WolfQuest

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
WolfQuest
WolfQuest
Logo untuk WolfQuest
PembangunZoo Minnesota,
Eduweb
PenerbitEduweb
EnjinUnity
PlatformWindows, Mac
Pelepasan31 Oktober 2007 (Demo)
31 Disember 2007 (Episod 1)
23 April 2008 (Episod 1 Deluxe)
1 Januari 2010 (Episod 2)
5 Oktober 2011 (Episod 2 Deluxe)
GenreSimulasi kehidupan 3D
ModPemain tunggal,
Berbilang pemain

WolfQuest ialah sebuah permainan video simulasi hidupan liar 3D yang dimajukan oleh Zoo Minnesota dan syarikat pemaju permainan Eduweb. Tujuan utama permainan ini adalah untuk membantu pemain untuk memahami serigala dan peranan yang dimainkan olehnya di alam semula jadi dengan secara maya dijelmakan sebagai serigala kelabu. WolfQuest mencabar pemain untuk belajar tentang ekologi serigala dengan mengalami kehidupan seekor serigala liar di Taman Negara Yellowstone dan merupakan permainan seronok mesra keluarga untuk semua orang daripada pelbagai lapisan umur.

Sebuah forum komuniti juga tersedia untuk pengguna berdaftar untuk belajar tentang permainan ini dan memuat turun versi terkini, serta mengepos tip dan strategi, menanyakan soalan daripada pakar serigala, mengongsi karya seni dan cerita serigala peribadi, menguji pengetahuan mereka dengan pengutipan undian dan kuiz dalam talian, bertanding untuk hadiah, dan menyertai promosi pasangan[1] di: http://wolfquest.org/bb

  • Demo dikeluarksn pada 31 Oktober 2007.
  • Pada 21 Disember 2007, permainan ini dikeluarkan sebagai permainan boleh muat turun percuma untuk komputer Macintosh dan Windows.
  • Versi deluxe rasmi dikeluarkan pada 23 April 2008.[2]
  • Ada episod kedua permainan ini yang dipanggil Slough Creek: Survival of the Pack, yang dikeluarkan pada 1 Januari 2010.[3]
  • WolfQuest 2.5, juga dikenali sebagai Survival of the Pack: Deluxe dikeluarkan pada 5 Oktober 2011.
  • Satu versi kemas kini permainan ini untuk tablet (iPad, Android, dan Kindle) sedang berada dalam pemajuan dan akan dikeluarkan pada hujung 2014.

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

  • Wolf, sebuah permainan DOS serupa

Rujukan[sunting | sunting sumber]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]

Templat:Permainan enjin Unity