Wilfrid Michael Voynich

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Michał Wojnicz

Wilfrid Michael Voynich (31 Oktober 1865[1] – 19 Mac 1930), lahir sebagai Michał Habdank-Wojnicz, merupakan seorang revolusioner Poland, pengumpul barang kuno dan bibliofil Amerika dan British, serta eponim bagi manuskrip Voynich.

Biografi[sunting | sunting sumber]

Michał Wojnicz dilahirkan di Telshi, sebuah bandar yang dulunya berada dalam Kovno Governorate, yang merupakan sebahagian Empayar Rusia, sekarang ianya Telšiai, sebuah bandar di Lithuania— dalam sebuah keluarga bangsawan Polish-Lithuania, beliau merupakan anak kepada kaunselor titular.[1]

Pada 1885, di Warsaw, Wojnicz menyertai pertubuhan revolusi Ludwik Waryński, Proletarjat. Pada 1886, selepas satu percubaan gagal untuk membebaskan dari Warsaw Citadel rakan-rakan-yang berkomplot yang telah dihukum mati, dia telah ditangkap oleh polis Tsaris dan, pada 1887, beliau dihantar ke perhambaan keseksaan di Tunka.

Pada tahun 1890, dia melarikan diri dari Siberia dan tiba di London, mengambil nom de guerre sebagai nama pertama beliau, Wilfryd. Pada 1893 dia berkahwin dengan seorang para revolusioner, Ethel Lilian Boole, anak perempuan ahli matematik British yang terkenal, George Boole.

Bersama Stepniak, seorang sahabat revolusi, beliau mengasaskan Persatuan Rakan-rakan Rusia Merdeka (lihat ms 2 rencana di [1]) in London.

Selepas kematian Stepniak dalam kemalangan lintasan keretapi pada 1895, Voyniches (kerana merka telah menginggeriskan nama keluarga mereka]]) tidak lagi melakukan aktiviti revolusi. Pada 1898 Voynich membuka kedai buku di London, diikuti dengan yang lain pada tahun 1914 di bandar New York. Beliau banyak terlibat dengan pengendalian buku-buku awal dan menulis berbilang katalog dan lain-lain teks dalam subjek tersebut.

Voynich mati di New York pada tahun 1930.

Manuskrip Voynich[sunting | sunting sumber]

Rencana utama: Manuskrip Voynich

Harta milik Voynich yang paling terkenal adalah manuskrip misteri zaman pertengahan yang telah dia perolehi pada tahun 1912 di Villa Mondragone di Itali. Ia ditulis dalam tulisan yang tidak diketahui yang mana beberapa pakar bahasa dan kryptologis tidak dapat menyahsulitkan memandangkan manuskrip itu dibentangkan kepada awam pada tahun 1915.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. 1.0 1.1 Деятели революционного движения в России: Био-библиографический словарь: От предшественников декабристов до падения царизма: [В 5 т.]. - М.: Изд-во Всесоюзного общества политических каторжан и ссыльно-поселенцев, 1927-1934. Entry on Voynich