya anda yang mengatakannya sehingga sekarang. Oleh itu, jawapan anda kepada kesilapan saya mengikat anda kepada pendirian anda. Baik kita mengecualikan Yosri daripada pergaduhan yang bodoh ini.

Kalau anda masih nak meneruskan "perdebatan" ini, baik kita balik ke jawapan saya yang pertama dan bermula dari sana, dengan pemeriksaan setiap perkataan, satu demi satu dengan teliti seperti peguam. Janganlah jadi hakim sendiri, umpamanya, mengatakan itu tak relevan, ini tak relevan.... kalau anda nak saya mempertahankan mengapa saya menganggap ia adalah relevan, saya akan berbuat demikian. Dalam sebuah perdebatan, jika anda menjadi hakim juga, adakah anda dapat menjadi hakim yang berkecuali? — PM Poon 17:28, 22 Mac 2006 (UTC)


Tetapi kebanyakan persoalan awak memang kurang relevan kepada perbincangan kita mengenai isu hak cipta. Seperti saya menjelaskan, saya tidak percaya kita akan dapat menerbitkan atau mencetak Wikipedia dengan sendiri. Kita hanya membuat ensiklopedia; tugas pemilihan rencana dan macam-macam itu adalah tugas orang atau organisasi yang hendak menerbit semula Wikipedia, yang saya rasa bukan akan jadi kita. Oleh itu, soalan ini bukan sahaja kurang relevan kepada isu yang dibincangkan tetapi juga tidak boleh atau patut dijawab oleh saya. Saya tidak kata saya ingin mencetak Wikipedia. ;-) Saya rasa semua lagi isu yang awak menyebut tadi telah dijawab oleh saya. :) Johnleemk 17:54, 22 Mac 2006 (UTC)


Hai John, pendirian saya sama saja dengan anda dari segi pencetakan Wikipedia. Kekadang, kita harus bersikap realistik.

Memangnya segala hal dalam dunia adalah mungkin (possibility), tetapi apakah probabilitinya (probability)? Memang ada kemungkinannya bahawa saya dapat memang loteri pada bulan hadapan. Tak kan saya nak merancang untuk kejadian itu, ataupun menghabiskan wang saya dengan harapan bahawa wang hadiah yang berjuta-juta akan datang? Ada kemungkinan juga bahawa saya terbunuh dalam kemalangan di lebuh raya pada tahun ini. Tak kan saya nak beli keranda dulu? Kita harus tengok probabiliti sesuatu peristiwa. Kalau probabiliti itu amat kecil, ataupun tidak dapat dijangka, baik jangan buang masa.

"Rencana Minggu Ini" di Portal Masyarakat merupakan suatu ciri yang amat bagus kerana ia dapat membela sikap bekerjasama antara pengguna-pengguna di kalangan komuniti Wikipedia Bahasa Melayu. Ia juga dapat menghasilkan sekumpulan rencana yang betul-betul cemerlang kerana setiap pengguna mempunyai kekuatan dan kelemahan masing-masing. Akan tetapi sejak Khairul Khalid memaparkan rencana "Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu" pada 13 Julai 2004 sehingga hari ini, rencana itu tidak menerima sebarang sokongan yang memuaskan.

Saya baru siap menterjemahkan rencana itu daripada versi Wikipedia Bahasa Inggeris dengan penyesuaian mengikut budi bicara saya. Saya telah membahagikan rencana itu menjadi dua rencana kerana versi bahasa Inggeris terlalu panjang, dan ada juga bahan-bahan yang saya anggap harus dimasukkan dalam rencana utama tetapi tidak didapati dalam rencana utama Bahasa Inggeris. Bagaimanapun, penguasaan bahasa Melayu saya tidak mencukupi untuk menganggap mana-mana satu rencana yang saya menulis sebagai rencana yang benar-benar boleh dianggap siap.

Jika kita di sini yang kini mempunyai 2,527 pengguna berdaftar (tanpa mengira ramai lagi yang tak mendaftar) tidak dapat mengarang cuma SATU buah rencana bersama-sama walaupun 20 bulan sudah lalu, apa lagi kita nak fikir tentang penerbitan rencana-rencana dalam versi bercetak.

