Wonder Pets!

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
(Dilencongkan dari Wonder Pets)
Wonder Pets!
GenreAnimasi

Pengembaran Pendidikan Muzikal

Drama
PenciptaJosh Selig
Dibangunkan oleh
Josh Seli
PengarahJennifer Oxley
Ginny McSwain (Suara)
Pelakon suara
Sofie Zamchick
Teala Dunn
Danica Lee
Penggubah lagu tema
Larry Hochman
Negara asalAmerika Syarikat
BahasaInggeris
Bilangan musim3
Bilangan episod62
Penerbitan
PenerbitViacom Media Networks
Tempoh siaran22 minit
Syarikat penerbitan
Penyiaran
Saluran asal
Siaran asal3 Mac 2006 (2006-03-03) – 3 September 2016 (2016-09-03)

Wonder Pets ialah sebuah siri televisyen kanak-kanak animasi keluaran Amerika Syarikat yang muncul buat julung kalinya pada 3 Mac 2006, dalam slot Nick Jr. di saluran televisyen kabel Nickelodeon dan saluran Noggin (Sekarang Nick Jr.) pada 31 Ogos 2006. Siri ini juga disiarkan dalam alih suara Bahasa Melayu di TV9 mulai tahun 2008.

Watak-watak utama siri kartun ini merupakan tiga ekor haiwan peliharaan di bilik darjah sekolah rendah, iaitu Linny the Guinea-Pig (si tikus belanda), Turtle Tuck (kura-kura), dan Ming-Ming Duckling (itik), yang bersatu menjadi tiga wira bersaudara yang menyelamatkan anak haiwan dalam kesusahan sambil memperagakan manfaat nilai bekerjasama.

Sejarah dan format[sunting | sunting sumber]

Rancangan ini dicipta oleh Josh Selig bagi pihak Little Airplane Productions yang juga mencipta Piper O'Possum untuk Nick Jr. dan banyak lagi rancangan kanak-kanak. Rancangan ini berakar umbi dalam sebuah filem ringkas Nick Jr. berjudul "The New Adventures of Linny the Guinea Pig," di mana Linny mengembara di angkasa lepas dan dasar lautan sendirian. Tidak lama kemudian terciptalah Ming-Ming Duckling dan Turtle Tuck, maka lahirnya rancangan bertajuk The Super Singing Power Pets!, sebelum tajuknya diringkaskan menjadi Wonder Pets sahaja.

Gaya animasi yang dipakai dalam pembikinan Wonder Pets bergelar "photo-puppetry", yang mana para animator boleh memanipulasi gambar foto haiwan sebenar. Teknik ini juga menggunakan lukisan objek-objek (bukan watak), jadi hasilnya boleh dikatakan berupa animasi media campuran.

Kebanyakan dialognya adalah dinyanyi, jadi ramai yang membandingkan rancangan ini dengan persembahan operetta atau singspiel. Bagi setiap episod dibawa masuk orkestra 10 ahli, adakalanya termasuk sekali pemain muzik lain yang mahir mendendangkan muzik tradisional dari rantau yang dikunjungi wira-wira Wonder Pets dalam setiap episod.[1] Untuk melengkapkans setiap episod dari lakon layar ke kiriman akhir mengambil masa 33 minggu.[2]

Watak[sunting | sunting sumber]

  • Linny the Guinea Pig, usia 5 tahun,[3] ialah ketua Wonder Pets. Sebagai wira, dia memakai topi besbol kuning dan mantel biru. Linny nampaknya adalah ahli yang paling bijak di kalangan mereka kerana dia selalu memberikan pelbagai maklumat haiwan dan geografi kepada yang lain. Selalunya dialah yang mengingatkan kumpulannya mengenai nilai kerjasama dan lain-lain.
  • Turtle Tuck, 4 tahun, ialah seekor tuntung yang peramah. Apabila menjadi wira, dia memakai topi kelasi berwarna putih, kasut sirip biru, dan mantel merah. Tuck merupakan ahli yang paling empatetik kerana suka membantu menenangkan haiwan apabila Linny dan Ming-Ming melaksanakan operasi penyelamat. Tuck juga menampakkan kemahiran pemerhatian yang tajam, iaitu boleh menjumpai benda dari jauh.
  • Ming-Ming Duckling, 3 tahun,[3] ialah seekor anak itik yang ghairah. Sebagai wira, dia memakai topi keledar juruterbang, gogel, dan mantel hijau. Dialah satu-satunya ahli yang boleh terbang. Dia juga boleh berkomunikasi bersama burung-burung lain dalam "bahasa burung". Ming-Ming juga percaya bahawa dia berketurunan burung helang. Adakalanya Ming-Ming cuba menyelesaikan masalah dengan sendiri dan pernah sekali dia sendirinya menjadi haiwan yang memerlukan bantuan. Ming-Ming memainkan peranan pelawak dalam rancangan ini.

