TV9

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
TV9
TV9 (Malaysia) logo.svg
Negara Malaysia
Kawasan siaran Malaysia
Ibu pejabatSri Pentas, Bandar Utama, Petaling Jaya, Selangor, Malaysia
Pengaturcaraan
BahasaMelayu
Format gambar16:9 HDTV (1080i)
16:9 SDTV (576i)
Pemilikan
PemilikMedia Prima Berhad
(CH-9 Media Sdn Bhd)
Orang pentingDato' Khairul Anwar Salleh
Ketua Pegawai Eksekutif, Rangkaian Televisyen Media Prima dan Primeworks Studios
Saluran kembarTV3
Wow Shop
DidikTV KPM
NTV7
8TV
Sejarah
Dilancarkan22 April 2006; 17 tahun yang lalu (2006-04-22)
Nama dahuluChannel 9
(2003-05)
Pautan
Laman webwww.xtra.com.my
Ketersediaan
Terestrial
Malaysia myFreeviewSaluran 109 (SD)
Satelit
Malaysia AstroSaluran 149 (SD)
Malaysia NJOISaluran 149 (SD)
IPTV
Malaysia Unifi TVSaluran 109 (HD)
Media penstriman
Malaysia Unifi TVplayTV@unifi
Malaysia TontonTonton secara langsung
Logo Saluran 9, iaitu Logo TV9 yang lama sebelum menyertai Media Prima.

TV9 ialah rangkaian televisyen percuma ke udara Malaysia yang dilancarkan pada April 2006 sebagai anak syarikat Media Prima Berhad. Ia menyiarkan pengaturcaraan yang kebanyakannya menjurus kepada demografi Melayu. Saluran itu dahulunya wujud sebagai Saluran 9 dari 9 September 2003 hingga 3 Februari 2005 kerana masalah kewangan yang dihadapi oleh pengendali. TV9 mula bersiaran 24 jam sehari pada 6 Mei 2019.

TV3, TV9, NTV7, 8TV dan stesen radio dikawal oleh Media Prima yang mana siarannya berpusat di Sri Pentas, Bandar Utama, Petaling Jaya, Selangor.

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Sebagai Channel 9[sunting | sunting sumber]

Pesanan perpisahan Channel 9.
Ibu Pejabat Lama Channel 9 di Shah Alam, Selangor

TV9 yang bermula sebagai Channel 9 beroperasi pada 9 September 2003 jam 8:00 pagi. [1] Ia memfokuskan rancangan muzik dan hiburan berbahasa Cina, Inggeris, Tamil dan Hindi. Rancangan muzik dan hiburan bahasa Inggeris disiarkan dari jam 8:00 pagi hingga 12:00 tengahari. Rancangan muzik dan hiburan bahasa Hindi disiarkan dari jam 12:00 tengahari hingga 4:00 petang. Rancangan muzik dan hiburan bahasa Tamil disiarkan dari jam 4:00 petang hingga 8:00 malam. Rancangan siaran berita berbahasa Melayu dan Sinetron Indonesia disiarkan dari jam 8:00 hingga 9:30 malam. Rancangan muzik dan hiburan berbahasa Cina disiarkan dari jam 9:30 malam hingga 3:00 pagi.

Pada 1 Mei 2004, Anaza Sdn Bhd pemilik THR.fm mengawal hak milik majoriti daripada Medanmas Sdn Bhd. Rentetan daripada itu, Channel 9 melancarkan cogan kata: "Malaysia…lah!" pada Jun 2004.

Slot "Treats" untuk rancangan muzik dan hiburan bahasa Inggeris disiarkan setiap hari dari jam 8:00 pagi hingga 12:00 tengahari. Slot "Hindi Power" untuk rancangan muzik dan hiburan bahasa Hindi disiarkan setiap hari dari jam 12:00 tengahari hingga 4:00 petang. Slot "Raaga" untuk rancangan muzik dan hiburan bahasa Tamil disiarkan setiap hari dari jam 4:00 petang hingga 8:00 malam. Berita "Liputan 9" merupakan rancangan siaran berita bahasa Melayu di Saluran 9 yang disiarkan selama setengah jam atau 30 minit setiap hari bermula jam 8:00 malam hingga 8:30 malam. Slot "Gegar" untuk rancangan siaran berita bahasa Melayu dan Sinetron Indonesia disiarkan pada waktu perdana setiap hari iaitu selepas siaran berita bahasa Melayu pada jam 8:00 hingga 9:30 malam dan Slot "Zhong Hua Shi Jie" untuk rancangan muzik dan hiburan bahasa Cina disiarkan setiap hari dari jam 9:30 malam hinnga 3:00 pagi dengan siaran 19 jam dari 8:00 pagi hingga 3:00 pagi setiap hari.

Channel 9 majlis penutupan rasmi sehingga penutupan utama pada 3 Februari 2005 mula tepat sejak sekitar jam 3:00 pagi untuk setelah sepenuhnya dibeli oleh Rangkaian Televisyen Media Prima syarikat media terbesar di Malaysia sehingga Channel 9 telah rasmi melancarkan nama baharu TV9 dan Bukhari Che Muda dilantik sebagai rasmi Ketua Pegawai Operasinya baharu.

