Wisteria
| Wisteria | |
|---|---|
| Wisteria sinensis berbunga | |
| Pengelasan saintifik | |
| Alam: | |
| (tanpa pangkat): | |
| (tanpa pangkat): | |
| (tanpa pangkat): | |
| Order: | |
| Keluarga: | |
| Subkeluarga: | |
| Tribus: | |
| Genus: | Wisteria |
| Spesies | |
|
Rujuk teks. | |
Wisteria (juga dieja Wistaria atau Wysteria) ialah satu genus tumbuhan berbunga dalam famili Fabaceae serumpun kacang pis yang merangkumi 10 spesies pokok menjalar berkayu yang berasal dari timur Amerika Syarikat, tanah besar China, Korea, dan Jepun. Sesetengah spesies merupakan tumbuhan hiasan yang diminati ramai kerana tandan bunga menjejuntai, terutamanya di China dan Jepun. Bunga ini masyhur di Jepun (藤 fuji) terutamanya disebut-sebut dalam Man'yōshū.[1] Dedaun dan bunga muda spesis Floribunda di Jepun (kembang 60%) boleh dimakan sama ada goreng, dicampur dengan nasi, dibuat sup atau dicelur bercalit cuka,[2][3] kacang muda juga jika dituai antara Julai hingga September dengan rasa kurang pahit;[4] sebaliknya seluruh pokok yang menua akan jadi pahit dan beracun.
Taksonomi
[sunting | sunting sumber]Ahli botani, Thomas Nuttall berkata beliau menamai genus Wisteria sempena mengenang Dr. Caspar Wistar (1761–1818).[5][6] Apabila ditanya mengenai ejaannya, Nuttall menjadikan "eufoni" sebagai sebab, tetapi penulis biografinya mendakwa bahawa ini mungkin berkaitan dengan seorang sahabat kepada Nuttall, iaitu Charles Jones Wister, Sr., dari Grumblethorpe, cucu kepada saudagar John Wister.[7] (Sesetengah sumber Philadelphia menyatakan bahawa tumbuhan ini dinamai sempena Wister.)[8] Oleh sebab ejaan tersebut nampaknya disengajakan, maka tiadanya alasan untuk menukar nama genus menurut Kod Antarabangsa Tatanama Botani.[9] Namun demikian, masih ada yang mengeja nama am tumbuhan ini sebagai "wistaria".[10][11]
Analisa genetik membuktikan betapa rapatnya Callerya dan Wisteria sebagai saudara tetapi agak jauh dari ahli-ahli lain dalam puak Millettieae. Kedua-dua genus tersebut ada lapan kromosom.[12]
Spesies
[sunting | sunting sumber]- Wisteria brachybotrys Siebold & Zucc.
- Wisteria brevidentata Rehder
- Wisteria floribunda (Willd.) DC. – Wisteria Jepun
- Wisteria frutescens (L.) Poir.– Wisteria Amerika
- Wisteria macrostachya (Torr. & Gray) Nutt. ex BL Robins. & Fern. –Wisteria Kentucky
- Wisteria sinensis (Sims) DC. – Wisteria Cina
- Wisteria venusta Rehder & Wils. – Wisteria Sutera
- Wisteria villosa Rehder
Rujukan
[sunting | sunting sumber]- ^ 足田輝一 (1997). "「藤波から藤娘まで」". 朝日百科 植物の世界. 5. 朝日新聞社. m/s. 4.
- ^ 金田初代 (2010).『ひと目でわかる! おいしい「山菜・野草」の見分け方・食べ方』。m/s. 96-7. PHP研究所. ISBN 978-4-569-79145-6.
- ^ 辻井達一 (1995). 日本の樹木 (dalam bahasa Jepun). 中央公論社. m/s. 208. ISBN 4-12-101238-0.
- ^ 篠原準八 (2008). 食べごろ 摘み草図鑑:採取時期・採取部位・調理方法がわかる (dalam bahasa Jepun). Kodansha. m/s. 100. ISBN 978-4-06-214355-4.
- ^ Nuttall, Thomas (1818). The Genera of North American Plants and a Catalogue of the Species, to the Year 1817. I. D. Heartt. m/s. 115. Dicapai pada 2011-05-15.
- ^ Ohio State University, Wisteria. Accessed 2009.06.02.
- ^ Graustein, Jeannette E. (1967). Thomas Nuttall, Naturalist: Explorations in America, 1808–1841. Harvard University Press. m/s. 123. line feed character in
|title=at position 28 (bantuan) - ^ Cotter, John L. Daniel Roberts, Michael Parrington. The Buried Past: An Archaeological History of Philadelphia (Philadelphia: University of Pennsylvania Press, 1994), 339. Edwin C. Jellett Germantown Old and New: Its Rare and Notable Plants, Germantown, PA: Germantown Independent Gazette 1904, 83.
- ^ Charters, Michael L. "Page W". California Plant Names: Latin and Greek Meanings and Derivations. Dicapai pada 2011-05-15.
- ^ Bryson, Bill (2003). "Ch. 6 — Science Red in Tooth and Claw". A Short History of Nearly Everything (ed. 1st). New York, NY: Broadway Books. ISBN 0-375-43200-0.
- ^ Dixon, Richard (June 5, 2009). "Wisteria? Wistaria? Let's call the whole thing off". The Times. London. Dicapai pada 2011-05-16. Unknown parameter
|coauthor=ignored (|author=suggested) (bantuan) - ^ Hu, Jer-Ming; Lavin, Matt; Wojciechowski, Martin F.; Sanderson, Michael J. (2000). American Journal of Botany (PDF). 87 (3): 418–30 http://www.amjbot.org/content/87/3/418.full.pdf. Missing or empty
|title=(bantuan)CS1 maint: multiple names: authors list (link)