Sebagaimana yang saya telah memberitahu, saya pernah bertugas di sebuah syarikat penerbitan yang utama di Malaysia. Penerbitan sebuah buku bukan sesuatu yang senang untuk profesional, apa lagi bagi orang yang tidak berpengalaman. Spesifikasi untuk reka letak setiap halaman amat tetap, dan bukannya "chin-chai, chin-chai" seperti yang kami kini mengamalkan. Lagipun, kos permulaan bukannya sedikit wang. Siapakah yang hendak membiayai kos permulaan yang terdiri daripada filem-filem, color separation, dan sebagainya, tanpa mengira lagi kos percetakan. Siapakah yang hendak bertanggungjawab kepada kerugian kalau buku itu tidak mencapai jualan yang memuaskan?

Walaupun penutur bahasa Melayu dikatakan di lingkungan 200-300 juta, mengapakah kekadangnya kelihatan cuma saya seorang sahaja di dalam portal ini (jika dilihat daripada "Perubahan Terkini"? Tetapi sekarang, dah ada beberapa orang gila macam saya, hehehe..... Emrrans, Master2841, Che090572, Polar, dan sebagainya). Jika penutur bahasa Melayu berjumlah 200-300 juta, mengapakah kita cuma mendapat 2,527 pengguna pendaftar walaupun portal kita ini hampir tiga tahun?

Janganlah harap apa-apa bantuan daripada Wikipedia Bahasa Inggeris, selain daripada memberi nasihat sekali sekala. Pertama, mereka tidak faham tentang bahasa Melayu. Kedua, bukan kita sahaja yang merupakan Wikipedia bahasa lain untuk mereka. Terdapat banyak lagi. Tak kan mereka nak membantu setiap Wikipedia bahasa lain untuk menerbit rencana dalam versi cetak? Mereka juga merupakan penyumbang suka rela, dan bukannya pekerja berbayar.

Okaylaaaa, sebelum saya tamatkan pesanan ini, saya hendak meminta maaf daripada anda kerana salah faham saya. Kesemua kesulitan amat dikesali. — PM Poon 19:42, 22 Mac 2006 (UTC)


Hummm... Nampaknya Kedai Kopi semakin sibuk. Tetapi agak lari dari topik. Bagaimanapun saya ingin mengulas kembali penerangan saya sekiranya tidak jelas.

  1. Pentakbiran Wikipedia Melayu tidak berkait dengan Wikipedia Inggeris. Saya tidak pernah bertanyakan hal pentakbiran dengan Wikipedia Inggeris, hanya sokongan teknikal.
  2. Wikipedia Melayu ingin berkembang menjadi ensiklopedia yang besar. Bagaimanapun, kini ia menumpang Wikipedia Inggeris, dengan itu sekiranya Wikipedia Melayu berkembang di masa hadapan, terdapat kemungkinan kita akan disuruh menyumbang membayar kos pentakbiran / paling kurang kos sumber seperti talian dll. Saya memikirkan pengeluaran bahan cetak ketika itu dapat menampung kos-kos tersebut. Ini tidak dapat dilakukan sekiranya kita tidak dapat mengenal pasti, yang mana bahan bebas dan yang mana bahan dengan hakcipta terpelihara orang lain di dalamnya.
  3. Penerbitan buku kini adalah lebih mudah, terutamanya dengan pencetakan digital. Oleh kerana Wikipedia terdapat dalam bentuk salinan lembut, hanya hantar dan bayar. Tidak perlu terlalu bimbangkan hal-hal tersebut.
  4. Contoh Readers Digest tidak dapat kita gunakan kerana kita tidak ada duit nak bayar. Jadi contoh tersebut tidak sesuai.
  5. Terdapat banyak gambar bebas hakcipta. Saya tidak menggalakkan penggunaan gambar akhbar / sumber hakcipta lain kecuali GFDL, Common Creativity dan sebagainya. Tetapi sekiranya masih ingin digunakan, perlu diletakkan tag. Ia bukannya larangan tetapi bagi memudahkan mengesan gambar yang mempunyai hakcipta/ ciplak. Sebagai contoh sekiranya sebuah syarikat meletakkan notice, "Kami dapati anda menggunakan gambar-gambar dari syarikat kami. Kami menawarkan lesen RM5,000 bagi pengunaan gambar kurang daripada 5,000 keping, ataupun RM 10,000 bagi melebihi 5,000 keping. Sila buat pembayaran dalam tempoh 2 bulan ataupun sila keluarkan gambar-gambar syarikat kami dari laman tuan dalam tempoh 2 bulan." Persoalannya, macam mana nak padam gambar syarikat tersebut kalau tiada tag.
  6. Kesemua saranan yang diberikan adalah untuk memudahkan pentakbiran di masa hadapan. Bukannya saya suka menyusahkan tetapi kita perlu mempunyai perancangan masa panjang.
  7. Saya kini cuba menumpukan membersihkan Wikipedia Melayu daripada perkataan Inggeris. Sekarang cuba membersihkan mesin taip dan laser. Jadi, mungkin kurang membantu dalam rencana lain buat masa ini.