Nama baharu sebagai TV9[sunting | sunting sumber]

TV9 memulakan ujian transmisi sehingga siaran percubaan pada hari Sabtu, 1 April 2006 mula tepat sejak sekitar jam 8:00 malam Waktu Piawai Malaysia dengan siaran 4 jam dari 8:00 malam hingga 12:00 tengah malam setiap hari dan menyiarkan rasmi video muzik golongan muda dan remaja bahasa Melayu sebelum 21 hari dari 1 April 2006 hingga 21 April 2006.

TV9 majlis pelancaran rasmi sepenuhnya bermula komersial swasta secara nasional sebagai stesen televisyen terestrial swasta bersiaran percuma nasional untuk golongan muda dan remaja pada hari Sabtu, 22 April 2006 mula tepat sejak sekitar jam 12:00 tengah hari Waktu Piawai Malaysia dengan siaran 13 jam dari 12:00 tengah hari hingga 1:00 pagi setiap hari dan telah rasmi melancarkan cogan kata baharu Dekat di Hati meliputi seluruh Semenanjung Malaysia. Pada masa ini, TV9 menjadi rasmi saluran berbahasa Melayu yang tersendiri sehingga rasmi semua rancangan yang mempunyai unsur-unsur maklumat, hiburan dan pendidikan. TV9 rasmi semua rancangannya menumpukan kepada semua Bangsa Melayu. Slot "Nick di 9" untuk rancangan kanak kanak yang dialih suara dalam bahasa Melayu disiarkan setiap hari dari jam 3:00 petang hingga 6:00 petang.

TV9 tidak mempunyai sebarang slot masa siaran berita utama sama ada buatan saluran ini atau daripada saluran televisyen siaran lain dari 22 April 2006 hingga 31 Disember 2006.

Buletin TV9[sunting | sunting sumber]

Sejak 1 Januari 2007, TV9 menyiarkan berita terbitan sendiri iaitu "Buletin TV9". Semenjak TV9 memulakan siarannya pada 22 April 2006 ia menyiarkan "Warta Nasional NTV7" dengan ehsan NTV7. Liputan 9 ialah rancangan berita waktu perdana semasa ia dalam siaran sebelumnya ehsan Bernama. Slot berita Warta Nasional NTV7 selama 30 minit yang pertama ehsan NTV7 juga disiarkan beberapa bulan sebelum penyiaran tamat. Mereka dipilih daripada 5000 orang yang diujibakat. Buletin TV9 dibawakan secara langsung dari Studio C di Sri Pentas, Bandar Utama, Selangor.

Pada 1 Ogos 2021, Buletin TV9 telah menukar waktu siarannya pada jam 7:00 malam hingga jam 7:30 malam setiap hari sehingga 31 Disember 2022.

Pada 1 Januari 2023, Buletin TV9 menjadi berita 50 minit bermula jam 7:00 malam hingga 7:50 malam merupakan sebuah rancangan berita 50 minit pertama di Malaysia. Pada hari yang sama, semasa Buletin TV9 sepanjang bersiaran azan maghrib di TV9 masih kekal bersiaran.

TV Pendidikan[sunting | sunting sumber]

Pada 1 Januari 2007 hingga 31 Disember 2008, TV9 berkongsi masa siaran dengan TV Pendidikan, rangkaian televisyen pendidikan negara, pada waktu persekolahan selepas mengambilalihnya dari RTM dan Astro. Selepas TV Pendidikan diberhentikan siarannya pada 31 Disember 2008, TV9 bersiaran sepenuhnya pada waktu pagi mulai 1 Januari 2009.

TV Interaktif[sunting | sunting sumber]

TV9 juga menonjolkan perkhidmatan TV Interaktif yang bermain video muzik dan pada waktu yang sama, penonton-penonton boleh bersembang melalui SMS dari pukul 12:00 hingga 3:00 tengah hari dan juga dari 12:00 tengah malam hingga 1:00 pagi.

Waktu Siaran[sunting | sunting sumber]

Penyiaran harian bermula dari 8:00 pagi sehingga 1:00 pagi pada hari minggu, 6:00 pagi hingga 1:00 pagi pada hari Jumaat hingga Ahad dan cuti am kecuali pada bulan Ramadan dimana ia bersiaran 24 jam sehari, sedangkan penyiaran rasmi bermula dari pukul 12:00 tengah hari sehingga 12:00 tengah malam. TV9 bersiaran dari pukul 7:30 pagi (Isnin - Jumaat, 7 pagi pada Sabtu dan Ahad) sehingga pukul 1 pagi hari berikutnya.

Mulai 6 Mei 2019, TV9 kini bersiaran 24 jam sehari.

