Pergi ke kandungan

Wikipedia:Tutorial (versi lama)/Memetik sumber

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Laman Wikipedia ini adalah tidak aktif buat masa ini dan ditinggalkan untuk keminatan sejarah.
Sesebuah laman bersejarah biasanya merupakan sesebuah laman yang tidak lagi diuruskan atau tidak lagi relevan, ataupun sesebuah laman yang konsensusnya tidak jelas. Jika anda hendak memulihkan perbincangan mengenai laman ini, anda harus mencari input yang lebih luas melalui sesebuah forum seperti Kedai Kopi.



Pengenalan   Menyunting   Memformat   Pautan Wikipedia   Memetik sumber   Laman perbincangan   Peringatan   Pendaftaran   Tamat    

Nota kaki

Cara termudah untuk membuat petikan dalam baris (inline citation) adalah secara nota kaki. Anda boleh membubuh nota kaki secara Wiki markup, dengan menaipkan tag ref sebagai apitan sumber anda, seperti berikut:

<ref>Sumber anda</ref>

Jika anda menambah nota kaki pertama pada sesebuah rencana, anda juga perlu memastikan supaya ada teksnya untuk memaparkan nota kaki, seperti berikut:

{{Reflist}} atau <references/>.

Teks itu sepatutnya terpapar di bawah pengepala bahagian ==Rujukan==. Jika tiada bahagian ini, anda perlu membubuh kedua-dua pengepala itu dan teks "Reflist" atau "references" sekali. Seksyen ini harus terpapar di bahagian bawah rencana, di atas bahagian "Pautan luar" (jika ada).

Selepas menyimpan suntingan, tag-tag ref ini akan menukarkan sumber anda kepada rujukan nota kaki (seperti ini[1]), jika terdapat bahagian Rujukan untuk memaparkan nota kaki.

Jika sumber anda terdapat di Internet, anda wajar membuat pautan luar ke laman web yang anda tercari sumbernya. (Harap jangan gunakan rencana Wikipedia lain sebagai sumber.)

Untuk membuat pautan luar asas pada sumber anda, letakkan alamat laman sesawang itu (URL) dalam tanda kurungan tunggal dan tajuk laman itu (jika ada) supaya ia terpapar sebagai pautan. Contoh:

<ref>[http://www.bharian.com.my/bharian/articles/Upin_Ipineratkanduanegara/Article/Upin, Ipin eratkan dua negara]</ref>

Diharapkan juga supaya anda melengkapkan nota kaki dengan lebih banyak maklumat. Misalnya:

<ref><Nama pengarang>, [<URL sumber> "<Tajuk sumber>"], ''<Terbitan>'', <Tarikh penerbitan>. Diambil <Tarikh dipetik>.</ref>


<ref>Noor Syahidatol, [http://www.bharian.com.my/bharian/articles/Upin_Ipineratkanduanegara/Article/ "Upin, Ipin eratkan dua negara"], ''Berita Harian'', 2 Disember 2010. Diambil 23 Februari 2011.</ref>

Sila lihat Wikipedia:Sumber petikan untuk maklumat selanjutnya bagi menaipkan nota kaki. Juga terdapat templat yang membantu kita memformatkan petikan dengan betul; sila rujuk Wikipedia:Templat petikan untuk maklumat lanjut.

Rujukan (Contoh)

  1. ^ Contoh
Cuba membuat petikan sumber di Kotak pasir
Teruskan tutorial dengan Perbincangan