Pergi ke kandungan

Wikipedia:Kedutaan/Arkib 2006

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Welcome! Finally got the embassy up. Please leave your message in this space as per instructed above. :) Alistair 阿力斯特伊儿 07:49, 20 Jun 2006 (UTC)[balas]
欢迎光临马来语维机百科,本站设有华语提问服务,我会回答你的华语问题 Ychmatematik 08:26, 20 Jun 2006 (UTC)[balas]

Saya rasa penggunaan imej Jalur Gemilang di laman kedutaan sebagai tidak adil kepada pengguna-pengguna dari negara-negara lain terutamanya dari Indonesia, Singapura dan Brunei. Oleh kerana ini adalah Wikipedia Bahasa Melayu dan bukan Wikipedia Bahasa Malaysia maka imej Jalur Gemilang patut dikeluarkan. — Master2841 17:39, 5 Julai 2006 (UTC)[balas]

Saya setuju dengan Master2841. Saya harap ia dapat digantikan dengan sebuah imej yang melambangkan bahasa Melayu secara umum, atau ditiadakan saja kerana saya tetap dengan pandangan bahawa bahasa Melayu bukan milik Malaysia sahaja. Sekian, harap tiada sesiapa yang tersinggung. Dekoelie 02:32, 6 Julai 2006 (UTC)[balas]

Bagi saya, bendera itu hanya merupakan pusat Wikipedia bahasa Melayu... atau kita memang tidak ada pusat, berbanding Wikipedia yang lain? Mungkin, kita boleh mencipta lagi satu bendera untuk "Wikipedia bahasa Melayu" di sebelah kanan.

Kita tidak boleh menyamakan diri dengan bahasa Inggeris yang memang telah menjadi bahasa antarabangsa. Atau kita nak menganggap bahasa Melayu versi Dewan Bahasa dan Pustaka sebagai bahasa antarabangsa juga? Sebenarnya, jika kita hendak berbuat demikian, kita memang mempunyai 50% alasan yang amat kukuh, hehehe. Bahasa Melayu versi Dewan Bahasa dan Pustaka sebenarnya adalah bahasa yang berkacukan bahasa Inggeris sehingga kini, kita dapat melihat perkataan-perkataan seperti "Nota & Fakta Diagramatik", "secara kritis dan kreatif", "efektif dan berkualiti", dan sebagainya.

Sebenarnya, kita memang menghadapi krisis identiti, hehehe. Adakah kita benar-benar mewakili Indonesia? Adakah hanya orang Perancis yang boleh menyumbang kepada Wikipedia bahasa Perancis, dan hanya orang Jepun yang boleh menyumbang kepada Wikipedia bahasa Jepun? Sebenarnya, daripada 4,284 pengguna berdaftar, berapakah peratus pengguna yang terdiri daripada pengguna luar negeri selain daripada Indonesia, serta mereka yang hanya berdaftar untuk memasukkan pautan antara bahasa? — PM Poon 19:49, 5 Julai 2006 (UTC)[balas]


