Wilayah Riyadh

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Wilayah Riyadh
منطقة الرياض
Al-Uyainah merupakan sebuah perkampungan di tengah-tengah Arab Saudi
Al-Uyainah merupakan sebuah perkampungan di tengah-tengah Arab Saudi
Map of Saudi Arabia with Riyadh highlighted
Map of Saudi Arabia with Riyadh highlighted
Koordinat: 23°0′N 45°30′E / 23.000°N 45.500°E / 23.000; 45.500Koordinat: 23°0′N 45°30′E / 23.000°N 45.500°E / 23.000; 45.500
Negara Arab Saudi
Ibu negeriRiyadh
Boroughs20
Pentadbiran
 • EmirFaisal bin Bandar Al Saud
Keluasan
 • Jumlah404,240 km2 (156,080 batu persegi)
Penduduk
 (bancian 2017)
 • Jumlah8,216,284
 • Kepadatan20/km2 (53/batu persegi)
ISO 3166-2
01
Laman sesawangwww.alriyadh.gov.sa
Daerah di Wilayah Riyadh

Wilayah Riyadh (Arab: منطقة الرياض Manṭiqat ar-Riyāḍ) atau Negeri Riyadh merupakan salah satu wilayah di Arab Saudi, yang terletak secara geografinya di tengah-tengah negara tersebut.Ia mempunyai kawasan seluas 404,240 km² dan penduduk seramai 8,216,284[1] pada 2017. Ia juga merupakan wilayah kedua terbesar dari sudut keluasan dan populasi, bersempadan Wilayah Utara dan Wilayah Mekah. Ibu negeri bagi wilayah ini ialah Daerah Riyadh dan ia dinamakan bersempena nama ibu negara, Riyadh yang merupakan kota paling ramai penduduk di wilayah Riyadh dan negara Arab Saudi, dengan kurang sedikit daripada dua pertiga penduduknya tinggal di kawasan bandar.

Bandar-bandar lain yang ramai penduduk di wilayah ini termasuklah Al Ghat, Zulfi dan Majma'ah. Lebih kurang separuh daripada wilayah ini merupakan kawasan gurun. Ia hanya bersempadan dengan wilayah-wilayah lain dan tiada sempadan antarabangsa. Wilayah-wilayah yang bersempadan, mengikut arah jam dari utara, ialah Wilayah Syarqiyah, Wilayah Najran, Wilayah 'Asir, Wilayah Mekah, Wilayah Madinah dan Wilayah al-Qasim. Ia merupakan salah satu daripada 7 wilayah di Arab Saudi yang tidak mempunyai pesisir pantai.

Kependudukan[sunting | sunting sumber]

Perkembangan kependudukan sejak 1992:

Sejarah kependudukan
TahunPend.±% setiap tahun
19923,834,986—    
20045,458,273+2.99%
20106,792,776+3.71%
20188,446,866+2.76%
sumber:[2]

Subbahagian[sunting | sunting sumber]

Wilayah Riyadh dibahagikan dengan 19 daerah (muhafazah)

Daerah Kategori A Daerah Kategori B
Al-Dir`iyah Al-Sulayyil
Al-Kharj Dhurma
Al-Dawadimi Al-Muzahimiyah
Al-Majma`ah Rumah
Al-Quwaiʿiyah Tsadiq
Al-Aflaj Huraimila
Wadi Dawasir Al-Hariq
Al Zulfi
Syaqra
Hutat Bani Tamim
Afif
Al-Ghat

Senarai emir wilayah[sunting | sunting sumber]

Name[3] Dates
Muhammad bin Saad bin Zaid 1929–1936
Putera Nasser bin Abdulaziz 1937–28 Mei 1947
Putera Sultan bin Abdulaziz 29 Mei 1947 – 19 Disember 1952
Putera Nayef bin Abdulaziz (Pemangku Putera Sultan) 3 Mac – 19 Disember 1952
Putera Nayef bin Abdulaziz 20 Disember 1952 – 18 April 1955
Putera Salman bin Abdul-Aziz (Pemangku Putera Nayef) 16 Mac 1954 – 18 April 1955
Putera Salman bin Abdulaziz 18 April 1955 – 22 September 1960
Putera Turki bin Abdul-Aziz (Pemangku Putera Salman) 10–21 Oktober 1957 – 1957; 31 Oktober 1960
Putera Fawaz bin Abdulaziz 11 September 1961 – 20 Januari 1963
Putera Badr bin Saud bin Abdulaziz 20 Januari – 5 Februari 1963
Putera Salman bin Abdulaziz 5 Februari 1963 – 5 November 2011
Putera Sattam bin Abdulaziz 5 November 2011 – 12 Februari 2013
Putera Khalid bin Bandar Al Saud 14 Februari 2013 – 14 Mei 2014
Putera Turki bin Abdullah Al Saud 14 Mei 2014 – 29 Januari 2015
Putera Faisal bin Bandar Al Saud 29 Januari 2015 – sekarang

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "Population Characteristics surveys" (PDF). General Authority for Statistics. 2017.
  2. ^ Saudi Arabia: Regions and Cities
  3. ^ "Riyadh Princes". Riyadh.gov.sa. Dicapai pada 27 March 2012.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]