Semoga penjelasan ini dapat membantu anda semua menyumbang dengan lebih baik kepada Wikipedia. Yosri 00:40, 23 Mac 2006 (UTC)

Pendapatan saya

Hummm... nampaknya saya bukan saja kena lebih berhati-hati, tetapi kena juga tenang sikit, hahaha. Untuk mengelakkan segala kekeliruan, saya akan cuba mengemukakan pendapat saya satu demi satu mengikut susunan Yosri:

1. Pentakbiran Wikipedia Melayu tidak berkait dengan Wikipedia Inggeris. Saya tidak pernah bertanyakan hal pentakbiran dengan Wikipedia Inggeris, hanya sokongan teknikal.

Kenyataan ini memang betul, dan menimbulkan beberapa implikasi mengenai cara dan gaya pentadbiran portal ini. Oleh sebab kita adalah bebas, dan tidak dikuasai oleh mana-mana satu pihak, maka kita dapat menyesuaikan sistem pentadbiran kita mengikut keperluan, serta batas keupayaan kita. Umpamanya, kita tidak perlu menggunakan sistem en:Wikipedia untuk mencalonkan "rencana pilihan" (walaupun sistem mereka adalah bagus daripada segi demokrasi pengguna) kerana pada masa ini, kita masih tidak mempunyai pengguna yang minat dengan ciri itu (selain daripada Emrrans dan pasukannya). Bagaimanapun, kita harus memperkembangkan suatu sistem tersendiri untuk ciri "rencana pilihan" dan mencatatkannya dalam tulisan, iaitu sebagai rencana garis panduan, supaya kesemua pengguna akan faham tentang sistem yang diamali untuk ciri ini. Walaupun tanggungjawab ini jatuh pada pasukan yang diketuai oleh Emrrans, mereka boleh memperoleh bantuan daripada sesiapa yang sudi menyumbang.

2. Wikipedia Melayu ingin berkembang menjadi ensiklopedia yang besar. Bagaimanapun, kini ia menumpang Wikipedia Inggeris, dengan itu sekiranya Wikipedia Melayu berkembang di masa hadapan, terdapat kemungkinan kita akan disuruh menyumbang membayar kos pentakbiran / paling kurang kos sumber seperti talian dll. Saya memikirkan pengeluaran bahan cetak ketika itu dapat menampung kos-kos tersebut. Ini tidak dapat dilakukan sekiranya kita tidak dapat mengenal pasti, yang mana bahan bebas dan yang mana bahan dengan hakcipta terpelihara orang lain di dalamnya.

3. Penerbitan buku kini adalah lebih mudah, terutamanya dengan pencetakan digital. Oleh kerana Wikipedia terdapat dalam bentuk salinan lembut, hanya hantar dan bayar. Tidak perlu terlalu bimbangkan hal-hal tersebut.

Sesiapa yang mengharap-harapkan bahawa sebuah buku PASTI memberikan keuntungan cuma mencari kesusahan. Aspek pengeluaran (production) buku cuma merupakan satu aspek dalam pelancaran mana-mana satu buku. Aspek yang paling besar ialah pemasaran (publisiti, pengiklanan, dan penyedaran) kedudukan kewangan, termasuknya pemungutan. Sememangnya risikonya tidak setinggi dengan penerbitan filem, tetapi tidak sangat jauh juga.

Masalah pemungutan

Sememangnya, invois mengatakan bahawa kedai-kedai harus membayar dalam tempoh 30 hari. Tetapi mana satu kedai yang akan mengikut? Lagi besar kedai itu, lagi lambat bayarannya! hehehe. Kalau tak percaya, cuba tanya orang dalam pasaran. Kalau tiada kewangan yang kukuh, jangan jual kepada supermarket-supermarket dan Seven Eleven. Kau cuma cari mati, hehehe. Kalau nak buat cash flow projection, tambahlah satu kosong pada akhir tempoh kredit (credit term) menjadi 300 hari.