Ah, saya baru nak minta Dekoelie memberikan pandangannya memandangkan beliau adalah orang Singapura dan sebagai non-Malaysian pendapat beliau memang berat timbangannya. Sebenarnya semasa saya mencipta Templat:Kedutaan, saya memang fikirkan mahu letakkan satu imej yang melambangkan kemelayuan di sebelah kiri, kerana saya masih ingat akan tujuan pengasas portal ini, iaitu Yosri, yang berkata ada sebabnya portal ini wujud sebagai Wikipedia bahasa Melayu dan bukan Wikipedia bahasa Malaysia. Walaupun pada zaman ini, Melayu dan Malaysia selalu disebut sebagai satu, tetap ada perbezaan: Malaysia adalah nama satu nation-state atau negara bangsa, tetapi Melayu adalah nama ethnic group atau kumpulan etnik. Etnik Melayu dalam maksudnya yang paling tulen adalah bumiputera "Tanah Melayu". Tanah Melayu bukan sama dengan Malaysia kini, cuma sebahagian besar daripadanya kini diduduki Malaysia sahaja. Tanah Melayu adalah kawasan yang secara sejarah menjadi domain orang Melayu, dari bahagian semenanjung Perlis dan Pattani di utara sehinggalah ke kepulauan Riau di selatan. Walaupun sesetengah kawasan kini diduduki oleh negara lain (Thailand di utara dan Singapura dan Indonesia di selatan) hakikatnya penduduk asal kawasan-kawasan berkenaan merupakan orang Melayu juga dan jika Wikipedia ini mahukan nama Melayu, ia harus turuti permintaan mereka itu atau tukarkan namanya kepada Wikipedia bahasa Malaysia sahaja. (Notakan juga bahawa Malaysia Timur, Brunei dan bahagian lain Indonesia tidak termasuk dalam takrifan saya ini. Sebenarnya mereka itu pun bukan orang Melayu, tetapi ada kumpulan etnik sendiri berasingan, iaitu etnik Brunei, etnik Iban, etnik Melanau, etnik Bugis, etnik Madura, etnik Jawa dan sebagainya dan mereka punyai bahasa sendiri).
Sebenarnya juga, bagi saya, "bahasa Malaysia" dan "bahasa Indonesia" merupakan bahasa rekaan (artificial languages) yang pertamanya diciptakan DBP Malaysia dan keduanya diciptakan Pusat Bahasa Indonesia, dan keduanya berdasarkan, tetapi bukan, bahasa Melayu sebenar. Tujuan DBP adalah untuk menyesuaikan ia dengan negara bangsa Malaysia yang baru dibina dan mencipta satu bahasa kebangsaan "milik semua". Indonesia juga telah mencipta bahasa Indonesia bagi tujuan yang sama, iaitu menggantikan bahasa Belanda yang digunakan masa zaman penjajahan dengan satu bahasa kebangsaan "milik semua". :D Hakikatnya kedua-dua bahasa ini diciptakan untuk cater to other, different ethnic groups dengan mengubah orientasi etnik kepada negara supaya etnik lain tidak tersinggung dan boleh turut berkongsi hak milik. Jika bahasa ini dipanggil "Melayu" di Indonesia, orang Bugis, Madura, Jawa dll. tak akan menerimanya kerana mereka orang Bugis/Jawa dll. bukan orang Melayu. Sama juga keadaannya di Brunei dan juga Malaysia, orang Cina dan India tidak akan menerima "bahasa Melayu" kerana mereka bukan orang Melayu, tetapi mereka akan menerima "bahasa Malaysia" kerana mereka memang orang Malaysia. Sebenarnya jika kita betul-betul mahukan "bangsa Malaysia" seruan kerajaan, istilah "bahasa Malaysia" memang lebih sesuai digunapakai :D
Masalah ini cumalah kekeliruan antara kumpulan etnik dan negara, dan ini memang biasa berlaku. Masalah ini tidak tertahluk kepada Melayu-Malaysia sahaja, tetapi juga orang Cina dan India di rantau ini, yang dipanggil "orang Cina" dan "orang India" meskipun China dan India adalah nama negara. Istilah yang tepat untuk mereka sebenarnya adalah bangsa Han dan bangsa Dravidian (atau jika asal dari India utara, Indo-Aryan). Istilah "Tionghua" yang digunakan di Indonesia menggambarkan orang Cina pun sebenarnya lagi tepat daripada Cina.
Ini hanya setakat komen, dan sebenarnya saya tak tekankan sangat nak letak imej apa. Jika mahu tukar tukarlah, tetapi biarlah ada gambar daripada langsung tiada supaya lebih menarik. Yang perlu adalah gambar yang lebih melambangkan kemelayuan (iaitu barang warisan Tanah Melayu), misalnya seperti keris. — Alistair 阿力斯特伊儿 03:22, 6 Julai 2006 (UTC)[balas]
Dari segi theori bahasa, bahasa adalah bahasa dengan bentuk tata-bahasa, nahu, kosa kata dll yang berbeza dengan luasnya antara satu dengan yang lain. Dengan itu, bahasa Melayu adalah bahasa utama merangkumi bahasa yang berkongsi tata-bahasa yang sama seperti (Jawa, Sunda, Minangkabau dll.), bahasa Malaysia/Indonesia adalah bahasa terbitan atau , Manglish/Singlish adalah campuran (bukan bahasa ibunda) . Jangan ada yang marah ye, ini adalah berdasarkan pembacaan. Yosri 03:42, 12 September 2007 (UTC)[balas]

