Wiski

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Segelas wiski

Wiski ialah sejenis minuman beralkohol yang dibuat daripada penapaian bijirin yang dilumat. Terdapat pelbagai jenis wiski yang dihasilkan bergantung kepada bijian (yang mungkin akan mengalami proses pemaltan) digunakan sebagai bahan mentah termasuklah barli, jagung, rai, dan gandum. Wiski biasanya akan disimpan untuk tempoh yang begitu lama dalam tong-tong kayu yang diperbuat daripada oak putih.

Latar belakang[sunting | sunting sumber]

Pelbagai jenis wiski Amerika di rak-rak jualan

Nama[sunting | sunting sumber]

Nama bahasa Inggerisnya whiskey atau whisky (yang mana ia dipinjamkan ke dalam bahasa Melayu) berakar daripada perkataan bahasa Gaelik Lama uisce atau uisge (bahasa Ireland: uisce, bahasa Gaelik Scotland: uisge) yang bermaksud "air". Uisce pula merupakan kependekan kepada uisce beatha yang bermaksud "arak sulingan" melalui istilah bahasa Latin aqua vitae, secara harfiahnya bermaksud "air kehidupan".

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Proses penyulingan alkohol diperkenalkan ke Ireland dan Scotland tidak lewat dari abad ke-15, di mana penyulingan "aqua vitae" ketika itu digunakan untuk tujuan perubatan,[1] misalnya bagi merawat penyakit kolik dan cacar.[2] Kerja penyulingan kemudiannya beralih dari tempat asalnya di biara-biara ke persekitaran yang sekular melalui pengamal perubatan profesional seperti pakar bedah. Catatan terawal mengenai wiski yang dibuat di Ireland datangnya daripada manuskrip Sejarah Clonmacnoise yang bertarikh waktu abad ke-17, di mana terdapat catatan mengenai seorang ketua kampung yang mati pada 1405 kerana "mengambil aqua vitae yang banyak" pada malam Natal.[3] Di Scotland pula, bukti pertama pengeluaran wiski datangnya daripada entri dalam "Exchequer Rolls" bertarikh tahun 1494 di mana malt dihantar "untuk Rahib John Cor atas perintah raja untuk membuat aquavitae", yang dikira cukup untuk membuat sekitar 500 botol arak tersebut.[4]

Jenis-jenis wiski[sunting | sunting sumber]

Wiski atau produk yang seumpamanya dihasilkan di kawasan mana bijian boleh tumbuh. Kepelbagaian wiski yang dihasilkan bergantung kepada bahan mentahnya, kandungan alkoholnya dan kualiti produk yang dihasilkan.

  • Wiski malt diperbuat terutamanya daripada malt barli.
  • Wiski bijian pula boleh diperbuat daripada sebarang jenis bijian.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Whisky: Technology, Production and Marketing: Handbook of Alcoholic Beverages Series hlmn. 2 Academic Press 2003
  2. ^ "History of Scotch Whisky". Dicapai pada 6 Januari 2010. 
  3. ^ Annals of the Kingdom of Ireland, hlmn.785, nota kaki bagi tahun 1405.
  4. ^ Ross, James. Whisky. Routledge. m/s. 158. ISBN 0-7100-6685-6.