Kromosom

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Gambar rajah kromosom:
1. Kromatid - bahagian yang serupa selepas fasa S.
2. Sentromer - titik sentuh kedua-dua kromatid
3. Lengan pendek - sentiasa digambarkan di atas mengikut peraturan sitogenetik
4. Lengan panjang

Kromosom adalah satu molekul makro asid deoksiribonukleik atau DNA, dan merupakan 'unit' asas DNA dalam satu sel.

Komponen ini biasanya akan kelihatan di bawah mikroskop cahaya hanya sewaktu sesebuah sel sedang mengalami metafasa ketika pembahagiannya. Setiap kromosom akan disalin sekali dan salinannya dihubung pada kromosom asal melalui satu sentromera yang membentuk satu binaan berbentuk X. Binaan X inilah merupakan rupa kromosom yang dapat dikenalpasti serta dikaji.[1]

Kromosom yang dijumpai dalam badan prokariot seperti organisma keluarga Bakteria dan Arkea bersifat tunggal dan bulat[2] manakala kromosom eukariot pula wujud dalam bentuk yang disebutkan tadi. Kromosom eukariot juga disusun DNA-nya secara hampir teratur dan diikat pada protein struktur khas dipanggil histon yang akhirnya membentuk suatu bahan komposit yang diberi nama kromatin.

Penemuan[sunting | sunting sumber]

Perkataan "kromosom" berasal daripada istilah Bahasa Yunani χρωμόσωμα chromosoma di mana χρωμό chromo- bermaksud "warna" dan σωμα soma bermaksud "badan" yang merujuk kepada penampakan mereka yang ketara apabila diwarnakan.[3]

Binaan kromosom ini mula ditemukan antaranya oleh saintis-saintis Jerman; Matthias Jakob Schleiden,[4] Rudolf Virchow dan Otto Bütschli;[5] bermula dari tahun 1847.

Bilangan kromosom dalam badan[sunting | sunting sumber]

Dalam eukariot[sunting | sunting sumber]

Hidupan eukariot yang membiak secara aseksual mempunyai satu set kromosom yang sama di setiap bahagian sel badan. Hidupan yang membiak secara seksual pula mempunyai dua set kromosom yang diwarisi daripada kedua-dua induk sel.

Dalam prokariot[sunting | sunting sumber]

Hidupan prokariot umumnya memiliki satu salinan kromosom utama namun kebanyakan sel boleh hidup dengan salinan yang lebih.[6]

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Schleyden, M. J. (1847). Microscopical researches into the accordance in the structure and growth of animals and plants.
  2. ^ Thanbichler M; Shapiro L (2006). "Chromosome organization and segregation in bacteria". J. Struct. Biol. 156 (2): 292–303. doi:10.1016/j.jsb.2006.05.007. PMID 16860572.
  3. ^ Coxx, H. J. (1925). Biological Stains - A Handbook on the Nature and Uses of the Dyes Employed in the Biological Laboratory. Commission on Standardization of Biological Stains.
  4. ^ Schleyden, M. J. (1847). Microscopical researches into the accordance in the structure and growth of animals and plants.
  5. ^ Fokin S.I. (2013). "Otto Bütschli (1848–1920) Where we will genuflect?" (PDF). Protistology. 8 (1): 22–35.
  6. ^ Charlebois R.L. (ed) 1999. Organization of the prokaryote genome. ASM Press, Washington DC.