Yusof Musa

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Yusof Musa (52) merupakan Ketua Hakim Syarie Pulau Pinang,Pulau Pinang, Malaysia. Beliau mendapat Anugerah Integriti Pulau Pinang berbentuk sijil penghargaan dan wang tunai RM10,000.

Anugerah Integriti Pulau Pinang[sunting | sunting sumber]

Pada 24 Jun 2009, beliau dipilih sebagai pemenang pertama Hadiah Integriti Pulau Pinang kerana membongkar penyelewengan seorang kakitangan Mahkamah Syarie Pulau Pinang yang melibatkan RM500,000.Penyelewengan itu membabitkan bayaran balik bon jaminan, dikesan selepas Yusof meneliti fail sebaik dilantik sebagai Ketua Hakim Syarie awal Februari 2009. Selepas mendapati ada unsur penyelewengan dalam pelbagai dokumen, beliau melaporkan kepada Setiausaha Kerajaan Negeri.

Laporan polis dan laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah dibuat.Kakitangan berkenaan dilarang oleh Yusof daripada menjalankan tugas-tugas kewangan jabatan. Sehingga kini kakitangan itu telah bersembunyi dan gagal dikesan untuk pendakwaan.

Anugerah disampaikan oleh Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng. [1]

Rujukan[sunting | sunting sumber]