Wikipedia:Wikihijau

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari

Wikihijau merupakan suatu istilah yang digunakan bagi menggambarkan dasar penciptaan rencana di Wikipedia pada hakikatnya adalah berevolusi maya dan mesra alam. Dengan kehebatan resolusi yang memapaparkan konsep wiki yang dinamik, ringkas dan menarik, ini menunjukkan Wikipedia sentiasa menjamukan kepelbagaian variasi dalam menggembleng komitednya dalam menyediakan suatu bentuk ensiklopedia bebas yang percuma, lengkap serta yang paling penting tanpa menggunakan sehelai kertas pun!!!!!

Anda boleh bayangkan setiap tahun jutaan pokok akan ditebang untuk mewujudkan pelbagai buku, surat khabar, majalah dan banyak lagi. Namun di Wikipedia dalam setahun tidak sampai 1 batang pokok akan ditebang bagi melahirkan rencana-rencana yang bermutu tinggi.

Anda dan kami sentiasa berganding bahu bagi memastikan segala maklumat dapat disampaikan di Wikipedia dengan lebih tepat dan tuntas. Kerana tanpa anda sudah pasti Wikipedia tidak wujud, dan kami hanya menunjukkan caranya.

Terima kasih diatas sokongan dan dokongan anda, Wikipedia sentiasa mesra alam.

Wikihijau Wikipedia.png