Sebab itulah, pandangan saya tidak sama dengan ramai orang di Wikipedia, baik di sini atau di en:Wikipedia. Ramai pengguna Wikipedia selalu berpendapat bahawa undang-undang sivil akan memperlindungi pemilik. Memang betul KALAU ("kalau" dalam huruf besar serta tebal) anda menggajikan peguam. Jika sesuatu kes bukannya kes jenayah, kerajaan tidak akan peduli.

Kemungkinannya, kes-kes cetak rompak CD menimbulkan sedikit kekeliruan kerana ia merupakan satu penyimpangan. Walaupun kes tersebut sepatutnya merupakan kes sivil, kerajaan Malaysia telah ditekan kuat oleh Amerika Syarikat sehingga terpaksa mengambil tindakan keras. Cubalah sewa rumah anda kepada penyewa dan tengok apa yang akan terjadi sewaktu penyewa itu tidak membayar anda enam bulan, dan merosakkan rumah anda sebelum melarikan diri! Bila anda pergi berjumpa peguam, seringnya dia akan menasihatkan anda jangan mengambil tindakan kerana tidak bermanfaat. Tak perlulah saya memperincikan lagi sebab nanti jawapan ini terlalu panjang.

Adalah amalan dalam industri penjualan buku bahawa kedai-kedai cuma akan membayar anda sewaktu mereka hendak membuat pesanan baru (iaitu selepas mereka menjual buku anda, jika anda cuma mempunyai sebuah buku sahaja), biarkan apa yang dikatakan dalam invois. Jika anda tidak berpuas hati, ambillah buku anda balik. Lagipun, jika anda hendak tempat yang utama dalam kedai buku, bayarlah wang untuk keutamaan (kecuali anda telah membuat banyak promosi, dan buku anda berpotensi menjadi buku laris. Dalam bidang pengiklanan, RM100,000 seolah-olah mencuba mengisikan kolam (tak usah membawa masuk "laut") dengan seketul batu, hehehe). Banyak lagi boleh diceritakan tentang aliran tunai. Banyaknya perniagaan yang amat beruntung telah mati kerana aliran tunai, bukannya kerana tidak ada keuntungan.

Masalah proses pengeluaran

Pencetakan buku merupakan proses yang paling senang kerana untuk penerbit, dia tidak perlu membuat apa-apa kecuali membayar wang sahaja. Terdapatnya banyak pekerjaan sebelum menghantarkan filem kepada penerbit.

Sememangnya, teknologi telah memudahkan proses pengeluaran buku. Bagaimanapun, taraf internet dan taraf yang diharapkan oleh pembaca dalam versi bercetak amat berbeza. Siapakah yang hendak menjadi penyunting, iaitu penyunting setaraf dengan penyunting profesional dalam industri penerbitan buku bercetak, bukannya penyunting Wikipedia, hehehe. Siapakah yang hendak memilih dan menyusun rencana-rencana untuk penerbitan? Tak kan semua rencana kita taruh sahaja? Dalam versi buku yang bercetak, adakah kita biasa melihat ejaan atau struktur ayat yang salah? Tidak kan, kecuali daripada penerbit ayam. Proses menyunting melibat sekurang-kurang dua orang, iaitu editor, dan subeditor profesional yang bertugas setiap hari secara sepenuh masa untuk berbulan-bulan, selain daripada pengurus penerbitan yang juga akan menyemak dan meluluskan buku untuk difilemkan. Dengan kata yang lain, semak, semak dan semak!!!

Banyak lagi nak diceritakan, tetapi jawapan ini dah terlalu panjang. Yang saya hendak mengatakan ialah pencetakan bukan semudah seperti yang dibayangkan oleh Yosri. Sesuatu penerbit yang cuma mempunyai satu buku sahaja dan mengharap-harapkan buku itu berjaya mengambil risiko yang lebih tinggi daripada membuat pertaruhan di padang perlumbaan kuda, hehehe.

Cadangan saya

Bagi saya, saya berasa bahawa kita haruslah sentiasa bergantung kepada sumbangan dana, dan tidak melibatkan diri dalam sebarang perniagaan. Wikipedia bahasa Inggeris mungkin boleh berjaya kerana mereka mempunyai sumber-sumber yang amat kukuh, bukannya daripada segi kewangan tetapi juga daripada segi jumlah pengguna SERTA pembaca yang mungkin akan membeli versi bercetaknya. Bagaimanapun, sikap orang barat berlainan daripada sikap orang timur. Adakah sesiapa yang sudi menanggung tanggungjawab itu dan menghabiskan masa sekurang-kurangnya enam bulan ataupun lebih setiap malam sehingga kekadang tak tidur? Dan mengatasi masalah tidak habis-habis selepas buku itu dicetak? Janganlah buat separuh sahaja kerana ini pasti mengakibatkan bankruptcy.

