Yuki Kato

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Yuki Kato
Yuki Kato.png
Nama lahir Yuki Anggraini Kato
Lahir 2 April 1995 (20 tahun)
Indonesia Malang, Indonesia
Nama lain Yuki Kato
Pekerjaan Pelakon
Tahun aktif 2005 - Sekarang
Ibu bapa Takeshi Kato (Ayah)
Twinawati (Ibu)

Yuki Anggraini Kato (lahir 2 April 1995 di Malang, Indonesia) atau dikenali sebagai Yuki Kato adalah pelakon muda cantik Indonesia. Yuki Kato mula dikenali selepas membintangi sinetron "Primata Cantik" pengeluaran Starvision bersama dua rakannya, Irshadi Bagas dan Esa Sigit. Namanya semakin terkenal selepas Yuki Kato membintangi sinetron Heart Series. Dalam Sinetron Heart Series Yuki Kato bermain bersama Ranty Maria, Irshadi Bagas dan Esa Sigit. Selain menjadi pelakon utama dalam sinetron Heart Series dan My Love, Yuki yang hobi berbasikal dan membaca buku ini juga bermain bersama Raffi Ahmad dan Laudya Chintya Bella dalam Jodoh Arietta berperanan sebagai adik Raffi Ahmad.

Selain berbakat besar dalam dunia lakonan Yuki juga pernah menunjukkan pontensi dalam bidang nyanyian apabila dia tampil berduet lagu OST My Heart dengan Irshadi Bagas dalam acara My Heart by Request di SCTV. Dan pada tahun 2010 . Yuki kembali membintangi sinetron yang berjudul Arti Sahabat. Dalam siri televisyen ini Yuki berperanan sebagai Ajeng dan lawan mainnya, Steven William berperanan sebagai Yudha.Sinetron Arti Sahabat pernah memenangi Anugerah Sinetron Remaja Terpuji Festival Film Bandung 2011. Yuki Kato juga dinobatkan sebagai duta Pariwisata Indonesia.

Biografi[sunting | sunting sumber]

Yuki kato adalah anak perempuan sulung dari pasangan Takeshi Kato dan Twinawati. Takeshi Kato, seorang Project Manager sebuah syarikat besar di Jepun dan saat ini berada di Jepun dan datang setiap 3 bulan sekali untuk melawat anak perempuannya di Indonesia. Yuki Anggraini Kato mempunyai adik bernama Reina Meisillia Kato dan Sakura Des Caesar Kato. Yuki tinggal bersama ibu dan adiknya di Kota Wisata, Cibubur.

Pendidikan[sunting | sunting sumber]

Yuki Kato pernah menempuh pendidikan di SD Fajar Hidayah, SMP Sekolah Pilar Indonesia dan SMA Bakti Mulya 400. Sekarang, ia meneruskan pendidikannya di Fakulti Ilmu Sosial dan Ilmu Politik Universiti Indonesia.

Filem[sunting | sunting sumber]

  • Basahhh... (2008)
  • Operation Wedding (2013)
  • Cabe-Cabean (2014)
  • Piza Man (2014)

Sinetron[sunting | sunting sumber]

  • Inikah Rasanya
  • Matahariku
  • Kecil-kecil Tukar Cincin
  • Monyek Cantik
  • Heart Series 1
  • My Love
  • Pelangi Pelangi Cinta
  • Pintu Hidayah
  • 3 Pengantin Untuk Ayahku
  • Putih Merah
  • Namaku Mentari
  • Arti Sahabat
  • Gol-Gol Fatimah
  • Dia Atau Diriku
  • Cahaya Gemilang
  • Cinta Cenut Cenut 3
  • Namaku Mentari
  • Heart Series 2
  • Fortune Cookies
  • Penyihir Cantik

Iklan[sunting | sunting sumber]

  • Gery Chocolatos
  • Wafer Tango
  • Ting Ting Garuda
  • Oil Yamalube
  • Nourish Skin
  • United Bike
  • Baju Jenama BARA
  • Biore

Pautan Luar[sunting | sunting sumber]