Pergi ke kandungan

Kura-kura

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Kura-kura
Julat zaman:
Akhir JuraKini,[1] 157–0 Ma
Kura-kura katup Florida (Terrapene carolina)
Pengelasan saintifik s
Domain: Eukaryota
Alam: Animalia
Filum: Chordata
Kelas: Reptilia
Klad: Testudinata
Order: Testudines
Batsch, 1788 [2]
Subkumpulan[1]

Cryptodira
Pleurodira
Meiolaniidae
dan rujuk teks

Diversiti
14 keluarga ekstan dengan kk. 300 spesies
biru: penyu, hitam: kura-kura dsb.

Kura-kura ialah sejenis reptilia dalam order Testudines yang dicirikan oleh cangkang khusus yang terbentuk daripada rusuk.[3] Kura-kura moden terbahagi kepada dua kumpulan utama, Pleurodira (kura-kura teleng) dan Cryptodira (kura-kura leher tersorok) yang dibezakan oleh cara lehernya dipaut. Terdapat 360 spesies kura-kura yang masih hidup dan yang baru saja pupus, termasuk baning daratan dan tuntung air tawar. Ia ditemukan di kebanyakan benua dan pulau sedangkan penyu pula hidup di laut. Seperti amniot lain (reptilia, burung dan mamalia), ia bernafas udara dan tidak bertelur di air, biarpun kebanyakan spesies hidup berdekatan air.

Antara ahli-ahli yang tergolong dalam order ini ialah penyu, baning, tuntung dan labi-labi. Order Testudines merangkumi spesies yang masih wujud dan pupus. Ahli-ahli terawal hidup pada sekitar 157 juta tahun dahulu,[1] dan menjadi antara kelompok reptilia tertua malah lebih tua daripada rumpun ular mahupun buaya. Daripada 327 spesies yang diketahui wujud kini, sesetengahnya amat terancam.[4][5]

Testudines adalah ektoterma, iaitu haiwan yang umum dipanggil berdarah sejuk, dimana suhu dalaman berubah-ubah mengikut persekitaran. Akan tetapi disebabkan kadar metabolisme yang lebih tinggi, penyu belimbing mempunyai suhu badan yang ternyata lebih tinggi daripada air di sekitar.

Testudines tergolong sebagai amniot, di samping reptilia lain, burung dan mamalia. Seperti amniot lain, Testudines bernafas udara dan tidak bertelur dalam air, biarpun banyak spesiesnya hidup dalam air.

Ilmu kaji kura-kura dan penyu dipanggil keloniologi, sempena perkataan Yunani bagi haiwan berkenaan. Juga digelar testudinologi, sempena nama Latin bagi haiwan yang sama.

Peristilahan

[sunting | sunting sumber]
Penyu, kura-kura dan labi-labi

Penyu secara umum merujuk kepada superkeluarga Chelonioidea yang menjadikan laut sebagai habitat kekal mereka.

Labi-labi ialah superkeluarga Trionychia yang biasanya memiliki ciri-ciri fizikal seperti karapas (cangkerang belakang) yang lebih lembut, serta menjadikan kawasan air tawar sebagai habitat semula jadi.

Umumnya, kura-kura ialah selain daripada superkeluarga Chelonioidea dan Trionychia. Mereka mempunyai jaringan keluarga yang lebih luas, memiliki tempurung karapas yang lebih keras, mendiami hampir kesemua kawasan darat dan berair seperti air tawar dan air payau di muka bumi. Manakala, baning, juku-juku, tuntung dan sebagainya ialah istilah tempatan yang juga merujuk kepada kura-kura atau sebahagian daripada haiwan ini.