Untuk kita memperoleh sumbangan dana, kita harus membuktikan bahawa kita benar-benar wajar diberikan sumbangan. Adakah taraf pencapaian kita setakat ini memberi manfaat yang berkesan kepada masyarakat? Bagi saya, kita cuma merupakan seorang kanak-kanak yang sedang bertatih-tatih. Jika kita dapat mencapai matlamat sebagai sumber bahan-bahan bahasa Melayu yang utama dalam talian (tidak perlulah menjadi No. 1), maka kita mungkin boleh dapat sumbangan daripada kerajaan Malaysia ataupun yayasan-yayasan di negara ini. Kan ini lebih realistik?

Ini cuma merupakan pendapat saya sahaja. Mungkinnya, saya silap. Saya harap Yosri dapat membuktikan bahawa saya benar-benar silap, hehehe.

4. Contoh Readers Digest tidak dapat kita gunakan kerana kita tidak ada duit nak bayar. Jadi contoh tersebut tidak sesuai.

Terdapatnya salah faham tentang tujuan saya sewaktu saya mempergunakan contoh itu. Saya cuma hendak membuat suatu kenyataan sahaja, iaitu, "Reader's Digest pernah melanggari undang-undang hak cipta dengan amalan mengambil hak cipta orang tanpa memohon kebenaran LEBIH DAHULU." Itu sahaja. Maksud saya ialah kita harus menggunakan budi bicara kita terhadap pematuhan undang-undang hak cipta, dan bukan menghuraikan undang-undang seperti membaca kitab. Seperti yang diterangkan di atas, terbanyaknya banyak penyimpangan antara peruntukan undang-undang dan apa yang diamalkan dalam dunia yang benar.

Jawapan ini sudah terlalu panjang. Banyak lagi hendak saya mengatakan mengenai hak cipta gambar tetapi rasanya buang masa juga, kerana dah banyak kali saya mengemukakan pandangan saya. Bagaimanapun, saya akan memberi pandangan saya tentang perkara 5-7 dalam pesanan kemudian. — PM Poon 12:41, 23 Mac 2006 (UTC)

Tidak faham akan rasional untuk versi Wikipedia bercetak

Sebenarnya, saya tidak faham akan rasional Wikipedia Bahasa Inggeris untuk mengeluarkan versi bercetak. Bukankah ini merupakan satu langkah ke arah belakang?

Kan internet merupakan format ataupun wadah (platform) yang terbaik untuk jenis ensiklopedia? Bukan sahaja ia mudah dikemaskinikan, siapakah yang akan membeli satu set pada hari ini untuk mengambil ruang dalam rumah, biarkan pelaburan yang amat besar. Jika ensiklopedia itu mempunyai liputan yang mencukupi, ia akan mempunyai sekurang-kurangnya 20 jilid. Kalau kosnya RM100 sejilid, maka saya kena menforkukan (hehehe, hak cipta terpelihara!) RM2,000. Lagipun, siapa nak baca ensiklopedia seperti membaca novel? Kan kita cuma merujukkan kepadanya sewaktu kita ada sesuatu yang kita hendak mendapat matlumat? Akankah kita menggunakannya kalau matlumat yang diperlu itu merupakan maklumat yang amat mustahak? Tidak, kan? Sesiapa yang menggunakan matlumat dalam Wikipedia seperti menggunakan matlumat dalam Ensiklopedia Britannica itu kena pergi doktor memeriksa otak. Bahan-bahan di sini cuma boleh digunakan sebagai panduan; mungkin matlumat itu betul, mungkin juga ia salah. Pendek kata, tengok nasib laaa, hehehe. Apakah kita boleh menjangka daripada portal masyarakat yang terdiri dari penyumbang-penyumbang sukarelawan yang termasuk golongan pelaku musnah profesional?

Bolehkah ensiklopedia dijual dalam buku kedai tanpa menggunakan penjual-penjual untuk mendesak orang membelinya? Mengapakah Ensiklopedia Britannica tidak terdapat dari mana-mana satu kedai buku, termasuknya Popular dan MPH? Mungkinnya, kedai-kedai itu pun tidak mahu menerimanya sebab mereka tahu jualannya (takeoff) adalah amat lambat berbanding buku-buku yang lain. Dengan kata yang lain, kita kena menubuhkan sebuah syarikat jualan langsung (direct selling company) dengan Mohamed Yosri bin Mohamed Yong sebagai Ketua Pegawai Eksekutif tanpa gaji yang pertama, hehehe. Mungkin Yosri pun tak nak jawatan itu, biarkan orang lain.