Slot TV9[sunting | sunting sumber]

Kanak-kanak akan dihiburkan dari pukul 2:00 petang hingga 6:00 petang setiap hari (blok Nick di 9) dengan kartun Nickelodeon yang dialih suara dalam bahasa Melayu. Animasi-Animasi tersebut adalah seperti Spongebob Squarepants, Hey Arnold, Chalkzone, Dora the Explorer, CatDog, Winx Club, Avatar: The Legend of Aang dan banyak lagi. Selain itu siri animasi dari Jepun juga ditayangkan seperti Beyblade, Inuyasha, Dragon Ball, Digimon dan Mirmo Zibang!. Slot ini ditamatkan pada 31 Disember 2018 tetapi kembali menyiar di TV9 pada 1 September 2021 setiap Isnin hingga Jumaat jam 6:00 petang hingga 6:55 petang.

Pada awal tahun 2011, TV9 melancarkan tiga slot drama bersiri iaitu Slot Aurora, Slot Oh! Mari Gelak dan Slot Ratu serta sebuah slot telefilem iaitu Skrin Di 9 yang membariskan telefilem-telefilem terbitan tempatan. Pada tahun yang sama juga semua jenis rancangan keagamaan di saluran ini dijenamakan semula sebagai "Raudhah".

Penamatan Buletin TV9 Tengah Hari[sunting | sunting sumber]

Pada 1 November 2020, TV9 telah menamatkan Buletin TV9 Tengah Hari dan mula menyiarkan 2 berita dari TV3, iaitu Berita Terkini dan Buletin 1:30.

TV9 Bersiaran Serentak Dari Buletin FM[sunting | sunting sumber]

Pada 4 Mei 2021, TV9 telah bersiaran serentak dari Buletin FM pada pukul 3:30 pagi - 4:30 pagi setiap hari.

Semasa bulan Ramadan, slot Buletin FM di TV9 direhatkan sementara dan digantikan dengan siaran langsung solat tarawih dari Masjidi Haram sehingga 30 April 2022.

TV9 Menamatkan Buletin 1:30 Dari TV3[sunting | sunting sumber]

TV9 telah ditamatkan penyiarannya dari TV3 iaitu Buletin 1:30 pada 1 Ogos 2021.

TV9 Menyiarkan Slot Wow Shop[sunting | sunting sumber]

TV9 akan menyiarkan slot Wow Shop pada jam 8:30 pagi - 12:30 tengah hari dan 2:00 - 5:00 petang setiap hari.

Waktu Perdana TV9[sunting | sunting sumber]

Dahulunya waktu perdana TV9 bermula jam 6 petang sehinggalah bermula 1 Februari 2022 waktu perdana TV9 diubah dari jam 6 ke 5 petang.

Liga Super kembali di TV9[sunting | sunting sumber]

Pada 10 Ogos 2022, TV9 kembali menyiarkan semula perlawanan Liga Super Malaysia buat pertama kalinya. Ia siarkan perlawanan semula di antara Terengganu FC menentang Johor Darul Ta'zim. Disebabkan pada Februari 2018, perlawanan Piala Sumbangsih Sultan Haji Ahmad Shah di antara Johor Darul Ta'zim menentang Kedah yang disiarkan secara langsung di TV3 tetapi dibatalkan. Perlawanan itu akan diambil alih secara langsung di unifi Sports sahaja.

Pergantian nombor di Astro Malaysia[sunting | sunting sumber]

Pada tanggal 28 Disember 2006, TV9 dapat boleh disaksikan melalui Astro di saluran 22.

Pada tanggal 1 Oktober 2007, TV9 akan diubah nombor memperkenalkan menjadi 3 digit iaitu 119.

Pada 1 April 2020, TV9 telah dinomborkan semula dari saluran 119 ke saluran 149.

Kritikan[sunting | sunting sumber]

Pada 1 April 2016, satu siaran blok teleshopping Wow Shop telah disiarkan di seluruh saluran Media Prima. Waktu sinetron di TV9 yang dulu pada pukul 5:30 petang kini diubah pada pukul 5:00 petang sehingga pada petengahan bulan Jun 2018, slot Mutiara Hati diberhentikan dan diambil alih oleh Wow Shop.[2][3][4] Beberapa saluran Media Prima (terutama ntv7 dan TV9) lebih dipengaruhi oleh perubahan. Blok ini telah menarik kritikan yang besar di media sosial sebagai sebahagian besar daripada jadual waktu siang telah digantikan dengan Wow Shop, yang slot ini telah sebelum ini berjalan kebanyakannya ditayang, program agama dan kanak-kanak.[5]

Senarai rancangan[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Channel ID (2003): Channel 9 (Malaysia)
  2. ^ "TV3 Malaysia". 1 April 2016. Dicapai pada 6 April 2016.
  3. ^ "TV9 di Hatiku". 1 April 2016. Dicapai pada 6 April 2016.
  4. ^ "Aanmelden of registreren om te bekijken". 1 April 2016. Dicapai pada 6 April 2016.
  5. ^ "CJ WOW SHOP mula 1 April". Harian Metro. 1 April 2016. Diarkibkan daripada yang asal pada 2016-10-17. Dicapai pada 6 April 2016.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]