Sistematik dan evolusi

[sunting | sunting sumber]

Filogeni ahli yang masih wujud

[sunting | sunting sumber]

Filogeni ahli-ahli Testudines yang berikut berasaskan hasil kerja Crawford et. al. (2015)[6] serta Guillon et. al. (2012).[7]

Pleurodira
Pelomedusoides
Pelomedusidae

Pelusios

Pelomedusa

Podocnemididae

Erymnochelys

Peltocephalus

Podocnemis

CheloidesChelidae
Chelodininae

Pseudemydura

Chelodina

Elusor

Flaviemys

Rheodytes

Elseya

Emydura

Myuchelys

Hydromedusinae

Hydromedusa

Chelinae

?Rhinemys

Chelus

Mesoclemmys

Phrynops

Platemys

Acanthochelys

Cryptodira
Trionychia
Carettochelyidae

Carettochelys

Trionychidae
Cyclanorbinae

Lissemys

Cyclanorbis

Cycloderma

Trionychinae
Trionychini

Trionyx

Pelochelys

Chitra

Rafetus

Apalone

Pelodiscini

Pelodiscus

Palea

Dogania

Amyda

Nilssonia

Durocryptodira
Americhelydia
Chelydroidea
Chelydridae

Macroclemys

Chelydra

Dermatemydidae

Dermatemys

Kinosternidae
Staurotypinae

Claudius

Staurotypus

Kinosterninae

Sternotherus

Kinosternon

Chelonioidea
Dermochelyidae

Dermochelys

Cheloniidae

Natator

Chelonia

Eretmochelys

Caretta

Lepidochelys

Testudinoidea
Emysternia
Platysternidae

Platysternon

Emydidae
Emydinae

?Actinemys

Glyptemys

Emys [incl. Emydoidea]

Clemmys

Terrapene

Deirochelyinae

Deirochelys

Chrysemys

Pseudemys

Trachemys

Malaclemys

Graptemys

Testuguria
Testudinidae
Gopherinae

Manouria

Gopherus

Testunidinae
Testunidini

Malacochersus

Indotestudo

Testudo

Pyxidini

Dipsochelys

Astrochelys

Pyxis

Chersina

Homopus

Psammobates

Geochelonini

Chelonoidis

Kinixys

Geochelone

Geoemydidae
Rhinoclemmyinae

Rhinoclemmys

Geoemydinae

Geoemyda

Siebenrockiella [incl. Panayanemys]

Malayemys

Orlitia

Geoclemys

Morenia

Kachuga [incl. Pangshura]

Hardella

Batagur [incl. Callagur]

Vijayachelys

Melanochelys

Mauremys [incl. Annamemys; Cathaiemys; Emmenia; Chinemys]

Cuora [incl. Cistoclemmys]

Leucocephalon

Sacalia

Heosemys

Notochelys

Cyclemys

Carta dua suborder yang ekstan, termasuk kelompok-kelompok pupus yang pernah wujud di bawah suborder ini

Pengelasan ahli Testudines

[sunting | sunting sumber]

Order Testudinata Klein 1760[8]

  1. ^ a b c Joyce 2007
  2. ^ "Testudines". Integrated Taxonomic Information System.
  3. ^ Hutchinson 1996
  4. ^ Ralat petik: Tag <ref> tidak sah; tiada teks disediakan bagi rujukan yang bernama barzyk
  5. ^ Vitt, Laurie J.; Caldwell, Janalee P. (25 March 2013). "Herpetology: An Introductory Biology of Amphibians and Reptiles". Academic Press. Dicapai pada 11 November 2017 – melalui Google Books.
  6. ^ Crawford, Nicholas G.; dll. (2015). "A phylogenomic analysis of turtles". Molecular Phylogenetics and Evolution. 83: 250–257. doi:10.1016/j.ympev.2014.10.021. PMID 25450099.
  7. ^ Guillon, Jean-Michel; dll. (2012). "A large phylogeny of turtles (Testudines) using molecular data". Contributions to Zoology. 81 (3): 147–158.
  8. ^ Mikko's Phylogeny Archive [1] Haaramo, Mikko (2007). "Testudinata – turtles, tortoises and terrapins". Dicapai pada 30 December 2015.

Templat:Chordata