Struktur episod[sunting | sunting sumber]

Setiap episod mematuhi struktur yang serupa, dengan sedikit beza dari segi jalan cerita dan bentuk muzik.

Sebaik bermulanya setiap episod, penonton dapat mendengar murid-murid sekolah yang tidak kelihatan, mengucap jumpa lagi kepada haiwan-haiwan peliharaan bilik darjah sambil meninggalkan bangunan sekolah setelah selesainya pelajaran untuk hari ini. Setelah bilik darjah kosong, sebuah pemegang pensel bergoncang dan membuat bunyi berdering telefon tin. Selalunya, bilik darjah dihias dengan karya seni murid-murid dan benda-benda lain yang berkaitan dengan cerita, haiwan atau lokasi tertentu bagi episod berkenaan. Satu demi satu, haiwan-haiwan itu tertarik oleh bunyi deringan. Sehingga detik ini, haiwan-haiwan ini berbuat macam haiwan sahaja tanpa mengujar sepatah kata pun. Selepas bunyi berdering, maka Wonder Pets melengkapkan diri (Linny bertopi kuning; Ming-Ming bertopi keledar juruterbang; Tuck pula bertopi kelasi Perancis dan berkasut kalis air biru di kaki belakangnya) lalu bergegas menjawab telefon (Linny menjunam melalui lubang yang tersembunyi di bawah mangkuknya lalu mendarat di atas kuda mainan; Ming-Ming membuka pintu rahsia pendawaian sangkarnya lalu terbang keluar; Tuck terjun ke dalam air tangkinya lalu keluar dari singki) sambil menyanyi rangkap pembukaan berikut:

Versi Bahasa Melayu Versi Bahasa Inggeris
Linny: "Telefon, telefon berbunyi!"
Ming-Ming: "Telefon, kami datang!"
Tuck: "Telefon, telefon berbunyi!"
Linny: "Ada haiwan dalam bahaya…"
Ming-Ming: "Ada haiwan dalam bahaya…"
Tuck: "Ada haiwan dalam bahaya di sana!"
Linny: "The phone, the phone is ringing!"
Ming-Ming: "The phone, we'll be right there!"
Tuck: "The phone, the phone is ringing!"
Linny: "There's an animal in trouble…"
Ming-Ming: "There's an animal in twouble…"
Tuck: "There's an animal in trouble somewhere!"

Wonder Pets menjawab telefon lalu mendapati seekor haiwan berada dalam kesusahan di suatu tempat. Linny menjelaskan keadaannya kepada dua rakannya. Setelah mereka semua faham, mereka menyanyi:

Tuck: "Itu anak [haiwan]
[Dalam bahaya tertentu.]"
Ming-Ming: "Ini serius!"
Tuck: "Mesti tolong dia"
Linny: "Selamatkan [haiwan]!"
Semua: "Selamatkan [haiwan]!"
Tuck: "A baby [animal]
[In the specific peril.]"
Ming-Ming: "This is se-wious!"
Tuck: "We have to help him/her"
Linny: "Let's save the [animal]!"
Semua: "Let's save the [animal]!"

Mereka bertiga lompat ke dalam sekotak cebisan kain dan lompat keluar, memakai bermacam-macam pakaian yang selalunya berkaitan dengan kawasan atau haiwan yang akan dikunjungi mereka. Mereka berjenaka sejenak lalu masuk balik ke dalam kotak dan keluar dengan mantel Wonder Pets mereka.

Linny: "Linny,"
Tuck: "Tuck,"
Ming-Ming: "Dan Ming-Ming juga!"
Semua: "Wonder Pets datang membantu!"
Linny: "Linny,"
Tuck: "Tuck,"
Ming-Ming: "And Ming-Ming, too!"
Semua: "We're Wonder Pets and we'll help you!"

Mereka mendirikan sebuah kapal layar mainan bernama "Flyboat" dari bahan-bahan di bilik darjah: frisbee sebagai badan, penutup marker sebagai ekzos roket, sebiji guli, roda-roda, sebatang tiang, dan sehelai kertas sebagai layarnya. Sambil mengerjakan kapal, mereka menyanyi:

Linny: "Apa yang penting?"
Semua: "Kerjasama!"
Linny: "Apa yang penting?"
Semua: "Kerjasama!"
Linny: "What's gonna work?"
Semua: "Teamwork!"
Linny: "What's gonna work?"
Semua: "Teamwork!"

