Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search

Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah (YSHHB) ditubuhkan pada 5 Oktober 1992 bersempena dengan Sambutan Jubli Perak Kebawah DYMM Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam menaiki takhta. Yayasan ini merupakan wadah amal jariah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam dan ahli keluarga baginda khususnya kepada rakyat dan penduduk Negara Brunei Darussalam.

Dalam mempertingkatkan kebajikan dan kesejahteraan hidup rakyat dan penduduk Negara Brunei Darussalam, penubuhan Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah lebih memfokuskan kepada bidang Ugama, Kebajikan, Pendidikan, Pembangunan dan Kewangan.

Antara projek dan aktiviti yang dikendalikan di bawah yayasan ini adalah seperti berikut:

  • menampung kos pembinaan dan pemeliharaan serta bagi mengendalikan aktiviti takmir masjid,
  • bantuan galakan keusahawanan (perniagaan kecil-kecilan) kepada golongan yang kurang berkemampuan,
  • memberi sokongan dan tajaan kepada NGO yang mengendalikan program pembangunan dan pemulihan bagi golongan yang kurang upaya,
  • penganugerahan biasiswa Sultan's Scholar kepada pelajar-pelajar cemerlang untuk meneruskan pengajian di universiti ternama,
  • pembinaan rumah bantuan kepada golongan yang kurang berkemampuan dan saudara baru atau Mualaf,
  • penglibatan dalam bidang pelaburan yang mana hasil pulangan dari pelaburan tersebut digunakan bagi membiayai sebahagian projek dan aktiviti yang dilaksanakan oleh Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]