Siapakah pesaing kita sewaktu kita mengeluarkan versi bercetak? Apakah USP (unique selling proposition) kita, iaitu mengapakah pelanggan akan membeli ensiklopedia kita berbanding ensiklopedia lain, umpamannya Ensiklopedia Britannica? Saya berasa kita cuma boleh bersaing dari segi kos. Tak kan mutu rencana daripada sukarelawan boleh menewaskan profesional-profesional yang digajikan oleh Ensiklopedia Britannica dan ensiklopedia yang lain? Bagaimanapun, saya berasa kos tidak merupakan kriteria yang terpenting dalam keputusan membeli ensiklopedia. Keyakinan kepada kandungannya adalah jauh lebih mustahak. Lagipun, kekadang orang membelinya bukan untuk membaca. Ia sering dipergunakan untuk menghiasi bilik tetamunya supaya dapat memberi tetamu tanggapan bahawa dia bukan sahaja terpelajar, tetapi kaya juga, hehehe. Dalam kes itu, lebih mahal, lebih bagus. Ada orang membeli kereta bukan kereta itu bagus sahaja, tetapi kerana kereta itu mahal. Produk-produk seumpama ini digelarkan "prestige goods". Adakah ensiklopedia merupakan barangan keperluan ataupun barangan prestij? Bagi saya, ia tetap merupakan barangan prestij.

Adakah matlamat untuk mendapat keuntungan daripada jualan bahan-bahan Wikipedia sepadan dengan wawasan Ensiklopedia sebagai sebuah ensiklopedia bebas? Tidak! kecuali ia dijual tanpa keuntungan!

Sebagai kesimpulan:

  • Matlamat untuk mencapai keuntungan berlanggar dengan matlamat Wikipedia yang asal.
  • Sebagai karya semata-mata untuk rujukan sahaja, wadah internet adalah wadah yang paling baik untuk ensiklopedia, berbanding versi bercetak.
  • Tiada banyak orang akan membeli ensiklopedia pada hari ini kerana ia mengenakan pelaburan yang agak besar, dan terdapatnya pilihan yang lain untuk memperoleh matlumat yang percuma dalam internet.
  • Jika kita mencetaknya, kita harus menubuhkan sebuah syarikat jualan langsung.
  • Oleh sebab kita hanya dapat bersaing dengan ensiklopedia lain dari segi kos sahaja, dan kos bukannya kriteria yang terpenting, maka probabiliti untuk bergagal adalah amat besar. (Dengan kata pendek, kita harus menyediakan tempat persemadian (just in case, hehehe), khususnya kerana usaha ini mempunyai risiko yang terlalu tinggi).
  • Jika Wikipedia Bahasa Inggeris berjaya dalam pencapaian mereka, ini tidak bermakna kita akan berjaya juga. Mungkin kita akan lagi berjaya, mungkin kita akan mati pada tepi jalan, hehehe. — PM Poon 14:47, 23 Mac 2006 (UTC)

Perlu di fahamkan bahawa edisi percetakan adalah satu perancangan masa hadapan, tidak semestinya berlaku dalam tempoh 2 - tahun lagi. Ia bertujuan memberi peluang kepada mereka yang tidak mempunyai capaian Internet untuk mendapatkan ilmu yang setanding dengan mereka yang mempunyai capaian. Sekiranya dalam tempoh itu, buku tidak lagi dijual, kita tidak lagi perlu menimbangkannya.

Pada masa sekarang Wikipedia Inggeris sedang kearah tersebut, dan sekiranya berjaya model perniagaan yang sama boleh kita gunakan. Walaupun tanpa model perniagaan mereka, kita masih mampu menggunakan model perniagaan lain. Bagaimanapun, contoh penerbitan yang sedang saya pertimbangkan adalah seperti berikut.

Penerbitan ditekankan kepada rencana khusus, contohnya "Mengenali Mesin Taip", "Sejarah dan kegunaan laser dalam kehidupan seharian.". Percetakan digital tidak memerlukan kita menyimpan stok yang banyak. Kita boleh mengambil tempahan sebulan sekali dan membuat pesanan sekali sebulan. Jualan boleh disasarkan berasaskan moto "Menyumbang sambil membeli.", pembelian anda dianggap menyumbang kepada keseimbungan Wikipedia Bahasa Melayu.