Biasanya, Wonder Pets menghadapi suatu rintangan kecil sebelum meninggalkan bilik darjah. Penyelesaiannya selalunya serupa dengan tindakan yang perlu diambil mereka untuk menyelamatkan haiwan dalam bahaya tersebut. Kemudian mereka lekas ke tempat kejadian sambil menyanyi:

Semua: "Wonder Pets! Wonder Pets! Kami datang
Membantu anak [haiwan] dalam kesusahan!"
Ming-Ming: "Kami tak besar,"
Tuck: "Dan kami tak kuat,"
Semua: "Bila bekerjasama semua jadi mudah!
Hei, Wonder Pets! Yey!"
Semua: "Wonder Pets! Wonder Pets! We're on our way
To help a baby [animal] and save the day!"
Ming-Ming: "We're not too big,"
Tuck: "And we're not too tough,"
Semua: "But when we work together we've got the right stuff!
Go, Wonder Pets! Yay!"

Ketika menyelamatkan haiwan terlibat, Wonder Pets selalu gagal dalam cubaan terawal. Lambat-laun bahayanya makin genting, menyebabkan Ming-Ming menyanyi, "Ini serius!" (bahasa Inggeris: "This is se-wious!") Tiba-tiba, Wonder Pets akhirnya ingat bagaimana mereka menyelesaikan masalah di bilik darjah dan menyedari bahawa usaha penyelamatan sama caranya. Maka mereka perlu bekerjasama untuk menjayakan usaha mereka. Mereka mengulangi lagu awal tadi:

Linny: "Linny,"
Tuck: "Tuck,"
Ming-Ming: "Dan Ming-Ming juga."
Semua: "Wonder Pets datang membantu!"
Linny: "Apa yang penting?"
Semua: "Kerjasama!"
Linny: "Apa yang penting?"
Semua: "Kerjasama!"
Linny: "Linny,"
Tuck: "Tuck,"
Ming-Ming: "And Ming-Ming, too."
Semua: "We're Wonder Pets and we'll help you!"
Linny: "What's gonna work?"
Semua: "Teamwork!"
Linny: "What's gonna work?"
Semua: "Teamwork!"

Setelah haiwan itu diselamatkan, tibanya si induk atau saudara mara untuk mengucap terima kasih kepada Wonder Pets kerana menyelamatkan anaknya. Wonder Pets menyambut kejayaan mereka dengan memakan daun saderi, ada kalanya induk itu menambah sedikit sajian tempatan, ataupun wira-wira itu meminta sajian tempatan juga. Kemudian mereka kembali ke bilik darjah, sambil menyanyi:

Semua: "Wonder Pets! Wonder Pets! Dah berjaya
Membantu anak [haiwan] dalam kesusahan"
Ming-Ming: "Kami tak besar,"
Tuck: "Dan kami tak kuat,"
Semua: "Bila bekerjasama, semua jadi mudah!
Hei, Wonder Pets! Yey!"
Semua: "Wonder Pets! Wonder Pets! We found a way
To help the baby [animal] and save the day!"
Ming-Ming: "We're not too big,"
Tuck: "And we're not too tough,"
Semua: "But when we work together we've got the right stuff!
Go, Wonder Pets! Yay!"

Senyap-senyap mereka kembali di sangkar masing-masing sehingga episod seterusnya. Flyboat pula berkecai dengan lancarnya. Linny sentiasa haiwan terakhir yang masuk ke dalam sangkar, dan tertanggalnya mantel dan topinya juha. Rentak muzik yang berkenaan dengan usaha penyelamatan mereka didendangkan, sementara Linny mengunyah daun saderi dalam sangkarnya sambil mengedip-ngedip matanya sampai penghujung rancangan.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Lynne Heffley, "Unchained melodies; In scoring the kids' show 'The Wonder Pets!,' top-notch composers get a warm and fuzzy feeling," Los Angeles Times, Los Angeles, Calif.: Mar 3, 2006. pg. E.29.
  2. ^ Jennifer Oxley, "Meet the Creators of Wonder Pets!"
  3. ^ a b Robert Lloyd, "'Wonder Pets!' to the rescue", Los Angeles Times, Los Angeles, Calif.: 3 Mac 2006. pg. E.29.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]