Untuk pengetahuan semua, Melayu memang mengalami krisis identiti kerana Melayu itu amat luas budaya dan pengaruhnya. Malah, kerispun datangnya dari Jawa. Dan mungkin banyak lagi warisan Melayu asalnya sudah wujud sebelum kewujudan Melayu, cuma kesemua itu telah berasimilasi dengan kehidupan Melayu dan diambil sebagai identiti Melayu. Cuba kita fikir semula, dari mana asalnya Melayu dan bahasanya sebelum mempertikaikan identiti bahasa Melayu? Kita tahu pensel itu asalnya kayu dan grafit, baru boleh mempertikaikan identitinya. Begitu juga dengan bahasa Melayu. Bahasa Melayu adalah bahasa yang dicampurkan dari banyak bahasa kuno seperti Sanskrit, Arab, dan lain-lain lagi pengaruh. Hanya dialek, loghat dan bahasa tempatan serta bahasa penjajah yang menukar dan mempengaruhi identiti Melayu itu mungkin hingga kabur keasli bahasanya sepertimana Bahasa Inggeris, Sepanyol dan Belanda mempengaruhi Bahasa Melayu di Malaysia, Singapura, Indonesia dan Filipina.

Orang Fiji pun menggunakan dialek yang bunyinya hampir Melayu, malah mengalahkan loghat Kelantan. Orang di Afrika Selatan dan Seychelles malah ke Pualau Krismas (seperti yang anda tahu) pun tahu akan bahasa Melayu. Kita tak boleh mengatakan orang luar Malaysia, Brunei dan Singapura tak tahu bahasa Melayu kerana rumpun Melayu telah tersebar menjangkaui sempadan kepulauan Melayu. Jadi, janganlah kita keliru antara bahasa dengan dialek dan loghat.

Sejarah Kesultanan Melayu di Melaka, Johor, Riau-Lingga, Brunei dan Sulu amat luas pengaruhnya yang menunjukkan masing-masing mempunyai identiti Melayu yang mungkin tersendiri dan mungkin sama (Contohnya, semua kesultanan itu menggunakan warna kuning sebagai lambang diraja). Jadi, bagi saya, kalau hendakkan gambar yang sesuai... Letak saja gambar peta rantau ini yang menunjukkan asalnya bahasa Melayu. — Polar 11:03, 7 Julai 2006 (UTC)[balas]

Gambar sudah ditukar mengikut cadangan Polar (kebetulan dengan gambar yang sama yang telah dimuat naik Polar, that's what you call coincidence, ain't it?) — Alistair 阿力斯特伊儿 09:27, 8 Julai 2006 (UTC)[balas]

Menurut rencana Kuning: "Maharaja legenda China yang pertama digelarkan "Maharaja Kuning" atau Huang Di (askara Cina tradisional: 黃帝, askara Cina mudah: 黄帝). Oleh itu, kuning ialah lambang untuk Maharaja China. Orang biasa di China tidak dibenarkan menggunakan warna kuning sehingga zaman moden."