Pada tahap tersebut, saya menjangkakan terdapat komiti Wikipedia bahasa Melayu yang akan menyelenggarakan pentakbiran, samaada mengumpul sumbangan dana dan cara lain mendapatkan dana seperti mencetak buku. Kesemua ini tidak mungkin sekiranya pencemaran bahan hak cipta terpelihara berlaku secara besar-besaran. Selain itu penciplakkan (mengambil tanpa kebenaran) adalah penghinaan kepada penulis asal. Semoga kesemua faham rancangan masa panjang ini dan akan mengelakkan pencemaran bahan hak cipta terpelihara. Yosri 00:47, 24 Mac 2006 (UTC)


Hmmmm.... tak paham lagi laaaa. "Ia bertujuan memberi peluang kepada mereka yang tidak mempunyai capaian Internet untuk mendapatkan ilmu yang setanding dengan mereka yang mempunyai capaian" dan "Jualan boleh disasarkan berasaskan moto "Menyumbang sambil membeli."" kelihatan melanggar! Bolehkah orang yang tidak mempunyai capaian Internet menyumbang?

Bagaimanapun, tak apa, saya tengok saje laaa. — PM Poon 02:03, 24 Mac 2006 (UTC)


Nampaknya, Wikipedia Bahasa Inggeris hendak mengikut Jack Canfield dalam siri "Chicken Soup", iaitu mendapat pengarang bodoh untuk menyumbang tanpa berbayar, kemudian menerbitkannya dan menjadi jutawan. Nak ke saya menjadi penyumbang bodoh? Rasanya, saya tidak hendak diperalatkan. Bye, bye then, hehehe — PM Poon 02:32, 24 Mac 2006 (UTC)


Nampaknya perbincangan ini sungguh hangat :)

  • Saya kira isu utama adalah penggunaan gambar. Soalan saya, adakah gambar tersebut sangat penting kepada rencana berkenaan? Memanglah rencana itu nampak lebih menarik, tapi adakah kualiti rencana itu akan jatuh menjunam jika tiada gambar?
  • Saya tak pasti adakah idea menerbitkan Wikipedia cetak sesuatu yang bagus. Sebabnya dah dinyatakan di atas. Tapi saya menyokong jika ada versi elektronik seperti CD.
  • Jangat terkejut. Dah ada orang yang menerbitkan semula ensiklopedia kita ini. Sila lihat Wikipedia:Cermin dan bayangan.
  • Berkenaan kos, setahu saya, jika seseorang itu menderma, tidak ada pilihan untuk dia menderma kepada Wikipedia Bahasa Melayu sahaja. Setiap sumbangan kepada Yayasan Wikimedia digunakan untuk apa yang perlu, untuk semua projek tanpa mengira bahasa.

...Aurora... 03:04, 24 Mac 2006 (UTC)


  1. Sebagaimana dijelaskan Wikipedia Melayu tidak mempunyai kaitan dengan Wikipedi Inggeris. Dengan itu, sekiranya Wikipedia Melayu maju sehingga menggunakan sumber talian dan storan yang tinggi, terdapat kemungkinan, Wikipedia Melayu akan diminta memberikan sumbangan (tidak semestinya akan berlaku.)
  2. Sebagai contoh, buku mengenai rencana "mesin taip" dijual. Keuntungannya tidak melanggar syarat Internet, kerana ia digunakan bagi membiayaan laman Internet yang masih percuma, dan kandungannya masih bebas (bebas ada dalam Internet tanpa perlu membeli buku tersebut.)
  3. Jika merasa bodoh menyumbang percuma dan orang lain menjualnya, sila teliti kembali lesen GFDL. Ia tidak melarang bahan ini digunakan, dengan syarat bahan lain dalam terbitan itu secara automatik menjadi dilesenkan di bawah GNU. Lihat http://www.gnu.org/copyleft/fdl.html
  4. Penerbitan buku hanya contoh. Maksud saya, ia membabitkan sebarang penyebaran melalui buku, cdrom, muat turun dan lain-lain media.
  5. Walau apapun, pekara pokoknya adalah kita perlu menghormati hakcipta orang lain, samada teks atau gambar.
  6. Sila teliti dan faham apa yang telah ditulis agar tidak perlu saya mengulangnya beberapa kali. Yosri 04:48, 24 Mac 2006 (UTC)


