Wikipedia:Menyumbang kepada Wikipedia
| Laman ini merupakan sebuah laman maklumat yang menerangkan sepersetujuan komuniti para penyunting di sini bagi beberapa aspek tertentu tentang pengendalian Wikipedia. Laman ini BUKAN laman polisi atau garis panduan dan bertujuan untuk menerangkan amalan atau polisi lain Wikipedia. Sila rujuk polisi atau garis panduan yang berkaitan jika terdapat percanggahan antara laman ini dengan laman polisi atau garis panduan. |
Pengguna baharu yang ingin menyumbang kepada Wikipedia amat dialu-alukan! Tetapi macam mana menyunbangkan? Jangan risau! Peranggan di bawah akan dijelaskan lebih lanjut.
Apa yang boleh saya sumbangkan?
Banyak benda yang anda boleh sumbangkan kepada pembangunan wikipedia ini. Jika anda belum pernah menyunting di Wikipdia, lihat /Wikipedia:Tutorial/Menyunting. Kalau anda sudah faham and bersedia, berikut adalah antara yang boleh anda lakukan untuk menyumbang.
Perbaiki rencana yang sedia ada
Jika anda tahu mengenai sesuatu topik itu, ini adalah yang paling mudah. Berikut adalah perkara yang boleh membantu pengguna baharu bermula:
- Untuk bantuan menyunting, lihat Bantuan:Menyunting
- Untuk panduan gaya penulisan, lihat Wikipedia:Manual gaya penulisan
- Untuk memetik sumber, lihat Wikipedia:Memetik sumber
- Untuk menggunakan atau muat naik imej, lihat Wikipedia:Tutorial gambar
Mananya soalan di laman perbincangan juga boleh membantu menonjolkan kekhilafan dalam rencana tersebut.
Selain itu, lihat juga pada Wikipedia:Rencana paling dikehendaki untuk senarai rencana yang amat diharapkan.
Kemaskini rencana yang sedia ada
Terdapat banyak perkara yang boleh diperbaiki. Contohnya:
- Membetulkan ejaan dan tatabahasa.
- Memastikan rencana tersebut mengikut polisi Wikipedia:Pandangan berkecuali.
- Memastikan rujukan-rujukan dalam rencana tersebut tidak tamat tempoh (maksudnya website masih boleh dilihat)
Lihat Wikipedia:Penyelenggaraan untuk maklumat lanjut.
Cipta rencana baru
Saiz Wikipedia Bahasa Melayu adalah cuma 1% daripada Wikipedia Bahasa Inggeris. Masih banyak topik yang belum disentuh yang boleh anda bantu. Pautan merah bermakna laman tersebut belum wujud, dan anda boleh terus klik padanya untuk mencipta laman baru. Lihat Wikipedia:Bagaimana memulakan laman baru untuk bantuan.
Terjemah rencana yang ada
Anda juga boleh menolong menerjemahkan rencana yang ada, lihat tugas kosong di bawah ataupun bermula dari mana-mana rencana dalam Wikipedia Inggeris sebab biasanya, rencana dari Wikipedia Inggeris adalah lengkap dan kredibiliti. Lihat Wikipedia:Terjemahan.
Walau bagaimanapun, dilarang menciplak rencana secara bulat-bulat kerana kewujudan dua ensiklopedia yang homogen di internet tidak akan memberi apa-apa manfaat tambahan kepada pembaca, kecuali jika para pembaca ingin meningkatkan kemahiran terjemahan tetapi itu bukanlah tujuan Wikipedia. Lihat Wikipedia:Jangan menciplak rencana Wikipedia Bahasa Inggeris.
Bantu pengguna lain yang sedang sumbangkan
Mungkin anda boleh menjawab soalan-soalan yang ada di laman perbincangan dan Wikipedia:Meja rujukan. Anda tidak perlu menjadi pakar Wikipedia untuk menjawabnya kerana:
- Mungkin anda boleh menjadi jawapannya dalam Wikipedia sendiri dan cuma perlu dicari.