Adakah Maharaja legenda China yang pertama juga dipengaruhi oleh Kesultanan Melayu? hehehe. — Advokat Hantu 10:10, 8 Julai 2006 (UTC)[balas]

Village pump

NOTE: The above message was moved from the local village pump to this embassy as this is the venue allocated for such correspondence. The local village pump is reserved for the exclusive use of the local community (that is local users who speak/write Malay and contribute in this language). Wikipedians who are essentially of foreign origin must use the embassy for public correspondance regardless of account be it local and/or not. — Alistair 阿力斯特伊儿 06:02, 16 Julai 2006 (UTC)[balas]

Ok, fine by me. But maybe this can be added in English at the village pump or something, because I didn't know, and there was no obvious link to this page.--Tuvic 19:32, 16 Julai 2006 (UTC)[balas]

Just a minor correction as I see it, hehehe. I think this page has got nothing to do with the origin of Wikipedians, but rather it is designed specially and specifically for interlanguage Wikipedian collaboration and assistance. Kedai Kopi is about matters pertaining solely to Wikipedia bahasa Melayu.

As interlanguage Wikipedia users may be unaware of this arrangement, we can redirect the discussion here as has been done, just as we may be directed to the right government department when we enter the wrong one. Sounds like a huge bureaucratic procedure at work, hehehe. — PM Poon 20:38, 16 Julai 2006 (UTC)[balas]

Berkenaan duta

Saya lihat PM Poon sudah tidak berada di sini sejak 22 Oktober lagi menurut senarai sumbangannya yang telah saya lihat. Jadi saya syaki dia sudah berundur diri dari Wikipedia Melayu dan malah juga di Wikipedia Inggeris. Oleh itu, bolehkah terus batalkan sahaja keahliannya sebagai duta? — Aeonimitz 08:51, 26 November 2006 (UTC)[balas]

Pembatalan sebarang jawatan dalam wikipedia akan mengikut peraturan seperti juga bagi penyelia. Kita hanya perlu menunggu cukup tempoh enam bulan ketidak-aktifan PM Poon dari wiki ini untuk membatalkannya. (Walaupun memang secara tidak rasmi dia telahpun menarik diri dari wikipedia Melayu) — Polar 09:19, 26 November 2006 (UTC)[balas]

Sudah 6 bulan saudara PM Poon tidak aktif dan pembatalan status penyelianya, Polar dan dia sudah bertekad untuk tidak menjawat apa-apa jua jawatan di ms.wiki. Nampaknya, saya perlu memadam namanya yang tertera di templat kedutaan inilah ye. -Didie 05:20, 26 Februari 2007 (UTC)[balas]

Jakun

Semua pautan antara wiki (interwiki) di laman Jakun adalah salah. Nampaknya, Jakun disalah anggap sebagai halkum.—Aviator, 01:41, 23 November 2007 (UTC)[balas]

Saya sudah buang InterWiki di sana, malah juga pergi ke tempat-tempat itu utk buang InterWiki Bahasa Melayu agar putuskan hubungan, supaya tidak dicipta lagi oleh robot. Amboi kenapa harus saya buang masa utk perkara ni!? --Edmund The King of The Woods! 08:33, 23 November 2007 (UTC)[balas]
Hehe, kerja anda tidak siap lagi sebenarnya (anda duta?). Pautan interwiki tersebut perlu dibuang di semua Wikipedia lain agar tidak ditambah semula oleh bot selepas ini.—Aviator, 14:43, 23 November 2007 (UTC)[balas]
Saya bukan duta. Tapi saya cuma suka menolong saja. Pada pendapat saya, kerja sebegini sepatutnya boleh dilakukan oleh sesiapa saja. Kenapa anda cakap saya belum habis? Kan saya dah cakap saya ada buat? Seperti saya pergi ke Wikipedia Bahasa Inggeris utk buang, selepas itu Wikipedia Bahasa Arab, Wikipedia Bahasa Jerman... letih buat saya!
Btw kini tiada duta boleh bertugas. Alistair dan Ychmatematik sudah hilang. Hayabusa future pun tak aktif di sini. Oleh itu dulu saya menawarkan jawatan duta kepada anda. Tapi kenapa anda membawa usul di sini? Kan kedutaan ini dah tidur lama? "Zzz... Zzz..." Sebenarnya ada seorang minat menjadi duta, saya terserempak dgn dia di Wikipedia Bahasa Cina. Namun dia jarang di sini, dia tak biasa dgn komuniti di sini, dan Bahasa Melayunya masih belum memuaskan. Inilah dia.
Sebenarnya saya juga minat menjadi duta, namun saya bimbang saya tak mampu bertugas, seperti saya risau tentang pengetahuan robot. Jadi saya pun tak minta menjadi duta. --Edmund The King of The Woods! 17:21, 23 November 2007 (UTC)[balas]
Kenapa susah2? Beritahu saja mana2 bot, minta dia betulkan di Wikipedia lain. ...Aurora... 14:47, 27 November 2007 (UTC)[balas]