Pada pendapat saya, kemungkinan Wikipedia BM akan diminta menyumbang dalam bentuk wang amat kecil. Kalau mana-mana Wikipedia diminta menolong dalam masalah kewangan, Wikipedia ini akan Wikipedia yang paling besar, iaitu Wikipedia BI dan Jerman (dan mungkin Perancis). Saya ragu Wikipedia BM akan maju sehingga sama besar dengan Wikipedia Jerman atau BI, dan kalau ini berlaku, kita mesti ingat pendermaan tidak statik. Kalau Wikipedia maju, kan logik jumlah pendermaan juga akan maju? Johnleemk 17:17, 24 Mac 2006 (UTC)

Sumber percuma

Untuk sumber percuma bolehlah merujuk sumber berikut:-

Yosri 10:53, 24 Mac 2006 (UTC)

Inilah beberapa sumber percuma lagi. LensaMalaysia mempunyai sebuah galeri besar. Semua imej dilesen di bawah Lesen Creative Commons Attribution 2.5. Pada masa sekarang galeri tidak boleh ditengok kerana LensaMalaysia belum lagi pulih daripada serangan DDOS. Blog Jeff Ooi mempunyai ramai gambar yang diambil oleh Encik Ooi. Semua gambar-gambar ini dilesen dibawah Lesen Creative Commons Attribution ShareAlike 2.5. Johnleemk 17:23, 24 Mac 2006 (UTC)
Saya telah membuat Wikipedia:Sumber imej bebas berdasarkan laman Wikipedia BI di atas. Kalau boleh diterjemah kepada BM, laman ini pasti berguna kepada penyunting kita. Namun, saya rasa penting kita harus sekurang-kurangnya membuat laman polisi untuk kegunaan imej. Tak perlulah panjang atau keras. Tetapi kita harus ada sesuatu, agar mengelak orang muat naik apa-apa yang mereka cari di Google walaupun tiada guna atau ada alternatif yang bebas. Johnleemk 17:26, 26 Mac 2006 (UTC)

Wikipedia:Templat pandu arah dan Wikipedia:Pesanan khas MediaWiki

Yang mana harus diguna? Saya fikir kita tidak guna laman MediaWiki: untuk templat lagi, betul? Johnleemk 17:45, 26 Mac 2006 (UTC)

Betul, saya cuma gunakan Wikipedia:Pesanan khas MediaWiki untuk meletak templat pemberitahuan. Templat berbentuk ensiklopedia saya letakkan di Wikipedia:Templat pandu arah. ...Aurora... 02:15, 28 Mac 2006 (UTC)

Pengguna negara lain

Setelah lebih kurang enam bulan saya sertai wikipedia Bahasa Melayu, saya jarang sekali lihat pengguna-pengguna serta penyumbang-penyumbang dari negara lain selain Malaysia dan Indonesia. Kalau dilihat konteks Wikipedia Bahasa Melayu ini secara keseluruhan, ia adalah berbahasa melayu yang kita tahu bukan sahaja dituturkan di Malaysia sahaja. Berbanding wikipedia Bahasa Indonesia yang jelas menunjukkan ia dituturkan di Indonesia sahaja. Kita perlu fikirkan cara untuk menarik pengguna dari dunia Melayu yang lain seperti dari Brunei, Singapura, Selatan Thailand, dan Selatan Filipina. Bagi mengatasi masalah ini, saya cadangkan supaya diperbanyakkan artikel mengenai negara-negara berkenaan. — Master2841 12:09, 28 Mac 2006 (UTC)


Kuih-kuih

Saya baru sahaja menambah 3 jenis kuih. Semoga anda semua menikmatinya. Hee... Hee.. Sebenarnya saya ingin meletakkan maklumat lebih terperinci. Sekarang ini nampak macam buku resepi pulak. Ada sesiapa ada buah fikiran, bagaimana hendak menambah maklumat pada laman tersebut? Yosri 10:58, 31 Mac 2006 (UTC)

Polisi dan Garis Panduan

Polisi dan Garis Panduan boleh diumpamakan sebagai infrastruktur asas bagi wikipedia. Maka daripada itu, saya berharap kawan-kawan boleh berusaha memajukan laman ini.

Apa yang saya dapati ialah, polisi dan garis panduan wikipedia adalah terlalu kompleks dan kelam kabut. Perkara yang sama sebenarnya juga berlaku di en.wikipedia. Untuk perbincangan lanjut sila rujuk laman perbincangan di Polisi dan Garis Panduan Ychmatematik 12:05, 31 Mac 2006 (UTC)