- Mungkin anda memang tahu topik itu dan boleh menambahnya infomasi kepada Wikipedia melalui perbincangan.
- Mungkin anda boleh mencari rujukan untuk mengukuhkan rencana kredibiliti.
Di mana boleh saya bermula?
Tugas kosong

- Terjemahan mingguan: Motif BACH (en:BACH motif), Forum empayar (en:Imperial forums), Hukuman merotan di Singapura (en:Caning in Singapore), Pelanunan di Selat Melaka (en:Piracy in the Strait of Malacca), Keserasian lesen (en:License compatibility), Pengintipan nuklear (en:Nuclear espionage), Persidangan Senjata Biologi (en:Biological Weapons Convention).
- Gabung: Rasuah, Korupsi dan Korupsi atau Rasuah.
- Permohonan rencana: Sumbangan dikehendaki: Ekonomi Negeri Pahang, Hibrid, Tekanan minda, Reka bentuk terbantu komputer.
- Tunas: Kategori rencana ringkas Lihat juga: Rencana/laman paling pendek.
- Terjemahan: Kategori rencana perlu diterjemahkan: Agama mengikut negara, Biodiesel, Qanun Perubatan, Seni bina Islam, Unsur nadir bumi.
Ataupun tekan halaman rawak dan mula menyunting!
Topik yang anda tahu
Anda boleh mencari topik-topik yang anda tahu dan perbaikinya. Atau mulakan membuat rencana baru jika rencana tersebut belum ada. Contohnya:
- Mungkin anda pernah menulis karangan atau membuat projek mengenai sesuatu subjek. Mengapa tidak tambahkan di sini? Cuma pastikan anda memformatnya supaya berbentuk ensiklopedia.
- Hal semasa. Jika ada berita panas mengenai seseorang/sesuatu tempat, mungkin anda mahu menulis tentangnya (orang/tempat, bukan berita panas tersebut). Cuma ingat bahawa Wikipedia bukanlah surat khabar.
- Anda gemar berbahasa lain? Anda boleh menolong dengan terjemahan mingguan.
- Anda masih belajar? Anda boleh menulis tentang kolej atau universiti anda.
- Anda gemar melancong? Tulislah tentang tempat-tempat yang anda pernah sampai. Anda juga boleh menulis tentang pekan/bandar/negeri tempat anda tinggal/belajar/bekerja.
- Anda gemar sukan? Boleh menolong menulis and kemaskini tentang peristiwa semasa seperti 2026 FIFA World Cup.
- Anda gemar teknologi? Apa berberapa rencana yang boleh kemaskini atau buat seperti kecerdasan buatan, 5G Teknologi atau pengkomputeran awan
Sumber yang anda ada
Jika anda mempunyai ensiklopedia dalam bahasa lain, offline atau online, anda boleh mula menterjemahkannya, atau anda boleh mencari subjek yang anda mahu dari Wikipedia bahasa Inggeris. Jika anda mencatit sumber anda lebih mudah rencana tersebut dipastikan tidak melanggar hakcipta.
Mungkin juga anda terbaca sesuatu rencana yang menarik di mana-mana. Silalah tambahkan sumber di rencana tersebut.
Kalau belum sedia untuk menyunting?
Tidak ada masalah. Anda juga boleh menyunbang dengan cara-cara lain!
Buat publisiti
Anda boleh membantu mempromosikan Wikipedia di rumah, tempat kerja ataupun di mana-mana sahaja. Lebih ramai pengguna, lebih cepat kita berkembang.
Derma
Wikimedia sentiasa memerlukan dana untuk menyelenggara pelayan, lebar jalur dan perkara teknikal lain. Lihat http://wikimediafoundation.org/fundraising (Bahasa Inggeris) untuk membantu derma.
Terima kasih
Sumbangan anda menjadikan Wikipedia seperti hari ini!
Lihat juga
Bantuan:Kandungan Wikiepdia:Sepuluh peraturan mudah untuk mengedit Wikipedia