Hebrew wikipedia

Hi, the Hebrew wikipedia is becoming more freindly, But we need your help! Would you be kind and translate the following into Malay?:

"Shalom and Welcome to the Hebrew Wikipedia!

Hebrew is a Semitic language of the Afro-Asiatic language family and it is the language of the Bibble. It is spoken by more than six million people in Israel and by an unknown number of people in Jewish and Israeli communities around the world. In Israel, it is the de facto language of the state and the people, as well as being one of the two official languages (together with Arabic), and it is spoken by the majority of the population.

Modern Hebrew is written from right to left using the Hebrew alphabet.

The Hebrew Wikipedia is the Hebrew edition of Wikipedia. This edition began in July 2003 and has over 67,000 articles as of 17 December 2007. If you have any announcements or questions regarding international issues or the Hebrew Wikipedia, you are invited to consult the embassy of the Hebrew-speaking Wikipedia here"

"X is the 13th letter of the Hebrew alphabet and first letter in the word Malit - Bahasa Melayu"

This is what it will look like: [1] .

Thanks and cheers,

Ori [2]


Salam dan Selamat Datang ke Wikipedia Ibrani!

Ibrani merupakan bahasa semitik daripada keluarga Afro-Asiatic dan juga merupakan bahasa asal Al-Kitab Injil. Bahasa Ibrani dituturkan lebih enam juta orang di Israel dan bilangan yang tidak diketahui di seluruh dunia oleh bangsa Yahudi dan Israel.Di Israel, ia merupakan bahasa de facto negeri dan orang ramai, dan juga antara bahasa rasmi selain bahasa Arab, dan majoriti penduduk menuturnya.

Wikipedia Ibrani merupakan edisi wikipedia berbahasa Ibrani. Edisi ini bermula pada bulan Julai 2003 dan telah mencapai 67 000 pada 17 Disember 2007. Jika kamu terdengar pengumuman atau soalan berbaur antarabangsa, awak dijemput untuk menyelesainya di perbincangan kedutaan Wikipedia.

Putera Luqman Tunku Andre| Nak Kritik, Klik Sini 01:01, 18 Disember 2007 (UTC)[balas]

Check betul ke x?

Hi and thanks a lot. Could you add the following:
  1. Modern Hebrew is written from right to left using the Hebrew alphabet =
  2. Mem is the 13th letter of the Hebrew alphabet and first letter in the word Malayit - Bahasa Melayu"

Thanks 87.69.101.32 01:12, 18 Disember 2007 (UTC)[balas]

1. Tulisan Ibrani moden ditulis dari kanan ke kiri menggunakan abjad Ibrani 2. Mem merupakan huruf yang ke 13 dalam abjad Ibrani dan merupakan huruf pertama dalam perkataan Malayit.

Thanks. Putera Luqman Tunku Andre| Nak Kritik, Klik Sini 03:37, 18 Disember 2007 (UTC)[balas]

Thank you very much. Ori 87.69.101.32 16:40, 18 Disember 2007 (UTC